Sejenak mata terarah
pada Sang Kura-kura
Langkah diatur perlahan
dan perlahan sekali
lalu bertanya seorang aku
mengapa begitu?
dan aku mulai risau
risau sekali
kerna dalam langkah perlahan itu
aku yakin sungguh
tersirat seribu mungkin
berhati-hati?
atau mungkin malu diperhati
atau juga mengatur strategi
menawan sang Arnab di hadapan?
Sesekali ia mengintai
dalam pandangan bersahaja
dari balik perisainya
yang keras dan keras
dan bertanya seorang aku
mengapa begitu?
dan aku gusar sendiri
kerna aku yakin
pandangan hambarnya
terkandung ribuan persoalan
yang tak pernah terjawab
seorang aku.
Sang Kura-kura
perlukah aku mengasihanimu
bila hadirmu bersambut sepi
tanpa ada yang peduli
apatah lagi untuk merungkai
rahsia tersimpan
di balik perisaimu
gembirakah engkau?
bahagiakah hidupmu?
dan aku terkesima sendiri
bagaimana kiranya
di balik perisaimu
kau sembunyikan
lukamu nan terluka
pilumu nan terpilu
yang tak pernah dibisiki
kepada sesiapa pun jua.
>>>>>Lucu? aneh?pelik? atau aku sudah kehabisan idea untuk menulis? hehehe...Sengaja aku mencuba kreativitiku untuk mengindahkan sesuatu yang nampak tak ada maknanya...Pun semuanya berpunca daripada tebakan soalan demi soalan oleh DIA yang sering membuat letusan dalam mindaku..Itu antara kelebihan DIA...Sahabatku nan satu...
Lucu? aneh?pelik? >>itu proses biasa ttg penilaian seorang penilai...
ReplyDeletebukankah setiap kejadian yang diciptaNYA mempunyai alasanya sendiri.....perlahan2 bknnya berhati2 sahaja tetapi sabar...pandangan hambar bknnya duka tetapi dalam hatinya ingin diterokai...kehadirannya bukan untuk dikasihi...tetapi cukuplah sekadarnya menyedarinya....itupun dah cukup bernilai tinggi....gembira dan bahagia, terlalu subjektif...terpulang pada individu untuk mencari kebahagian dan kegembiraan dalam caranya sendiri.... :)
ReplyDeleteYup! setuju sangat. Tapi dalam seratus orang manusia,berapa orang yang memiliki minda terkedepan dan mampu mencantikkan sesuatu yang tiada maknanya bagi orang lain?The only one i know is U...rite?
ReplyDeletehaha...sis, saya hanya manusia biasa...tapi sering mengingati diri, mengingati orang lain...bukan hanya saudara tapi sesiapa sahaja walaupun tidak pernah mengenali...setiap perkara biasa kita boleh jadikannya luar biasa dengan minda dan jiwa yang terbuka luas....dengan usaha yang luar biasa oleh orang biasa.....
ReplyDelete