:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Sambil mengatur langkah keluar dari perpustakaan, Arisya membuka surat kedua yang diterimanya sebentar tadi. "Maafkan saya, saya tak dapat membalas ucapan maaf awak tadi sebab saya tak ada suara...sakit tekak..Harap awak memaafkan saya."Arisya tersenyum membaca surat itu. Azilla kehairanan.
"Hei, tadi mencuka. Sekarang tersenyum. Kenapa?"tingkahnya seraya mencungkil rahsia di sebalik senyuman kawannya itu. Tanpa bicara, Arisya menghulurkan surat yang baru dibacanya kepada Azilla. Akhirnya berderai tawanya.
Fikiran Arisya masih terusik dengan surat ringkas daripada Maria.Mengapa Maria begitu mencemburuinya. Antara dia dan Fariq tak ada hubungan yang istimewa pun. Sekadar kawan sahaja. Tak lebih dari itu.Ah! Arisya cuba membuang jauh-jauh ingatannya terhadap apa yang berlaku. Lantas dia bangun untuk berwuduk dan menunaikan solat asar. Bagi Arisya hanya dengan solat sahaja dia dapat menenangkan dirinya.
Cuti pertengahan semester tiba. Sesungguhnya cuti merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh semua guru pelatih. Tidak ketinggalan Arisya. Sekejap lagi dia akan memulakan perjalanannya balik ke pangkuan keluarganya. Hakikatnya Arisya memang gembira tapi jauh di sudut hatinya dia tahu akan penerimaan keluarganya terhadap kepulangannya itu.
Benar seperti jangkaannya. Papa,mama dan abang-abangnya memandang sepi kepulangannya.Sedangkan dalam hatinya begitu sarat kerinduannya terhadap keluarganya. hanya Mak Mah menyambut kepulangannya dengan perasaan yang gembira. Arisya sempat menangkap titik jernih di pipi tua Mak Mah ketika memeluknya tadi.
"Arisya, kau yakin akan menjadikan dirimu sebagai guru sepanjang hayatmu?"
" Riz, kau tahu kan,sejak dulu lagi aku amat meminati bidang perguruan.Aku harap suatu hari nanti papa dan mama akan memahamiku."
"Tapi Arisya,kau kena fahami mereka juga. Papamu amat berharap agar kau akan membantu memperkembangkan perniagaan keluarga kau.Tambahan pula,papamu seorang yang ternama.Malulah, kalau orang tahu anaknya hanya seorang guru,"kata-kata Rizman membuat Arisya berang.
"Riz, kenapa semua orang memandang hina terhadap profesion keguruan? Aku kecewa,kau sahabatku pun berfikiran sama seperti mereka,"Arisya terus melangkah meninggalkan Rizman yang terkebil-kebil keseorangan di taman kecil di halaman banglo mereka.Arisya betul-betul terluka dengan Rizman yang amat diharapkannya akan memahami dan menyebelahinya. Kata-kata yang terkeluar daripada mulut Rizman amat mengecewakannya.
Rizman rasa bersalah. Dia telah melukakan hati Arisya. Sepatutnya dia memujuk Arisya secara perlahan untuk terus bergelar cikgu dalam jangka yang panjang. Dia juga sedar tindakannya sebentar tadi silap-silap akan merenggangkan persahabatannya dengan Arisya.
Kalau orang lain gembira dapat balik ke kampung masa cuti semester, tetapi sebaliknya berlaku kepada Afsyam. Seperti selalu,dia akan menjadi penghuni setia maktabnya. Bukannya dia tak mahu balik,tapi dia sayang nak membuang duit elaunnya untuk membeli tambang bas balik ke kampung. Baginya lebih baik duit tambang itu dikirim kepada nenek di kampung. Kesian,nenek yang sudah tua terpaksa bertungkus-lumus mencari upah untuk sesuap nasi. Dengan adanya wang kiriman Afsyam,maka nenek tak payah bersusah memerah keringat tuanya lagi. Kekadangnya,nenek amat sedih memikirkan Afsyam yang terpaksa membatasi semua keperluannya semata-mata untuk memastikannya dapat hidup seperti orang lain.Dan nenek amat bersyukur kerana dianugerahi cucu seperti Afsyam.
Dalam setiap solatnya,nenek selalu berdoa agar Afsyam akan terus diberikan sinar kebahagiaan. Dia juga berharap suatu hari nanti,jika Afsyam bertemu jodohnya,maka gadis itu akan dapat menerima seadanya diri Afsyam. Dan biarlah gadis itu akan membahagiakn cucunya ini sehingga akhir hayatnya. Namun setakat ini,nenek belum pernah lagi mendengar apatah lagi melihat Afsyam berpacaran. Selepas kehilangan ibu bapanya, Afsyam telah mempertaruhkan seluruh hidupnya untuk adiknya yang sering sakit sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir.
09 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment