31 May 2010

Sesalan di Penghujung Rindu 16

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Cerita Fariq menemani Arisya di Hospital sarikei tersebar luar di maktab. Setiap kali mendengar cerita itu hati Afyam tersayt pilu. Afsyam berusaha untuk mengusir perasaan tersebut namun,dia tetap gagal untuk melakukannya. Dia sendiri bingung dengan perasaannya. Tidak sepatutnya dia berperasaan sedemikian kerana Arisya bukan siapa-siapa dengannya.

Arisya gusar. Teramat gusar. Baru beberapa minit dia kembali ke asrama, telinganya sudah menangkap beberapa berita yang kurang menyenangkannya. Azillia yang sedar akan kegusaran Arisya, berusaha menenangkannya. Dia bimbang kesihatan Arisya yang belum sembuh sepenuhnya.Tambahan pula cerita yang tersebar luas di maktab itu, lebih kuah daripada isinya. Banyak yang telah ditokok tambah. Mungkin sengaja direka sebegitu untuk mencantikkan ceritanya. Atau juga untuk memalukan watak-watak utama yang terlibat.

Afsyam memerhatikan gadis itu dari jauh. Langkah yang diatur masih nampak lesunya. Ingin saja dia mendekati gadis itu dan bertanyakan keadaan kesihatannya. Namun dia belum memiliki kekuatan untuk berbuat sedemikian. Apatah lagi, cerita yang didengarnya tentang gadis itu menambahkan lagi keraguannya untuk berbuat demikian. Sejak berakhirnya pertandingan antara bahas yang lalu, memang payah untuknya mendekati Arisya. Harapannya untuk memanjang dan merapatkan lagi hubungannya dengan Arisya selepas itu ternyata angan-angan yang tak akan ada realitinya. Malah jarak di antara mereka semakin jauh.
"Assalamualaikum, Afsyam.." Afsyam terkesima seketika sebelum sempat menjawab salam daripada gadis yang bermain di fikirannya sebentar tadi.
"Waalaikumussalam.."jawabnya sedikit tersipu. Kesempatan itu digunakan Afsyam untuk bertanya akan keadaan kesihatan Arisya.Dia juga tidak mahu melepaskan peluang itu untuk menatap sepuas hatinya akan seraut wajah yang sering mencuit ketenangannya.
Perbualan mereka berlanjutan sehinggalah mereka menempatkan diri di kantin. Entah mengapa Arisya berasa begitu tenang berada di samping Afsyam. Sikap dan perlakuan Afsyam yang begitu menghormatinya dan menjaga setiap pertuturannya itu amat menyenangkannya. Tetapi jauh di lubuk hatinya dia merasakan ada sesuatu tentang Afsyam yang menarik hatinya.Tapi dia tak pasti apa sebenarnya.
"Arisya.."Perbualan mereka terganggu apabila tetiba saja Fariq menarik kerusi duduk di sebelah Arisya. Ada riak kurang senang terpancar di wajah Fariq. Afsyam yang menyedari hal tersebut segera meminta diri.
Beberapa pasang mata asyik memerhatikan Arisya dan Fariq yang melangkah ke perpustakaan. Sesekali kelihatan mereka berbisik sesama sendiri. Lagak sesorang kekasih, Fariq membisikkan ke telinga Arisya agar tidak mempedulikan apa yang sedang berlaku itu. Arisya hanya mampu mengangguk dan mendiamkan diri. Namun hati kecilnya, sebenarnya kurang selesa apabila Fariq terus berdampingan dengannya. Tapi memikirkan Fariq yang bersusah payah semasa dia sakit, dia tak sampai hati untuk melukakan hati Fariq.Akhirnya dia terpaksa membiarkan saja Fariq terus berada di sisinya.

1 comment:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete