11 December 2009

Sesalan di Penghujung Rindu...12

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Arisya melemparkan pandangannya jauh ke laut yang luas terbentang di hadapannya. Tanpa dipinta,airmatanya mula menitik di pipinya. Arisya bangun dan menapak ke hadapannya. Tampak seakan-akan dia hendak menyatukan dirinya dengan laut yang luas itu. Kemudian dia mematikan langkahnya lalu menjerit sekuat-kuat hatinya. Arisya menelengkup kedua-dua telapak tangannya ke muka. Nampak bahunya tersengguk-sengguk. Perlakuan Arisya itu,jelas membuktikan dirinya sedang dilanda kesedihan yang amat berat.
"Kesian.Ya Allah,kau berikanlah ketenangan kepada gadis itu". bisik Rendra. Sejak tadi dia memerhatikan Arisya. Seingatnya telah beberapa kali dia melihat Arisya mendatangi pantai itu. Rendra mencapai sehelai kertas dari dalm begnya lalu mencatat sesuatu. Kemudian,dia mendekati Arisya. Dihulurnya kertas itu kepada Arisya. tanpa sepatah kata pun yang terkeluar dia pun melangkah pergi. Arisya terpinga-pinga sambil memandang kertas di tangannya. Lalu dibukanya perlahan.
CAHAYA DAMAI
Bila hati rasa terluka
renungilah kaki langit
berbisiklah pada awan berlalu
agar berkongsi ketenangan denganmu.

Bila hati rasa kecewa
tatapilah kaki senja
tumpahkan segala kesedihanmu
biar lenyap ditelan malam.

Bila hati terasa sepi
datangilah pasiran pantai
menjeritlah pada lautan luas
biarkan ombak itu hilangkan sepimu.

Bila hati terasa damai
tadahlah tangan melafaz syukur
khabarkan pada fajar menyinsing
nekadmu menggapai cahaya damai.
Arisya membaca membaca sajak itu berulang kali. Dia cuba memahami maksud di sebalik sajak itu. Kemudian Arisya melipat semula kertas itu lalu memasukkannya ke dalam saku seluar jeansnya. Sambil menguis-nguis pasir di kakinya,Arisya cuba mengingati peristiwa yang berlaku pagi tadi.
"Arisya, papa mohon sekali lagi.Tolong kembali bekerja di syarikat kita.papa perlukan Arisya."
"Maafkan Arisya pa.Buat masa ini Arisya masih sayangkan cita-cita yang telah lama Arisya pendamkan ini. Arisya mohon pengertian papa dan mama."
" Arisya,kenapa Arisya tergila-gila sangat nak jadi cikgu?Papa sanggup membayar gaji kau dua kali lipat daripada gaji cikgu.Papa malu apabila kawan-kawan papa tahu anak papa hanya seorang cikgu."Datuk Hasbullah semakin berang dengan kedegilan Arisya.Datuk Hasbullah menghempaskan jambangan bunga yang tidak berdosa di hadapannya ke lantai sebelum meninggalkan Arisya yang terkedu. Mamanya sempat mendengus sebelum mengiringi langkah suaminya.
Ombak ganas yang menghempas ke pantai mematikan lamunan Arisya. Direnungnya kaki langit dan kelihatan warna jingga mulai memunculkan diri menandakan sekejap lagi senja akan berlabuh. Arisya segera meninggalkan pantai itu kerana sekejap lagi azan maghrib akan berkumandang.

No comments:

Post a Comment