29 December 2009

Aku Sememangnya Degil...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Awal pagi lagi aku kena berjumpa dengan Dr Loong Seh Yang dan Dr Harith Sherippudin di Hospital Normah. Kesihatanku yang tidak mengizinkan memaksaku untuk berada di Hospital Normah sepanjang hari ini. Sepatutnya aku kena admit...hehehe tau-taulah aku jenis yang tak suka terbaring di atas katil. Wad dan katil aku hanya sempat melihat aku untuk jangka masa satu jam saja. Sebelum masuk wad aku siap bertanya dengan Dr Loong perlukah aku berehat di wad? Sebelum Dr Loong memberikan hujahnya aku dah siap dengan hujah aku agar Dr Loong setuju dengan syaratku berada dan tidur di wad itu dalam jangka masa singkat saja...Terima kasih Dr Loong yang terpaksa mengikut kedegilanku.

Namun sebetulnya aku masih terasa sakit ketika aku melangkah keluar hospital dan aku terpaksa menelan dua biji pil penahan sakit..kerana bekas pembedahan kecilku terasa amat sakit. Sesampai di rumah aku tidak dapt baring kerana kesakitan itu. Nampak gayanya sepanjang malam ini aku terpaksa tidur duduklah..hehehe berkat orang degil kata kaum keluargaku.

Minggu hadapan aku kena datang ke Hospital Normah lagi. Mungkin kali ini aku akan menjalani pembedahan yang lebih besar..untuk semua doa-doakanlah agar semuanya berjalan lancar dan selamat..

2 comments:

  1. pembedahan kecil? sakit apa? semoga cepat sihat... insyallah...

    ReplyDelete
  2. Belum tahu lagi..InsyaAllah berkat sokongan dan doa semua pembedahan yang seterusnya akan berjalan lancar dan memungkinkan kesihatan saya pulih seperti sediakala..TQ

    ReplyDelete