:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Matanya meliar melihat setiap pengunjung yang mendatangi pantai itu. Sesekali ada senyuman muncul di bibirnya. Namun ada tika,senyuman itu tetiba saja bertukar menjadi resah yang sarat terpacul di seraut wajahnya. Entah apa yang bermain di fikirannya, hanya dirinya yang tahu.
"Wahai gadis...mana menghilangnya dirimu? Lihatlah pantai ini, laut dan ombak ini yang kesunyian tanpa kehadiranmu lagi.Apakah dikau sudah melupakan kami di sini? Atau apakah kau telah temui penawar segala resahmu selama ini? Jika begitulah sudahnya, alangkah malangnya nasib kami yang saban waktu merindukan seraut wajahmu di sini," keluhnya berat.
Rendra gusar sendiri. Entah mengapa dia semakin merindukan seraut wajah yang sering mendatangi pantai itu bersama gumpalan kesedihan yang mewarnai wajah ayunya.Telah beberapa bulan Rendra tidak melihat wajah itu lagi.Setiap kali mendatangi pantai itu dia tetap mendoakan agar diketemukan dengan wajah itu.
Sejak akhir-akhir ini kesihatan Arisya agak membimbangkan. Dia sering pitam. Semalam Arisya pitam lagi semasa dia dalam perjalanan balik ke asrama.Hampir saja dia dilanggar sebuah kereta yang lalu di situ. Nasib baik sepasang tangan yang gagah itu telah menyelamatkannya dan menghantarnya ke pusat perubatan maktab. Tapi keadaannya yang nampak tenat itu menyebabkan Arisya terlantar di wad Hospital Sarikei sejak semalam.
Arisya berusaha membuka matanya dalam payah. Tekaknya terasa amat dahaga. Dia cuba bangkit. Tapi entah mengapa kepalanya terasa begitu berat sekali. Badannya pula, terlalu lemah.Arisya kebingungan dengan keadaan dirinya. Tiba-tiba pandangannya jatuh kepada seseorang yang tidur di kerusi bersebelahan katilnya. Arisya kian resah. Ketakutan mulai bersarang di hati kecilnya. Direnungnya syiling wad itu. Arisya cuba mencari jawapan akan semua persoalan yang menambah berat kepalanya.
" Arisya, awak dah bangun?" Fariq merenung lembut gadis di hadapannya. Sejak Arisya berada di wad itu semalam, Fariq turut menghuni wad itu. Simpatinya kepada gadis itu amat mendalam. Kasihnya kepada gadis itu juga kian menebal.
" Kenapa saya di sini? Apa yang terjadi? Mana kawan-kawan saya?" soal Arisya bingung.
Fariq menerangkan satu persatu rentetan peristiwa yang menimpa Arisya. Bermula dengan kejadian Arisya yang hampir dilanggar kereta sehinggalah kepada peristiwa yang menempatkannya di wad itu. Arisya nampak agak tenang setelah mendengar penerangan Fariq.Namun, dia tak tahu ada satu perkara yang tidak diceritakan Fariq kepadanya.
Afsyam berdoa lagi dalam solatnya. Seperti semalam dia berdoa lagi hari ini agar Allah memberikan kesihatan yang baik kepada gadis itu. Melihat gadis yang tidak bermaya itu semalam hatinya begitu terusik. Pelbagai persoalan bermain di kotak fikirnya. Mengapakah gadis itu tetiba saja pengsan? Sakit apakah gadis itu?
Selesai kuliah petang itu, Afsyam terus mengatur langkahnya ke Hospital Sarikei. Dia ingin mengetahui keadaan gadis itu. Setelah bertanya di kaunter pertanyaan, dia mempercepatkan langkahnya ke wad pesakit wanita. Namun, tiba-tiba dia mematikan langkahnya. Pandangannya terpaku pada penghuni wad 306. Afsyam berundur perlahan.
28 May 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment