03 December 2010
21 September 2010
11 September 2010
09 July 2010
Sedetik Perjalanan...
Sudah sekian lama aku tidak ke sini..aku tak tahu atas alasan apa menyebabkan aku meninggalkan laman ini.Sibuk???Malas???Lupa???Aku tak mempunyai jawapan yang pasti.Dan kembali ke laman ini malam ini pun aku tidak tahu atas alasan apa..???
Begitulah kita manusia...sukar untuk menduga ketentuan yang mendepani perjalanan ini.Bisa saja kita mengatur pelbagai perancangan dan strategi agar cemerlang dalam perjalanan tapi kekuasaan ALLAH melebihi segala-galanya.Justeru, bersyukurlah,berdoalah,pasrahlah dan redhailah akan segala ketentuan yang menjadi milik mutlak kita tanpa merungut walau sedikit pun.Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...
18 June 2010
You're Number One...
Coz when you come into my life
I felt a lot of things,good thing.
Whenever i’m lonely
You’re there for me
Keeping my heart alive
With your jokes.
You’re number one in my heart
When you show me you care
By looking for ways
And make my life easier and more comfortable
Always bring me and found fresh new things
For us to share.
You’re number one in my heart
Coz you’re my inspiration
Give me hope to free
This misery that i cope
You always cheer me up
Every times i sad
And because of you
I have laughter in my eyes
Your steady strength support me
And for that I’m glad
Having you in my life.
You will always number one in my heart
No matter how many times
I get hurt because of you
I won’t leave you
I’ll look for that one reason
To fight for you…
31 May 2010
Sesalan di Penghujung Rindu 16
Cerita Fariq menemani Arisya di Hospital sarikei tersebar luar di maktab. Setiap kali mendengar cerita itu hati Afyam tersayt pilu. Afsyam berusaha untuk mengusir perasaan tersebut namun,dia tetap gagal untuk melakukannya. Dia sendiri bingung dengan perasaannya. Tidak sepatutnya dia berperasaan sedemikian kerana Arisya bukan siapa-siapa dengannya.
Arisya gusar. Teramat gusar. Baru beberapa minit dia kembali ke asrama, telinganya sudah menangkap beberapa berita yang kurang menyenangkannya. Azillia yang sedar akan kegusaran Arisya, berusaha menenangkannya. Dia bimbang kesihatan Arisya yang belum sembuh sepenuhnya.Tambahan pula cerita yang tersebar luas di maktab itu, lebih kuah daripada isinya. Banyak yang telah ditokok tambah. Mungkin sengaja direka sebegitu untuk mencantikkan ceritanya. Atau juga untuk memalukan watak-watak utama yang terlibat.
Afsyam memerhatikan gadis itu dari jauh. Langkah yang diatur masih nampak lesunya. Ingin saja dia mendekati gadis itu dan bertanyakan keadaan kesihatannya. Namun dia belum memiliki kekuatan untuk berbuat sedemikian. Apatah lagi, cerita yang didengarnya tentang gadis itu menambahkan lagi keraguannya untuk berbuat demikian. Sejak berakhirnya pertandingan antara bahas yang lalu, memang payah untuknya mendekati Arisya. Harapannya untuk memanjang dan merapatkan lagi hubungannya dengan Arisya selepas itu ternyata angan-angan yang tak akan ada realitinya. Malah jarak di antara mereka semakin jauh.
"Assalamualaikum, Afsyam.." Afsyam terkesima seketika sebelum sempat menjawab salam daripada gadis yang bermain di fikirannya sebentar tadi.
"Waalaikumussalam.."jawabnya sedikit tersipu. Kesempatan itu digunakan Afsyam untuk bertanya akan keadaan kesihatan Arisya.Dia juga tidak mahu melepaskan peluang itu untuk menatap sepuas hatinya akan seraut wajah yang sering mencuit ketenangannya.
Perbualan mereka berlanjutan sehinggalah mereka menempatkan diri di kantin. Entah mengapa Arisya berasa begitu tenang berada di samping Afsyam. Sikap dan perlakuan Afsyam yang begitu menghormatinya dan menjaga setiap pertuturannya itu amat menyenangkannya. Tetapi jauh di lubuk hatinya dia merasakan ada sesuatu tentang Afsyam yang menarik hatinya.Tapi dia tak pasti apa sebenarnya.
"Arisya.."Perbualan mereka terganggu apabila tetiba saja Fariq menarik kerusi duduk di sebelah Arisya. Ada riak kurang senang terpancar di wajah Fariq. Afsyam yang menyedari hal tersebut segera meminta diri.
Beberapa pasang mata asyik memerhatikan Arisya dan Fariq yang melangkah ke perpustakaan. Sesekali kelihatan mereka berbisik sesama sendiri. Lagak sesorang kekasih, Fariq membisikkan ke telinga Arisya agar tidak mempedulikan apa yang sedang berlaku itu. Arisya hanya mampu mengangguk dan mendiamkan diri. Namun hati kecilnya, sebenarnya kurang selesa apabila Fariq terus berdampingan dengannya. Tapi memikirkan Fariq yang bersusah payah semasa dia sakit, dia tak sampai hati untuk melukakan hati Fariq.Akhirnya dia terpaksa membiarkan saja Fariq terus berada di sisinya.
30 May 2010
Cinta Sempurna
28 May 2010
Sesalan di Penghujung Rindu 15
Matanya meliar melihat setiap pengunjung yang mendatangi pantai itu. Sesekali ada senyuman muncul di bibirnya. Namun ada tika,senyuman itu tetiba saja bertukar menjadi resah yang sarat terpacul di seraut wajahnya. Entah apa yang bermain di fikirannya, hanya dirinya yang tahu.
"Wahai gadis...mana menghilangnya dirimu? Lihatlah pantai ini, laut dan ombak ini yang kesunyian tanpa kehadiranmu lagi.Apakah dikau sudah melupakan kami di sini? Atau apakah kau telah temui penawar segala resahmu selama ini? Jika begitulah sudahnya, alangkah malangnya nasib kami yang saban waktu merindukan seraut wajahmu di sini," keluhnya berat.
Rendra gusar sendiri. Entah mengapa dia semakin merindukan seraut wajah yang sering mendatangi pantai itu bersama gumpalan kesedihan yang mewarnai wajah ayunya.Telah beberapa bulan Rendra tidak melihat wajah itu lagi.Setiap kali mendatangi pantai itu dia tetap mendoakan agar diketemukan dengan wajah itu.
Sejak akhir-akhir ini kesihatan Arisya agak membimbangkan. Dia sering pitam. Semalam Arisya pitam lagi semasa dia dalam perjalanan balik ke asrama.Hampir saja dia dilanggar sebuah kereta yang lalu di situ. Nasib baik sepasang tangan yang gagah itu telah menyelamatkannya dan menghantarnya ke pusat perubatan maktab. Tapi keadaannya yang nampak tenat itu menyebabkan Arisya terlantar di wad Hospital Sarikei sejak semalam.
Arisya berusaha membuka matanya dalam payah. Tekaknya terasa amat dahaga. Dia cuba bangkit. Tapi entah mengapa kepalanya terasa begitu berat sekali. Badannya pula, terlalu lemah.Arisya kebingungan dengan keadaan dirinya. Tiba-tiba pandangannya jatuh kepada seseorang yang tidur di kerusi bersebelahan katilnya. Arisya kian resah. Ketakutan mulai bersarang di hati kecilnya. Direnungnya syiling wad itu. Arisya cuba mencari jawapan akan semua persoalan yang menambah berat kepalanya.
" Arisya, awak dah bangun?" Fariq merenung lembut gadis di hadapannya. Sejak Arisya berada di wad itu semalam, Fariq turut menghuni wad itu. Simpatinya kepada gadis itu amat mendalam. Kasihnya kepada gadis itu juga kian menebal.
" Kenapa saya di sini? Apa yang terjadi? Mana kawan-kawan saya?" soal Arisya bingung.
Fariq menerangkan satu persatu rentetan peristiwa yang menimpa Arisya. Bermula dengan kejadian Arisya yang hampir dilanggar kereta sehinggalah kepada peristiwa yang menempatkannya di wad itu. Arisya nampak agak tenang setelah mendengar penerangan Fariq.Namun, dia tak tahu ada satu perkara yang tidak diceritakan Fariq kepadanya.
Afsyam berdoa lagi dalam solatnya. Seperti semalam dia berdoa lagi hari ini agar Allah memberikan kesihatan yang baik kepada gadis itu. Melihat gadis yang tidak bermaya itu semalam hatinya begitu terusik. Pelbagai persoalan bermain di kotak fikirnya. Mengapakah gadis itu tetiba saja pengsan? Sakit apakah gadis itu?
Selesai kuliah petang itu, Afsyam terus mengatur langkahnya ke Hospital Sarikei. Dia ingin mengetahui keadaan gadis itu. Setelah bertanya di kaunter pertanyaan, dia mempercepatkan langkahnya ke wad pesakit wanita. Namun, tiba-tiba dia mematikan langkahnya. Pandangannya terpaku pada penghuni wad 306. Afsyam berundur perlahan.
24 May 2010
Because of you...
Because of you
23 May 2010
Sometimes...
Sometimes i feel
i really miss him
but somtimes i feel
i'm waiting for nothing.
Sometimes i feel
i really love him
but sometimes i feel
it's wasting my times.
Sometimes i feel
it's so crazy
coz i couldn't get through
this darkness
and starting new journey..
22 May 2010
Kebahagiaan dalam Perpisahan
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Tak perlulah kita mencuba lagi
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Usah titis air mata kau tangiskan
Kebahagiaan dalam perpisahan
15 May 2010
04 May 2010
Hukum Cinta..
23 April 2010
Diari Cinta
>>> Entah mengapa tanpa sengaja aku terbaca diari yang telah lama bersawang dan berdebu itu. Perlahan-lahan aku menyingkap helaian diari yang di dalamnya sarat dengan hukum cinta yang pernah menghadapkan aku sebagai pesalah di mahkamah cinta. Aku ingat dan aku fikir aku telah kuat untuk membaca diari yang telah kutulis berdakwatkan luka-luka di hatiku. Rupanya aku masih saja begitu. Aku tetap saja begini. Aku tak mampu melupakan walau secebis pun kenangan yang pernah DIA persembahkan untukku...
17 April 2010
Nilai cintaku..
Dalam keliru kujalin cinta
bila kini cintaku menuntut janji
aku terjerat sendiri
kerna aku tak tahu
nilai cintaku
yang sesungguhnya.
13 April 2010
Madah sahabat..
1. Terlalu sukar menjalin persahabatan...begitu juga terlalu payah untuk memutuskan persahabatan..kerana persahabatan terjalin melalui pertautan hati bukannya pertautan fikiran.
2. Bila kau bersedih sahabat akan turut merasai kesedihanmu, tetapi saat kau bahagia dan terlupa akan dirinya.. sahabat akan terus mendoakan kebahagiaan buatmu bersama segaris senyuman.
3. Tiga perkara yang membolehkan kita kenal seseorang...a. Tidak akan diketahui seseorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. b. Tidak akan dikenal keberanian seseorang kecuali ketika dia sedang berjuang. c. Tidak akan dapat dikenal sahabat kecuali ketika kita bersedih.
4. Sahabat sejati adalah seseorang yang sentiasa memberi erti, memberi makna dan memberikan rasa cinta yang tulus.
5. Semua orang inginkan sahabat sejati tetapi tidak semua orang akan memilikinya. Banyak juga orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, tetapi banyak juga yang menangis kerana dikhianti sahabat.
6. Memiliki satu sahabat sejati adalah lebih baik daripada memliki seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
7. Hati-hatilah memilih sahabat, kerana sahabat boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya
11 April 2010
Ingat-ingat..
