:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Arisya melangkah masuk ke dalam kereta Rizman dengan wajah sugulnya. Kelihatan Mak Mah yang menghantari kepergiannya itu dengan linangan airmata yang mula menitik di pipi tuanya. Walau hanya sebagai orang gaji, namun Mak Mah amat mengasihi Arisya. Arisya juga mempunyai hubungan yang amat rapat dengannya. Sejak kecil lagi Arisya sering melampiaskan masalahnya kepada Mak Mah. Bagi Arisya, Mak Mah bukan sekadar orang gaji tapi bagaikan pengganti kepada mamanya yang lebih banyak menghabiskan masanya di luar berbanding dengan masa bersamanya.Bagi Mak Mah pula, kepada Arisya dan adik-beradiknya tempat dia menumpah dan menumpang kasih sayang. Maklumlah, dia sendiri tidak mempunyai anak.
"Kenapa ni?"Rizman cuba menceriakan suasana setelah dia menangkap wajah sugul Arisya itu. Arisya tetap membatukan dirinya. Kesedihan masih memerangkap segenap ruang rasanya.
"Helo sayang....kenapa ni?" Rizman terus memancingnya untuk bersuara. Sekilas Arisya memandang wajah teman baiknya itu. Arisya diburu sedikit rasa cemburu terhadap Rizman yang sentiasa ceria dan seakan tak pernah ada masalah. Rizman semakin bingung melihat reaksi Arisya yang terus membisu. Segera Rizman memberhentikan keretanya di bahu jalan. Arisya kaget.
" Riz, kenapa berhenti di sini?"
" Hei..look here my dear. I just want to know what happen to you. You tau kan,sejak dulu lagi i tak suka melihat walau segarispun jalur kesedihan menapak di wajah you. Please Arisya, tell me what is in your mind and make you look so upset?"
"Riz, sorry. I tak apa-apa. I cuma sedih kerana papa dan mama masih enggan memahami apa yang terbuku di hati i. Dan setiap kali melihat papa dan mama marah, Arisya rasa bersalah dan berdosa kerana telah mengengkari kehendak mereka."
" Kau bersabar je lah. Berdoalah agar suatu hari nanti semuanya akan pulih seperti biasa." Rizman malas nak meluahkan apa yang sebenarnya terbuku di hatinya akan kedegilan Arisya itu. Dia tak suka hubungannya dengan Arisya akan menjadi renggang jika Arisya salah menangkap nasihatnya. Rizman terus melarikan semula keretanya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kalau diikutkan hatinya,dia sendiri pun berat hendak melepaskan Arisya pergi. Berjauhan dengan Arisya bermakna dia terpaksa menghitung kerinduan yang sering bertandang di kamar hatinya. Kekadang dia rasa risau juga jika suatu hari nanti Arisya akan pergi dari hidupnya.
" Ok Riz, i have to go now. Thanks a lot."
" Arisya, take care. Jangan lupakan Riz di sini pulak." Arisya sekadar membalas kata-kata Rizman dengan senyuman. Sedangkan hati kecil Rizman benar-benar mengharapkan agar Arisya tidak akan melupainya yang sejak dulu lagi telah mengangankan masa depan yang indah bersama Arisya.
Keletihan mulai menjalar di sekujur tubuh Arisya. Kepenatan perjalanan dan membersihkan kamar kecil yang menempatkan dirinya dan Azilla amat meletihkannya. Maklumlah, kalau di rumahnya semua kerja pembersihan dilakukan Mak Mah. Arisya cuba memanjakan dirinya dengan berbaring di katilnya sementara menunggu Azilla yang akan sampai lewat petang nanti.
Laungan azan yang berkumandang mengejutkan Arisya yang tidur-tidur ayam. Seperti selalu, dia bingkas bangun untuk menghayati alunan azan itu. Sampai kini dia masih gagal berjumpa dengan yang empunya laungan azan itu.
Afsyam merenung jauh ke arah jalan masuk ke asrama puteri. Matanya liar mencari seraut wajah yang sering mengundang rindu di hati kecilnya. Kekadangnya Afsyam hairan juga akan dirinya yang tidak dapat melupai wajah itu. Belum pernah dia berperasaan sedemikian.
" Wahai lelaki...kenapalah engkau begitu menjerat perasaanku?" bisik Azilla saat matanya menangkap sesusuk tubuh di hadapannya. Hendak menegur, dia malu dengan ayah dan ibunya yang berada di sebelahnya.
24 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment