Menyusuri pantai kenangan
peritnya tak mampu kuungkapi
tangis pun tak mampu kutahan
memecah hening senja
bersatu dalam deruan ombak
yang tetap setia menemani pantai.
Cemburu..aku cemburu
pada setia kasih ombak dan pantai
jua pada bayu senja tak pernah jemu
membelai dedaun nyiur melambai
sedang aku sendiri di sini
tanpa apa-apa.
>>>Aku tak tahu ujian apa lagi yang sedang aku hadapi ini. Mengapa kesetiaanku seringkali diragui? Mengapa api cemburu jua yang merajai? Akhirnya aku akur kepada kata hatiku bahawa aku bukan untukmu dan kau bukan untukku..Lafaz cinta antara kita hanya ungkapan indah di bibir saja,sedangkan hati kita masing-masingnya masih menyembunyikan keraguan dan tidak percaya. Hakikat sebenarnya..selagi bergelar MANUSIA..kita tidak pernah memiliki apa-apa kerana semuanya adalah milik ALLAH. Begitu jua kau dan aku...KITA MILIK ALLAH..
*** buat DIA yang sering meragui aku..Andainya suatu saat aku memilih untuk pergi, jangan salahkan aku kerana aku sudah terlalu letih dan tak mampu lagi berdepan dengan setiap ujian yang mendatang..MAAFKAN AKU..
No comments:
Post a Comment