06 April 2010
Nilai Kasih.....
Tatkala aku menatap gambar ini dan membaca catatan yang menceritakan segalanya tentang gambar ini, aku amat tersentuh dan tanpa dapat kutahan airmataku menitik jua. Aku tak tahu mengapa dan kenapa..mungkin jua kerana aku adalah manusia biasa persis orang lain jua yang miliki sekeping hati yang rapuh.Dalam hidupku sendiri aku pun tak pasti apakah aku ini hamba Allah yang terlebih kasih sayang atau terkurang kasih sayang. Ataupun mungkin juga aku ini terlalu membazir kasih sayang orang seperti usikan kawan-kawan yang suka mengena aku.
Setelah membaca paparan tentang kasih sayang dan kesetiaan burung ini terhadap pasangannya yang tercedera aku amat mencemburui nilai kasih mereka. Namun kecemburuanku bertukar kesedihan yang amat pedih bila terbayangkan kekecewaan burung ini apabila mendapati pasangannya telah kaku...
Pelbagai persoalan bermain di mindaku...
1. Berapa ramai antara kita yang memiliki kasih sayang seperti pasangan burung itu?
2. Andainya burung ini faham erti nilai setia dan kasih sayang, mengapakah manusia persis kita
yang punya akal tidak mampu untuk miliki kasih sebegitu?
3. Bagaimana kiranya suatu saat nanti aku berada di situasi burung itu? Sama ada di situasi
burung yang penuh kasih sayang dan setia itu atau di situasi burung yang kaku itu?
>>> barangkali ramai yang tertanya-tanya kejelasan kisah burung ini..hehehe..aku sebenarnya menculik gambar tu daripada blog sahabat mayaku( Azlanlin blogspot) setelah aku membaca entri beliau: Kasih sayang: Menilai dan bernilai...TQ Sahabatku...
05 April 2010
Salam buat Sahabat...
30 March 2010
27 April 2010..Tarikh Keramat Aku dan Dia.
Pertemuan aku dengannya memang tak pernah dirancang dan tak pernah aku duga.Semuanya adalah satu kebetulan. Yang menariknya pertemuan yang singkat itu berupaya mewujudkan keserasian antara kami. Keserasian itu membolehkan kami membina impian dan harapan bersama. Mungkin juga kerana kami sememangnya meminati bidang yang sama..PENULISAN.
Mulai esok kami akan memulakan langkah kami untuk misi kami pada 27 April 2010 nanti. InsyaAllah kami akan memberikan tumpuan yang lebih bagi merealisasikan impian yang terbina sejak sekian lama. Jika tiada aral..InsyaAllah akan terjawab juga segala persoalan dan persepsi yang bermain di minda. Doa-doakanlah agar tarikh keramat itu akan menjanjikan sesuatu yang indah dan memberikan peluang kepada kami berdua untuk berdiri megah sebagai pasangan yang ideal sebagaimana yang diharapkan oleh orang-orang di sekeliling kami.
>>>> 27 April...What? and Who is he?..just wait and see..sorry it's still a big secret for us until the day come true...hehehe.
28 March 2010
Kau dan Aku...Kita milik ALLAH
24 March 2010
Aku takuttttttt...
Hari ini ketika menjalani rawatan radiotheraphy aku berjumpa dengan seorag lagi pesakit kanser yang hanya menunggu masa untuk kembali ke destinasi abadi. Saat aku berbual dengannya, hakikat sebenar tentang aku terungkai jua. Aku tak mampu menahan rasa takut dan kesedihanku yang selama ini cuba aku sembunyikan di sebalik senyum,tawa dan gurau sendaku. Aku tak mampu menghalang airmataku apatah lagi membujuki hatiku untuk tidak terbuai dalam ketakutan itu. Ingin sekali aku jeritkan betapa aku sangat takuttttttt....
>>> aku tahu tidak ramai yang percaya jika aku katakan bahawa aku sangat menderita ketika ini.Aku tak kisah, namun itulah hakikatnya tentang aku.. Barangkali inilah yang pernah dikatakan oleh sahabatku tentang...SUNYI DALAM RAMAI..kepadaku suatu masa dulu.
22 March 2010
Suara Kekasih....
20 March 2010
Saat cintaku diragui...
19 March 2010
Sahabat
>>> Pelik bukan? Selalunya orang akan bercerita dan meluahkan segala masalah yang membelenggu kepada orang-orang tersayang..Tapi aku lebih senang bercerita dan meluahkan semua masalahku kepada DIA..sahabatku. Mungkin cara dia agak berbeza daripada orang lain yang membuat aku rasa lebih tenang dan selesa untuk berkongsi masalah dengannya. Aku yang terkenal dengan kedegilanku dan mungkin juga ego..membuatkan aku payah untuk menerima nasihat orang...Kalau sekadar nasihat yang gitu-gitu, jangan harap dapat menjinakkan aku.
>>> terfikir juga andainya aku kena buat pilihan antara KEKASIH dan SAHABAT...siapa agaknya yang akan aku pilih? Kekasih????sahabat????
17 March 2010
Pak Tani...( Azam Hans/ Asha )
Pak tani bertanam padi
merah kulitnya dimamah mentari
keringat basah melayari wajah
wajah berkerut penuh rahsia
rahsia terlalu banyak sendunya.
Keluh kesahnya tiada yang tahu
hanya pada waktu dia berbicara
melempar resah berbalut sengsara
yang pernah diulit mimpi lena semalam
bahagianya sedetik sengsaranya semusim
kasih bermukim mengintai lalu.
Pada celah ketulusan
harapan ditadah tiada dusta
mengharap pada simpati usia
namun akal minda berbisik ragu
gentar pada sebuah kebenaran
takut pada satu ketentuan
yang mana belum pasti
realiti di anjung waktu.
Tegarkah masa akan menanti
perjuangan kian longlai
dimamah kebencian,diratah keimanan
bertabrakan pada sejadah luka
walau kuping semangat merapuh.
Langkah melangkah mengheret payah
melurikan harapan mengaburi
kejamnya...tanpa simpati
lalu tertawa pada kepayahan
bertepuk pada derita jiwa.
Sinisnya pada kehibaan
dustanya di balik senyum
berlindung pada kenyataan
membendung luka hatinya
bernanah pahit
berkudis perit
punah bersama keegoan
menyembab puing-puing kehancuran
kerana dusta selingkuhnya
terpanah bingkai setia kasih
merombak kehinaan yang terlalu agung
dan menitiklah derita bertamu.
14 March 2010
Aku Menyintainya...
Andai saja DIA tahu
betapa aku sangat menyintainya
sudah tentu tiada kata ragu
melingkari cinta kami.
Andai saja DIA tahu
betapa cintanya telah bersambut
sudah tentu tiada garis sedih
menghiasi kamar hatinya.
Andai saja aku bisa
ingin sekali aku lakarkan di langit biru
tentang cintaku kepadanya
ingin juga kuanyam bebuih ombak
dengan kalimat cintaku kepadanya
agar dia tahu
betapa aku MENYINTAINYA...
08 March 2010
Saat aku mula berbicara tentang cinta...
Saat pelamin cintaku musnah
orang mula membicarakan
titik kelemahanku.
Saat aku menolak cinta
orang juga mempersendakan
titik kelemahanku.
Dan
Saat aku mula berbicara
tentang cinta
orang bertanya lagi
akan titik kelemahanku.
Lalu kuajukan soalan
kepada diriku
terlalu lemahkah aku?
07 March 2010
Aku jatuh cinta lagi...
Kehadirannya
tak pernah dirancang
tak pernah kuduga
namun
dia telah membuatku
jatuh cinta
menyintainya
sangat menyintainya.
