08 February 2010

ALLAHU AKBAR...SYUKUR..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Allahu Akbar...hanya itu yang mampu aku lafazkan. Sesungguhnya kekuasaan Allah tiada tandingannya. Ketentuan Allah juga tiada siapa yang tahu...Pernah seorang sahabat memberitahuku, andainya Allah menginginkan aku sembuh,maka sekelip mata saja aku akan sembuh. Mulanya memang aku akui aku kurang yakin dengan apa yang diperkatakannya. Bagiku itu hanya cara dia memujuk aku yang hilang keyakinan diri pada waktu itu.
Namun, peristiwa semalam tatkala aku sujud pada rakaat akhir solat isya..benar-benar menginsafkan aku bahawa aku tak boleh menyangkal kekuasaan serta keajaiban ALLAH. Usapan lembut di kepalaku tatkala aku sujud benar-benar adalah keberkatan ALLAH berikan kepadaku...Siapa sangka hari ini aku telah menerima berita di luar jangkaku.. Laporan perubatan telah mengesahkan aku telah melepasi garis kritikal dan aku hanya perlu menjalani rawatan pemulihan saja..Dengan erti kata lain, aku tak perlu berdepan dengan rawatan kimoterapi...Sebaik saja menerima pengesahan tersebut airmataku menitis menginsafi kebesaran ILLAHI dan aku tak putus-putus mengucap syukur...Berita tersebut juga membuat aku rasakan seperti orangyang mati hidup semula...Terima kasih ya ALLAH kerana telah memberi ruang dan peluang yang kedua buatku..

No comments:

Post a Comment