28 June 2009

Berikan aku waktu..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Maafkan aku kiranya sampai saat ini aku masih gagal memaknakan erti kehadiranmu di dalam hidupku.Telah puas aku berusaha mencari titik keserasian antara kita..namun aku masih gagal malah segalanya masih samar-samar lagi.Aku mohon berilah ruang dan waktu untukku menilai erti kasihmu.Maafkan aku...
Ya Allah..
aku mohon petunjukMU
aku mohon kekuatanMU
untuk aku menentukan segalanya.
Saat kaki mengajakku pergi
terasa langkahku payah
sendu wajahnya menjerat rasaku
redup matanya memerangkap jiwaku
hingga aku kian keliru
atas keputusan ini.
Ya Allah..andai saja dia untukku
Tunjuki aku kebenarannya
berilah aku lohong dan lorong
permudahkan aku
mendakap impiannya
bersatu dalam impianku

26 June 2009

Akhirnya aku berjaya...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Hari ini aku telah nekad untuk meneruskan langkahku sebagaimana yang aku rancangkan sejak sekian lama.walaubagaimanapun,sebelum aku berjaya meletakkan diriku di UPM,aku terpaksa berdepan dengan beberapa masalah yang tidak dijangka...Satu dalam seribu...itulah ungkapan yang dilemparkan kepadaku oleh kawan-kawanku..hahaha..mana tidaknya,ketika orang lain sibuk mendaftar di UPM aku masih tidak menerima sebarang perkhabaran tentang permohonanku.Bila diselidik,rupa-rupanya kad pengenalanku tidak ada dalam permohonanku..hairan juga kerana semasa penghantaran borang itu dulu..senarai semak telah dibuat.Seperkara aneh lagi berlaku yang menyebabkan permohonanku tergantung ialah nama aku sudah ada di UPM dalam semester kedua...sejak bila pulak aku masuk UPM?
Tapi alhamdullillah..dengan sedikit ilmu yang ada aku berjaya menguruskan kemasukanku ke UPM tanpa ada surat tawaran.Aku berjaya mencuit hati pegawai bertugas di unit kemasukan di KL iaitu Puan Shikin,untuk membantu menguruskan kemasukanku.Hasilnya hari ini aku diminta untuk melaporkan diri tanpa ada sebarang surat daripada UPM.Sesampainya aku di UPM...hahaha..aku nampak namaku terpapar di meja kerani..Rupanya kedatanganku memang telah ditunggu kerana PN Shikin telah memaklumkan kepada mereka akan kedatanganku.Dan sudah pasti dengan mudah urusanku diselesaikan..Langkah terakhirku ialah membayar yuran pengajian di CIMB.Tanpa berfikir panjang aku telah membuat bayaran untuk satu semester iaitu RM2500..

11 June 2009

Kem Kecemerlangan Kepimpinan Pengawas..Hari ketiga..

..Mohd Qistee bin Yahya..peserta kem terbaik...
..En.Norman daripada JPN Sarawak...

..Peserta Kem pada hari ketiga...


..ceramah kecemerlangan kepimpinan pengawas..




10 June 2009

Aktiviti hari kedua..

Cikgu Iswandy..pengadil pertandingan mengupas kulit bawang.
..tarian apa tu...hanya cg Iswandy yang tahu..

..mencari gula-gula dalam tepung..


..pertandingan mengupas kulit bawang..




..pertandingan makan buah anggur...




Kem Kecemerlangan Kepimpinan Pengawas..



...En.Poniman bin Bejuk..PKH HEM SMK
Bandar Baru Semariang.
>>Hari ini merupakan hari yang kedua Kem Kecemerlangan Kepimpinan Pengawas kami diadakan.Sejak awal pagi lagi aktiviti senaman berupa tarian poco-poco telah diadakan.aku tak sempat merakam gambarnya kerana hari ini aku datang agak lewat,sebab aku kurang sihat.

09 June 2009

Thanks...Cg Zulkarnain Farihin Mustakim


Satu lagi sajak yang dicipta oleh Cikgu Zulkarnain buat aku di Engkabang.Net.

Petikan kata-kata..Encik Hatta Arab..


Kem Kecemerlangan Kepimpinan Pengawas

iEncik Hatta Arab...untuk mencapai kejayaan,yakinkan diri bahawa hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam.....

Hari ini bermulalah Kem Kecemerlangan Kepimpinan Pengawas peringkat sekolah kami yang bertemakan"Pengawas Cemerlang Aspirasi Sekolah".Penceramah kami pada hari ini adalah Encik Hatta Arab,Pegawai Khas Anti dadah,Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

07 June 2009

Puisi daripada seorang sahabat..