>>>Begitulah perjalanan ini...ketentuannya tak mampu kita duga dan jangka.Siapa sangka dalam perjalananku yang kian singkat ini aku akan jatuh cinta lagi kepada DIA yang belum lama aku kenali.DIA berjaya menakluki aku dengan kelemahannya..pelik? Biasanya orang akan tunjukkan kekuatan masing-masing untuk memikat gadis idamannya,tapi DIA telah melampiaskan 101% kelemahannya kepadaku sehingga aku yang pada mulanya memandang sepi kehadirannya telah berjaya ditawannya...apapun Syukurku kepada ALLAH yang telah mengirimkam DIA untukku.
03 March 2010
SUBUH YANG TERAKHIR
Bilakah Kali Yang Terakhir
01 March 2010
Kepulangan
Kepulangan dinanti
muncul jua
namun segalanya
berbuah hampa
tiada ghairahnya
tiada mesranya
tiada apa-apa.
Kepulangan dinanti
hanya mengundang
luka seribu rindu
dan menitiklah
lara semusim
membasahi sejadah pertemuan.
26 February 2010
Kura-kura....untuk DIA...Azlanlin
Sejenak mata terarah
pada Sang Kura-kura
Langkah diatur perlahan
dan perlahan sekali
lalu bertanya seorang aku
mengapa begitu?
dan aku mulai risau
risau sekali
kerna dalam langkah perlahan itu
aku yakin sungguh
tersirat seribu mungkin
berhati-hati?
atau mungkin malu diperhati
atau juga mengatur strategi
menawan sang Arnab di hadapan?
Sesekali ia mengintai
dalam pandangan bersahaja
dari balik perisainya
yang keras dan keras
dan bertanya seorang aku
mengapa begitu?
dan aku gusar sendiri
kerna aku yakin
pandangan hambarnya
terkandung ribuan persoalan
yang tak pernah terjawab
seorang aku.
Sang Kura-kura
perlukah aku mengasihanimu
bila hadirmu bersambut sepi
tanpa ada yang peduli
apatah lagi untuk merungkai
rahsia tersimpan
di balik perisaimu
gembirakah engkau?
bahagiakah hidupmu?
dan aku terkesima sendiri
bagaimana kiranya
di balik perisaimu
kau sembunyikan
lukamu nan terluka
pilumu nan terpilu
yang tak pernah dibisiki
kepada sesiapa pun jua.
>>>>>Lucu? aneh?pelik? atau aku sudah kehabisan idea untuk menulis? hehehe...Sengaja aku mencuba kreativitiku untuk mengindahkan sesuatu yang nampak tak ada maknanya...Pun semuanya berpunca daripada tebakan soalan demi soalan oleh DIA yang sering membuat letusan dalam mindaku..Itu antara kelebihan DIA...Sahabatku nan satu...
25 February 2010
Selamat Ulang tahun miazlan.blogspot.com..Azam Hans
24 February 2010
Terima Kasih..Fiezaaaaaaaaaaaa
Selamat Ulang tahun...buat akak tercinta...Cgu Asha...atas blog Miazlan.blogspot.com.
Tiada tempat yang lebih mengerti,
tanpanya ku rasa beban menghimpit,
kuluahkan segala rasa di hati,
tika jiwa diusik derita sempit,
dek tiada dimamah usia,
kekal setia peneman diri,
bosan tiada jemu tiada,
kuucapkan terima kasih diatas diri.......
p/s: Buat Cgu Asha....Selamat Ulangtahun atas blog tercinta...semoga sentiasa setia di sini.......
Posted by fieza_sauti at 10:47 PM
Happy Birthday..miazlan blog
Sedar tak sedar rupanya miazlan blog telah menjangkau usia satu tahun hari ini. Dalam jangka waktu itu rasanya telah banyak yang terlakar dan tercoret di sini. Aku harap aku akan dapat menyambung kembali novelet Sesalan di Penghujung Rindu sedikit masa lagi.Justeru sempena harijadi yang pertama ini ingin sekali aku rakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat, teman-teman dan pengunjung miazlan. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada seorang sahabat yang bertanggungjawab di atas kewujudan miazlan blog ini iaitu Sdr.Azlanlin. Sesungguhnya beliaulah yang telah menyediakan ruang ini untukku berkarya.TERIMA KASIH ...jasamu tetap kukenang..hehehe..
