26 December 2009

Sesalan di Penghujung Rindu ..14

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Arisya mempercepatkan langkahnya menuju ke Bilik Bahasa. Dia risau kalau-kalau dia terlewat untuk pertemuan pertama dengan kumpulan bahasnya. Sebetulnya Arisya pun tak tahu siapa lagi yang akan bersamanya memperjuangkan nasib maktabnya dalam pertandingan perbahasan Peringkat Negeri Sarawak. Pemilihannya pun berdasarkan rekod pencapaiannya sebagai pemidato terbaik Negeri Sarawak semasa sekolah menengah dahulu. Arisya melangkah perlahan setelah dia sedar Pensyarah Bahasanya, Encik Hasyim telah berada di dalam bilik itu. Setelah memberi salam dan memohon maaf di atas keterlewatannya, Arisya mengambil tempat duduk di meja hadapan. Arisya gelisah sendiri setelah dia menyedari hanya dirinya sahaja pembahas wanita dalam kumpulan itu.
Afsyam senyum sendiri. Ingatannya menyinggahi peristiwa petang tadi. Sungguh dia tidak menyangka akan berpeluang mendekati gadis yang sering muncul dalam mimpinya selama ini. Dan Afsyam amat bersyukur atas peluang yang datang itu. Namun hatinya sedikit gusar juga setelah memikirkan perbezaan yang begitu ketara antara mereka. Mustahil gadis itu akan menerimanya.
Fariq mendekati Arisya yang begitu asyik membaca buku di tangannya. Fariq menarik kerusi lalu duduk di sebelah Arisya. Arisya tidak selesa apabila Fariq duduk terlalu dekat dengannya. Dia risau apa kata mata-mata yang melihatnya nanti. Hakikatnya memang ada dua pasang mata yang sedang memerhatikan mereka.
" Jom kita pergi minum," bisik Fariq. Arisya menggelengkan kepala dan memberikan alasan dia baru lepas minum di kantin. Fariq tak putus asa. Seraya mendesak dia mengemaskan semua buku Arisya dan menarik tangan Arisya. Dalam gusar Arisya akur. Walaupun baru beberapa bulan mengenali Fariq, namun dia sudah dapat membaca perwatakan Fariq. Baginya Fariq adalah seorang yang tegas dan berpendirian teguh. Arisya juga amat mengagumi sikap Fariq yang begitu yakin apabila melakukan sesuatu perkara. Justeru, Arisya tak hairan jika Fariq menjadi rebutan pelatih wanita di maktabnya.
" Maaflah jika i sedikit memaksa you tadi. Tapi nak buat macam mana kan? Bukannya mudah nak mengajak Arisya Datuk Hasbullah keluar."
" Awak tak risaukah jika teman wanita awak melihat kita berdua di sini?"
" Teman wanita? Siapa?"Fariq pura-pura tidak mengerti walaupun dia tahu siapa yang dimaksudkan Arisya.
" Tak tahu atau buat- buat tak tahu?"
" Arisya Datuk Hasbullah, untuk pengetahuan awak saya ni belum menjadi milik sesiapa lagi. Tapi rasanya saya baru berjumpa gadis yang berjaya mencuit hati saya." ujar Fariq sambil matanya tajam merenung seraut wajah Arisya. Arisya berusaha melarikan pandangannya daripada bertembung mata dengan Fariq. Hati kecilnya mengakui Fariq sememangnya tampan dan mampu mencairkan hati setiap wanita dengan mudah.
" Wow! Siapalah gadis bertuah itu? Bila awak nak kenalkan kepada saya?" Fariq tersenyum mendengar pertanyaan Arisya. Tapi tak mungkin untuknya memperkenalkan gadis itu kepada Arisya sekarang. Dia takut Arisya akan mentertawakannya. Malah lebih menakutkan, dia bimbang Arisya akan menjauhinya. Jadi biarlah segalanya menjadi rahsia. Sampai masanya nanti dia akan memberitahu Arisya.
Fariq memandang kipas yang berpusing. Ingatannya berkisar kepada pertemuannya dengan Arisya sebentar tadi. Alangkah bahagia dirinya jika dia dapat memiliki gadis itu. Fariq sedar sejak kali pertama dia terpandang gadis itu hatinya sudah terusik. Dia sudah pandai bermain dengan khayalan yang romantik. Dan tentunya akan bertambah-tambah lagi kebahagiaannya jika Arisya menyetujui hubungannya dengan gadis itu. Jauh di lubuk hatinya,Fariq memanjatkan doa agar Allah merestui dan mempermudahkan urusannya untuk memiliki cinta gadis itu.

No comments:

Post a Comment