05 February 2010

TERIMA KASIH SAHABATKU...GUANG

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::


Untuk Sahabat

Ketika melewati sesawang mu

aku terkesima dengan coretan

yang terpalit pada dinding hidupmu

terkedu tanpa bicara, lalu merembeskan

satu perasaan hiba dan haru

tanpa aku jemput, aku tahu

yang kini seorang sahabat

benar-benar berdepan dengan

ujian maha getir dan paling berat

Sahabat.....hanya kami yang menanti

kehadiran dirimu untuk

memenuhi ruang-ruang puisi

seperti dulu....

Untuk mu sahabat...


Posted by Guang

>>> Harus aku akui sejak akhir-akhir ini aku jarang bertamu di blog ini yang suatu masa dulu adalah segala-galanya bagiku. Namun, ketentuan yang ditetapkan tak mudah terjangkau oleh pemikiran kita sehingga kita mudah lupa dan alpa. Pejam celik...rupanya blog ini pun dah menjangkau usia setahun kerana terciptanya blog ini adalah bersempena hari valentine tahun lalu. Dalam masa yang singkat itu jua..terlalu banyak kenangan yang terpatri di sini. Kepedihan yang aku rasai setiap kali mengetuk izin masuk ke blog ini membuat aku malas untuk ke sini.
Tetapi hari ini,aku tetiba saja teringat untuk menjenguk barang seketika di sini dan aku terkesima tatkala membaca nukilan rakan seperjalananku yang telah membuat aku menitiskan airmata. Aku pasti dan yakin sekali bahawa sajak ini adalah ciptaannya untukku...sebab itu aku berani untuk memaparkannya di sini..

2 comments:

  1. yup sajak ni memang saya tujukan khas tuk cikgu, cuma terlupa nak bagitau....

    ReplyDelete
  2. sangat ini amat mengharukan dan saya sangat menghargainya..Thanks..

    ReplyDelete