17 February 2010

Terima kasih untuk semua...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Senyumku kerana dia
tawa ku kerana dia
bahagiaku kerana dia
segalanya kerana dia.
kala resah kucari dia
kala sepi kudampa gurauan dia
kala marah kulampiaskan
amarahku kepada dia
dan dia
tetap setia menemani
biar ada kalanya
dia terluka kerana aku.
Saat aku kecundang
aku cari dia
saat aku tersungkur
kugenggam erat jemari dia
agar aku bisa berdiri lagi
saat aku bahagia
ingin sekali aku peluki bahagiaku
bersama dia
DIA...penyeri hidupku
DIA..penawar lukaku
DIA..pendampng setiaku
DIA...sahabatku
DIA...teman-temanku
DIA..kawan-kawanku
DIA...????????
>>>>> sajak ini khas untuk semua sahabat,teman dan kawan-kawanku yang telah memberikan sokongan kepadaku selama ini..sokongan kalian semua amat bermakna buat seorang aku yang sering kecundang..LOVE FOR U ALL..(Azlanlin,Haizan,MR.Kumara, Bro Ibnu, Fieza, Dyg Noorasmah, Guang(Azam Hans),Hasnal,Zainaljiee,Cg Zul, Cleopatra,Zambri,especially my mentor,dan ramai lagi yg tak tsebut..TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG KALIAN...

2 comments:

  1. Aslmkm sis,

    Semoga Allah memberi segala kebaikan kepada sis,

    Sis sungguh dunia ini adalah senda gurau,

    Keseronokan sementara,

    Kebahagiaan sementara,

    Maka yakinlah,

    Penderitaan itu sementara,

    Kekecewaan itu sementara,

    Yang kekal pada kita adalah apa
    Yang telah kita persembahkan kepada Allah SWT,

    Sis, kawan boleh datang dan pergi,

    Jangankan kawan,

    Keluarga pun begitu juga,

    Itu sudah lumrah dunia,

    Ada yang terlalu baik dengan kita,

    Akhirnya membawa derita,

    Ada yang sentiasa menyakitkan hati kita,

    Akhirnya membimbing kita,

    Sis,

    Doa mempunyai kuasa yang hebat oleh Allah SWT,

    Di saat ini kita amat memerlukannya,

    Maka ingatlah sis,

    Walau apa pun keadaan kita,

    Kepada Allah SWT kita kembali juga,





    Hamba yang banyak tewas
    tetapi takkan mengalah,

    Ibnu

    ReplyDelete
  2. Thanks bro.kata-kata bro telah membuat airmata ini menitis lagi...Betapa bertuahnya seorang aku kerana memiliki kawan seperti kalian..Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian.

    ReplyDelete