21 February 2010
Sahabat..
Sahabat
Sahabat
Aku di sini dan menunggu
17 February 2010
Terima kasih untuk semua...
16 February 2010
08 February 2010
Terharu....
Capture pictures direct from my Sony-Ericsson G900 mobile phone.
Saturday, January 23, 2010
BINGKAI WAKTU
Masa aku masuk ke laman blogger secara random, terjumpa blogger yg dikatakan sedang mengidapi cancer. Lamannya ialah http://miazlan.blogspot.com dengan nama Bingkai Waktu. Jadi akupun masukkan dlm blog list aku sebab nak tahu perkembangannya. Hanya doa shj boleh diberi. Semoga kau sihat seperti biasa......
Created by Zambri Ismail at 1:07 PM
Labels: Cerita
Terima Kasih..Zambri Ismail
Malam ini aku sengaja menerjah ke blog follower aku untuk mengetahui perkembangan mereka.Aku amat terkejut apabila menyinggahi blog follower baru aku iaitu Saudara Zambri.Ternyata blog aku adalah yang pertama jadi pilihannya sebagai follower..tambah mengejutkan di dalam blog beliau ada entri tentang aku..Justeru, aku amat terharu kerana walaupun tidak mengenalinya sepenuhnya..namun begitu sekali beliau mengikuti perkembangan aku..TERIMA KASIH...
ALLAHU AKBAR...SYUKUR..
07 February 2010
Andai Ku Tahu...Ungu Band
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu
Kapan tiba masa ku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus yang terus membayangiku
Andai ku tahu
MalaikatMU kan menjemputku
Ijikan aku mengucapkan kata taubat padaMU
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku ku
Ampuni aku menangis ku bertobat padaMU
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ijinkan aku mengucap taubat padaMU
05 February 2010
TERIMA KASIH SAHABATKU...GUANG
Untuk Sahabat
Ketika melewati sesawang mu
aku terkesima dengan coretan
yang terpalit pada dinding hidupmu
terkedu tanpa bicara, lalu merembeskan
satu perasaan hiba dan haru
tanpa aku jemput, aku tahu
yang kini seorang sahabat
benar-benar berdepan dengan
ujian maha getir dan paling berat
Sahabat.....hanya kami yang menanti
kehadiran dirimu untuk
memenuhi ruang-ruang puisi
seperti dulu....
Untuk mu sahabat...
Posted by Guang
28 January 2010
Seorang aku...
24 January 2010
Aku rebah lagi...
23 January 2010
Akhirnya airmata menitis jua....
Pagi tadi seperti yang dijanjikan aku telah menerima tugas sebagai pengacara motivasi keibubapaan anjuran sekolah kami bersama pihak Jabatan Pelajaran Kuching. Aku tahu ada ibu bapa yang mula berbisik-bisik ketika melihat aku melangkah ke hadapan. Dan rasanya aku tahu apa yang menjadi inti bisikan mereka. Ketika aku memulakan tugas pengacaraanku,aku lihat ada ibu-ibu yang menitiskan airmata. Saat ini hanya Allah saja yang tahu betapa aku menahan kesedihan hatiku dan berusaha menyeka airmataku daripada menitis. Dan begitu payah untuk aku mengawal suaraku agar tidak terpengaruh dengan kesedihanku.Alhamdullillah..syukur kerana Allah masih memberikan aku kekuatan sehingga selesai majlis tersebut.
Sesuatu yang tak aku jangka,ketika ibu bapa muridku mulai mendatangi dan memelukku. Saat itu aku tak mampu membendung kesedihanku lagi dan satu persatu airmataku menitik di pipiku. Aku bukannya menangisi ketentuan perjalananku yang selalu mengheret ujian yang amat perit,tetapi aku sedih mengenangkan kegagalanku menjadi guru yang baik untuk anak-anak mereka. Kasih sayang ibu bapa pelajarku kepadaku menjadikan aku semakin terperangkap di dalam kesedihan ini.
>>> bagaimanakah hari-hariku yang seterusnya..aku tak mahu menaruh apa-apa harapan lagi...
22 January 2010
Maafkan aku...
21 January 2010
KIAN..MAWI
Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada
Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda
Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada
Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh
Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu dayaYang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama
Usahlah Hanyut terus terlena
Kerana dunia
Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati
>>>>hahahahuhuhu...why this song????sesekali merenung ke dalam diri mengintai serpihan waktu berlalu mengiringi perjalanan menuju ke destinasi ABADI...kian jauh perjalanan ini..kian terpadam jua cerita satu pertemuan...Apapun aku mencuba untuk tidak menyesali semua yang telah tersurat untukku..
07 January 2010
TERIMA KASIH...BUAT SEMUA...
Petang tadi semasa mesyuarat kurikulum sekolah, rakan-rakanku bertanya bagaimanakah perasaanku untuk menghadapi pembedahan esok...Aku tak mampu untuk menjawab kerana aku sendiri pun tak tahu apa perasaanku. Aku hanya tersenyum untuk menutupi keresahan di hatiku. Namun sesuatu yang amat mengharukan aku ialah semuanya nampak risau dan sebelum balik tadi masing-masing mengiringiku dengan doa yang amat aku perlukan waktu ini..TERIMA KASIH BUAT SEMUA...
Semalam aku telah mendapat suntiksn kata-kata semangat daripada mentorku..Dia amat faham akan sikapku..hehehe..zahirnya saja nampak kuat tapi hakikatnya???????
Apapun..terima kasih buat semua yang mendoakan aku..sesungguhnya doa kalian adalah kekuatan buatku dan kasih sayang kalian adalah semangatku..
04 January 2010
DIA..Mentorku.
Sekali lagi dia menghulurkan tangannya mengajak aku bangun dan meneruskan perjuanganku. Sejak aku mengetahui penyakitku,sememangnya aku amat tertekan. Persoalan yang sering bermain dimindaku hanya..Why Me?and always me? Untuk beberapa hari aku memandang masa depanku dengan begitu hambar sekali.Aku sambut kedatangan 2010 dengan rasa amat pilu...
Namun..Allah jua penentu segalanya. Entah dari mana DIA mendapat berita tentang aku, aku tak tahu..Tau-tau aku menerima emel yang tertulis kata-kata semangat buatku..Ayat pertama yang ditujukannya kepadaku..JGN LUPA UPM..Sememangnya DIA tahu aku amat mengambil berat akan pengajianku di UPM..Untuk beberapa hari ini DIA seakan terus saja memantau keadaanku dengan mengirimiku kata-kata semangat setiap hari.
Beberapa kertas kerja yang perlu aku siapkan juga menerima sentuhan daripadanya,malah DIA turut menawarkan diri untuk mencari penceramah untuk setiap programku.Aku tahu sememangnya DIA mampu melakukannya kerana dirinya juga bukan calang-calang orang.
Hehehe..hari ini DIA mengirimi emel buatku lagi..Lucunya..di saat orang lain berebut menjawat jawatan sebagai "Big Bos"..DIA pulak menolak mentah-mentah tawaran itu.Katanya,Dia tak perlukan jawatan itu..Memang betul,DIA tak perlukan jawatan itu kerana tiga jawatannya sekarang pun dah menyebabkannya mandi duit..Alasannya menolak jawatan itu juga kerana menurutnya DIA tidak cekap..Itulah DIA yang aku kenal dan sering membuat aku bangga dengannya..sikap merendah diri, penyayang dan tenang dalam apa jua situasi.
Rasanya tiada apa yang mampu aku ungkapi melainkan SYUKUR..ku yang tak terhingga di atas anugerah ALLAH ini buatku..Harapanku semoga kami akan dapat merealisasikan impian 2010 kami dengan jayanya..InsyaAllah..Doa-doakanlah ya...