24 March 2010

Aku takuttttttt...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::Sebaris senyum melewati pinggir bibir,membayangkan betapa bahagianya aku. Tiap langkah kuatur penuh semangat membayangkan juga betapa aku seorang yang tidak punya masalah. Senda gurauku yang menghiasi laman waktu teman-temanku membayangkan betapa cerianya seorang aku. Itu persepsi orang tentang aku. Hakikatnya????

Hari ini ketika menjalani rawatan radiotheraphy aku berjumpa dengan seorag lagi pesakit kanser yang hanya menunggu masa untuk kembali ke destinasi abadi. Saat aku berbual dengannya, hakikat sebenar tentang aku terungkai jua. Aku tak mampu menahan rasa takut dan kesedihanku yang selama ini cuba aku sembunyikan di sebalik senyum,tawa dan gurau sendaku. Aku tak mampu menghalang airmataku apatah lagi membujuki hatiku untuk tidak terbuai dalam ketakutan itu. Ingin sekali aku jeritkan betapa aku sangat takuttttttt....

>>> aku tahu tidak ramai yang percaya jika aku katakan bahawa aku sangat menderita ketika ini.Aku tak kisah, namun itulah hakikatnya tentang aku.. Barangkali inilah yang pernah dikatakan oleh sahabatku tentang...SUNYI DALAM RAMAI..kepadaku suatu masa dulu.

4 comments:

  1. Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah moga disembuhkan
    Saya syorkan baca buku Di Dunia Ada Syurga susunan Asma Nadia, terbitan PTS. Himpunan kisah benar betapa ajaibnya doa seorang hamba yang ikhlas...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..InsyaAllah jika saya terjumpa buku tu..Daripada tajuknya..macam menarik jer..

    ReplyDelete
  3. Ya, memang menarik. Ia menceritakan tentang pengalaman-pengalaman benar dan menarik daripada beberapa individu tentang keajaiban doa. Betapa Allah itu Maha Mendengar keluhan hambaNya. Dan saya pernah alaminya sendiri, tatkala berdepan dengan jalan buntu pada masalah yang dihadapi.Tidak rugi memiliki buku itu untuk koleksi perpustakaan rumah.

    ReplyDelete
  4. Wow! Harap-harap hujung minggu ini saya akan terjumpa buku tersebut...

    ReplyDelete