SUBUH

Hembusan Subuh memecah lena
Hembusan udara yang masih dara
Titisan embun menyergah alam maya
Tiupan dingin nyaman kurasa
Aliran air berlari-lari
Merentasi deras seluruh jemari
Kurasa segar menusuk kalbu
Menadah tangan di langit biru

Berdoa dengan penuh kekuatan
Angin, embun dan bayu menerpa kelembutan
Kurasa syukur dengan segala pemberian
Anugerah Tuhan Yang Maha Esa yang tiada bandingan

DIAM

Di satu sudut
Manusia gelak ketawa
Manusia senyum melebar
Aku tetap diam

Di satu sudut
Manusia bermegah-megah
Manusia menunjuk-nunjuk
Aku tetap diam

Di satu sudut
Manusia menangis
Manusia kesedihan
Aku masih mendiam

Di satu sudut
Manusia ditindas
Manusia diperlaku ganas
Aku masih mendiam...terpacak difikiranku dimana suara-suara manusia

Sajak daripada...Cg Dyg Noorasmah

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Asha...
Namamu indah dipenaku
Namun aku terus menantimu
Di setiap kala akanku pintal satu persatu
Engkaulah sahabat meniti di setiap renunganku

Asha...Biar seribu lemparan dilebarkan
Biar sejuta celaan kau telan
Semuanya akanku genggam hingga hancur
Demi nilai persahabatanku yang setia bagai tak terkata

Asha...
Walau kita tak pernah bersua
Percayalah satu hari pastikan tiba
Ketawa dan senyum pasti kuhidangkan
Buat sahabat yang setia tiada bandingan

Just for you p/s: sorry, kmk x pandey gilak bersajak bah..hehhehe

Lamarannya..aku terima...

Perjalanan hidup ini sememangnya unik dan kita sebenarnya tak tahu apa sebenarnya apa yang akan berlaku sepanjang perjalalanan kita walaupun bagi kita,kita telah merencana dan membuat perancangan yang sebaik mungkin.Hanya Allah yang tahu apa yang kita tak tahu...

Siapa sangka dalam pada aku haru-biru untuk menentukan hala tuju perjalanan hidupku,lewat malam tadi aku mendapat lamaran yang tak terduga olehku.Lamaran yang baik...buat apa aku nak tolak?So..aku menerimanya...mungkin ini langkah aku yang seterusnya untuk mengembangkan potensi diriku dalam bidang penulisan...Lamaran yang aku terima lewat malam tadi ialah yang di bawah...hahaha...suspen?????Terima kasih Cg Zul..

Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart SibuTeacherMaster MemberFame: 42OnlineGender: Posts: 1192
Re: (No subject)
« Sent to: Asha Shahmimi Abdullah on: Yesterday at 11:20:55 PM »
« You have forwarded or responded to this message. »
Quote Reply Remove
. Tahniah cikgu Asha. Cuba bukukan. Hantar ke DBP kuching. Saya boleh tolong bagi sokongan sebab saya salah seorang Munsyi Sastera yang dilantik oleh DBP


05 June 2009

Apabila kasih terhenti...


Sempatkah aku...Guang Amba


Seharian bersimpuh di sini,
trauma pada perasaan takut akan
kehilanganmu,
diriku gugup akan ketiadaanmu
kerana kehadiranmu cukup
memeritkan bukan kerana aku
tidak menyayangimu tapi...
cinta ini bukan milik kita
aku begitu akur dengan kehendak
yang mendatang, untuk melawan
tidak sempat aku
detik sering berlalu meninggalkan
firasatku cuma satu
Jangan tinggalkan kenangan kita.
.....sajak yang amat bermakna dan bagaikan ada perkaitan dengan apa yang aku alami kini.Terima kasih kepada pencipta sajak ini,sahabat mayaku..Guang Amba.

04 June 2009

Akta Hukum Cinta


Menyintai memang mudah
tapi payahnya...
mempertahankan cinta.
Berkata setia memang senang
tapi sukarnya...
menggenggam setia.
Semuanya hanya kerana
Akta Hukum Cinta..

Cinta terlarang...


Cinta terlarang bukan salahku
pun bukan salahmu jua
kita hanya banduan dalam mahkamah cinta ini
terhukum untuk bercinta
tapi tidak memiliki.
Kekasih...andai dapat kuputar kembali
waktu yang berlalu
akan kukembalikan masa lalu kita
mencatur seutuh mungkin
agar tidak terhukum
dalam mahkamah cinta ini
sebagai banduan CINTA TERLARANG.
Maafkan aku kekasih..
cintaku tak pernah padam
tapi harus aku pendam
kerana aku tak rela melihat
ada yang terluka kerananya.

03 June 2009

Aku?????


aku?

yang teraba-raba

dalam kepekatan malam

menyusur jalan mencari sinar

aku?

mencari-cari lagi

yang kucari entah di mana

menyempit naluri di dalam hatiku

aku?

meronta-ronta keseorangan

meredah lautan dan bumi

mengimbau kenanganku bersamamu

aku?

terdampar sepi di penantian

cuba mencari jawapan yang tak pasti

dan pastinya belum kutemui apa yang kucari....

.....karya Cg.Ibnu Hisyam...