:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Kehadirannya
tak pernah dirancang
tak pernah kuduga
namun
dia telah membuatku
jatuh cinta
menyintainya
sangat menyintainya.
>>>Begitulah perjalanan ini...ketentuannya tak mampu kita duga dan jangka.Siapa sangka dalam perjalananku yang kian singkat ini aku akan jatuh cinta lagi kepada DIA yang belum lama aku kenali.DIA berjaya menakluki aku dengan kelemahannya..pelik? Biasanya orang akan tunjukkan kekuatan masing-masing untuk memikat gadis idamannya,tapi DIA telah melampiaskan 101% kelemahannya kepadaku sehingga aku yang pada mulanya memandang sepi kehadirannya telah berjaya ditawannya...apapun Syukurku kepada ALLAH yang telah mengirimkam DIA untukku.
:: Konsep merendah diri dalam meletakkan ego di tepi mampu mempengaruhi orang lain... Dimanakah kedudukan kuasa pengaruh? Segalanya bergantung pada situasi dan sasaran yang ingin ditakluki...
ReplyDelete:: Kewajaran untuk difikirkan bahawa..di manakah titik kelemahan kita untuk mudah dipengaruhi...?
:: Tunggu respon pemilik blog untuk memberi pandangan balas...hehehe
Salam,
ReplyDelete1. Titik kelemahan diri berbeza pada setiap individu. Kebijaksanaan seseorang mengesan titik kelemahan diri orang lain akan memudahkannya memanipulasikan orang tersebut. Namun hikmah di sebaliknya adalah untuk menyedarkan diri kita betapa kita bukanlah HEBAT segala-galanya seperti mana yang diri kita rasakan..
Wallahualam
TERJATUH DARI PELAMIN CINTA
ReplyDeleteTatkala menyulam kasih
di puncak cinta
bunga-bunga bahagia
kita taburkan atas pelamin cinta
haruman narwastu
menyebar seluruh alam.
Tiba-tiba segalanya punah
telerai ikatan kasih
oleh tajamnya cemburu
menghiris cinta.
Betapa engkau tidak mengerti
kesakitan menyusuk jiwa
parah berdarah
tatkala aku
terjatuh dari pelamin cinta.
tahniah.... anda perlu kebahagian ini utk terus berada di sini.
ReplyDeleteto Azlanlin:
ReplyDeleteTitik kelemahan seseorang selalunya bersembunyi di sebalik egodiri. Apabila tercabar egodiri akan terserlahlah titik kelemahan tanpa disedari..
Namun harus berhati-hati juga....BAGAIMANA KIRANYA TITIK KELEMAHAN YANG DIPAMERKAN ITU SEBENARNYA PERANGKAP???
to zainaljiee:
ReplyDeleteBingkai kasih berbingkis janji
tergantung di relung hati
tiba-tiba kaca setianya
berserakan menyemai derita
dan menitiklah lara semusim
tatkala terjatuh
dari pelamin cinta.
to Zambri:
ReplyDeleteTerima kasih...aku sekadar pasrah dengan apa yang mendepani perjalananku.
To Bingkai Waktu:
ReplyDeleteBenar sekali, adakalanya titik kelemahan sebagai 'perangkap' untuk memenuhkan ruang yang tidak lengkap. Kekadang, ada juga 'titik kelemahan' itu sememangnya dikatakan perangkap apabila 'terperangkap'..heehhehe
Perangkap,
Sukar untuk disingkap
Membuatkan sinarmuka tertekap
Melekat dan selesa pabila didakap..
Boleh dijadikan sajak juga ker? Teringin jugak bila memasuki ruang 'pendita bahasa' nihh..hehheh
to Azlanlin:
ReplyDeletePerangkap
bermula dari ucapan
ucapan penglahiran perasaan
cuma harus bijak mentafsir
tuluskah pengucapan itu
atau sekadar
menanam tebu di pinggir bibir.
..Keupayaan menyusun frasa menjadi klausa nan indah itulah kekuatan penyajak.
>>> apapun jujurnya u got that talent...