08 December 2009

Sesalan di Penghujung Rindu..10

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Sejak malam tadi Afsyam rasa kurang sihat. Perit di tekaknya memburukkan lagi kesihatannya. Dua biji panadol yang ditelannya malam tadi juga gagal mengurangkan rasa tidak sihatnya itu. Biasa jam sebegini,Afsyam sudah bangun mempersiapkan dirinya untuk ke surau. Setiap subuh dia akan memastikan dirinya awal sampai di surau kerana ada tugas khas yang perlu disempurnakannya. Namun,sekarang walaupun jam dindingnya dah menunjukkan 5.30 pagi Afsyam tetap gagal untuk bangun.Kepalanya terasa berat sekali dan perit di tekaknya begitu menyiksakannya.
Mata Arisya meliar setiap kali dilihatnya bayang-bayang orang masuk ke dalam surau. Sejak jam 5.00 pagi tadi dia sudah menempatkan dirinya di dalam surau. Arisya terus menunggu dengan sabar akan laungan azan yang akan berkumandang sebentar lagi. Arisya mendengar dengan lebih teliti. Bukan. Itu bukan suara azan yang ditunggunya. Jauh benar bezanya. Ada kesalan bermukim di hati kecilnya.Akhirnya Arisya menunaikan solat subuh dengan sedikit kesal kerana rancangannya gagal.
Cuaca hari ini sememangnya agak panas. Arisya dan Azilla masih diserang kepenatan selepas bermain bola jaring sebentar tadi. Mereka berdua duduk bersandar di bawah pokok di tepi padang. Kedua-duanya cuma membatukan diri.Tiada kedengaran butir bicara yang keluar. Mungkin kepenatan yang terlampau menyebabkan mereka malas untuk bercakap. Sesekali pandangan Arisya terarah kepada kumpulan guru pelatih yang rancak bermain bola tampar. Selain bola jaring,dia juga meminati sukan bola tampar.
"Arisya....," Segera Arisya mengalihkan pandangannya ke arah suara yang menyapanya.
Tanpa menunggu undangan,Fariq terus menempatkan dirinya di sebelah Arisya. Arisya sedikit kekok bila duduk berdekatan sebegitu. Dia pun segera mengensotkan dirinya mendekati Azilla. Azilla tersenyum kerana dia memang sudah maklum akan sikap kawannya itu.
" Sudah dapat kerja kursus?"Fariq cuba merangsang Arisya untuk berbual dengannya. Fariq sedia maklum setiap kali bersamanya,Arisya begitu kaku. Hal ini tidak membuat Fariq putus asa.Sebaliknya dia nekad menggunakan skill yang ada untuk menjadikan Arisya bersikap lebih mesra terhadapnya.
" Belum...mungkin minggu hadapan," Arisya menjawab malas.
" Azilla sekampung dengan awak?"tambah Fariq.Azilla yang mendengar namanya disebut Fariq segera menoleh sambil melemparkan senyuman manisnya.
" Tak lah. Kita baru kenal pada hari pendaftaran,"Azilla menjawab tanpa diminta.
"Ooopss..maaf,"Arisya terkejut apabila sebiji bola jatuh betul-betul di hadapannya. Maria yang meminta maaf, tersengih-sengih. Dua orang kawannya pula ketawa kecil. Ada rasa sakit hati muncul dalam diri Arisya. Fariq segera berdiri.
" Maria, kenapa ni? Awak sengajakan?"
" Fariqqqq! Sampai hati kau menuduh aku begitu. Mana aku tahu bola ini boleh terlepas daripada tangan aku dan mengena gadis kesayangan awak tu,"marah Maria sambil menjuihkan bibirnya.Lantas,dia menarik tangan kawannya Shima dan berlalu pergi.
Arisya sedikit kesal dengan kejadian itu. Begitu juga dengan Fariq. Sikap Maria itu sering menyebabkannya merasakan persahabatannya dengan Maria semakin renggang.
"Arisya, saya betul-betul minta maaf,"
"Tak apalah,bukan salah awak pun.Mungkin nasib saya saja yang tak baik hari ini hingga bola itu pun memilih untuk jatuh mengena saya,"Arisya cuba menyembunyikan sakit hatinya terhadap sikap Maria tadi kerana dia tidak mahu memancing api kemarahan Fariq terhadap Maria.
Suasana di dalam perpustakaan yang sunyi sepi itu menyaksikan Arisya yang begitu asyik membelek-belek buku di rak buku. Dia sedang mencari buku-buku rujukan yang ada kaitan dengan bidang kursus yang diambilnya iaitu Pengajian Melayu.Ketika dia membalikkan tubuhnya,tiba-tiba dia terlanggar seseorang.
"Maafkan saya,"pinta Arisya dengan rasa bersalah. Anehnya pemuda itu hanya tersenyum memandangnya.Arisya segera mengutip buku yang terjatuh ke lantai.Pemuda itu terus berlalu tanpa sepatah pun perkataan yang terkeluar dari mulutnya.
Arisya tidak menyedari ada sepasang mata tertumpu ke arahnya. Sesekali kelihatan pemuda itu tersenyum. Mungkin ada peristiwa lucu yang bermain di mindanya.
Maria sengaja menempatkan dirinya di sebelah Arisya. Dia sudah merencanakan sesuatu untuk menghalang Arisya daripada terus akrab dengan Fariq. Dia tak sanggup kehilangan Fariq. Sebelum kemunculan Arisya, hubungannya dengan Fariq agak rapat,Persis sepasang kekasih. Namun segalanya menjadi kacau kerana Arisya. Arisya buat-buat tidak tahu akan kehadiran Arisya di sebelahnya. Dia malas nak melayani Maria kerana tidak mahu sesuatu yang tak baik akan berlaku di dalam perpustakaan. Melihat ketidakpedulian Arisya terhadap dirinya, Maria makin sakit hati. Segera diambilnya sehelai kertas yang tersisip di dalam bukunya lalu dihulurkan kepada Arisya. Kemudian,dia bingkas bangun lalu meninggalkan Arisya yang sedikit terpinga-pinga.
JANGAN DEKATI FARIQ. DIA BAKAL TUNANG AKU.JANGAN JADI PERAMPAS HAK ORANG. Kata-kata yang ringkas tetapi pedih. Fokus Arisya sedikit terganggu. Dia mengeluh.Azilla yang menyedari peristiwa yang berlaku sebentar tadi,terus mencapai helaian kertas dari tangan Arisya. Ditatapnya ayat-ayat itu. Dia sekadar menggeleng-gelengkan kepala.Kasihan Arisya. Dia mengguman sendiri.Gangguan yang tidak diundang itu membuat Arisya mengajak Azilla untuk keluar dari situ.Sepasang mata yang memerhatinya sejak tadi, masih begitu asyik mengikut setiap pergerakannya.Apabila dilihatnya Arisya yang siap mengambil buku-buku di atas meja,dia segera melangkah ke mendekati Arisya dan menghulurkan sehelai kertas berlipat kepada Arisya. Surat kedua,getus hati kecil Arisya.

No comments:

Post a Comment