04 December 2009

Sesalan di Penghujung Rindu..9

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Afsyam sedikit gementar ketika membuat kiraan barang-barang yang dibeli Arisya. Sedangkan Arisya selamba saja. Hanya Azilla yang terus saja tersenyum sambil merenung tajam kepada Afsyam. Kesesakan dan kesempitan dalam bilik koperasi itu mendesak Arisya untuk segera meloloskan dirinya dari situ. Tanpa menunggu Azilla, Arisya terus melangkah keluar. Dia akan menunggu Azilla di situ.
"Arisya.." Fariq menyapa gadis di hadapannya. Gadis yang telah mencuit ketenangannya sejak akhir-akhir ini.
" Apa khabar?"tanya Arisya sambil menghadiahi senyuman kepada Fariq dan dua orang lagi kawannya. Faizal dan Ikwan tergamam seketika melihat seraut wajah ayu di hadapan mereka. Redup mata gadis itu begitu mendamaikan. Lembut bahasanya sudah pasti mudah meruntun hati orang yang berinteraksi dengannya.
" Baik. Awak pula?Bagaimana dengan kehidupan di sini? Apa awak dah serasi hidup begini?"
Fariq tahu kehidupan di maktab memang jauh bezanya dengan realiti kehidupan Arisya yang mewah.
" Rasanya setakat ini tak ada masalah. Malah saya seronok berada di sini." Sikap Arisya inilah yang membuat Fariq amat mengaguminya. Arisya tak pernah menunjuk-nunjuk kepada orang akan statusnya sebagai anak datuk. Arisya amat berhati-hati dalam pertuturan dan tingkah lakunya.Amat berbeza sekali dengan Maria yang datang daripada keluarga sederhana tetapi sombong.
Perbualan mereka mati di situ setelah Arisya meminta diri bersama Azilla yang baru selesai mencuci matanya di dalam bilik koperasi. Walaupun belum puas berbual dengan Arisya,Fariq terpaksa membiarkannya pergi.
Arisya segera mencapai telefon bimbitnya yang berdering sejak tadi. Diamatinya nombor pada skrin itu. Arisya tersenyum. Rizman. Hatinya berbisik gembira.
"Assalamualaikum, wahai sahabatku," girang sekali Arisya menyahut panggilan itu.
"Waalaikumsalam, wahai sahabatku. Apa khabar sahabatku di sana?"Rizman membalas dengan nada girang juga.
" Riz, bagaimana khabarnya papa dan mama? Mereka masih merajuk ke? Dah beberapa kali Arisya call,tapi belum pernah mereka menjawab call Arisya. Arisya tau,papa sangat kecewa dengan keputusan Arisya ini. Riz, you tolonglah jelaskan kepada mereka. Pujuk-pujuklah mereka bagi pihak Arisya,ok?"
" Wahai sahabatku Cik Arisya, memang papa you merajuk sungguh-sungguh. Malam tadi papa dan mama you makan malam kat rumah kita. Papa you suruh i cairkan kedegilan you. So,what should i do now,Cik Arisya? Nak tolong you ke nak tolong bakal mertua i?"
"Hisssh! Sejak bila pula you berangan-angan nak jadi menantu Datuk Hasbullah?"
" Eh! Gurau aje lah..tapi kalau suatu hari nanti ditakdirkan betul,apa salahnya kan?Hehehe..."
Rizman makin galak mengusik Arisya. Tapi jauh di sudut hatinya dia amat berharap agar suatu hari nanti hasratnya untuk menjadi menantu Datuk Hasbullah akan menjadi kenyataan.
" Riz, maafkan i. I ada kelas lepas ni. Lain kali kita sembang lagi. Sampaikan salam i buat ia family i dan family you sekali.Ok,sahabatku.?"
" Baiklah.For you, i akan buat apa aje.So,sampai jumpa lagi sahabatku.Assalamualaikum," Dalam keterpaksaan,Rizman menamatkan perbualannya dengan sahabat baiknya yang kian mengundang rindu dalam dirinya itu.
Laungan azan itu sayup-sayup menyinggahi pendengaran Arisya. Dia bingkas bangun dan duduk di birai katilnya untuk terus mengamati laungan azan itu. Entah mengapa dia dapat rasakan ada kesedihan yang amat tebal dalam suara itu. Dan ianya amat mengusik perasaannya. Arisya nekad. Dia akan mencari tahu siapa empunya suara itu. Pagi esok dia akan memulakan pencariannya. Dan dia amat yakin pencariannya akan berhasil. Begitulah seorang Arisya yang sentiasa yakin apabila merencana dan melakukan sesuatu.

No comments:

Post a Comment