06 December 2009

Apabila Kucing Menjadi Harimau..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::Kucing terkenal sebagai binatang peliharaan manusia yang sangat jinak dan comel. Kanak-kanak biasanya sangat suka akan kucing. Kucing pula ada pelbagai jenis dan ada kucing yang dijual sampai ribuan ringgit.
Pernahkah kita terfikir apa akan terjadi jika kucing yang terkenal dengan jinaknya itu,tiba-tiba bertukar menjadi garang? Bila diajukan soalan seperti ini,orang akan menjawab segarang-garang kucing ianya tidak menggigit tuannya.
Hakikatnya begitulah...tetapi kenyataannya? Hahaha..hari ini aku menjadi mangsa kucing adikku.Kucing yang dititipkan kepadaku sepeninggalannya atas urusan bisnes di Sibu semalam telah menyebabkan aku terlantar di atas katil sepanjang hari ini. Aku tak tahu di mana silapnya apabila kucing siam yang seberat 5 kilo itu tiba-tiba mencakar kakiku dan meninggalkan 19 garis kesan cakar. Rupanya boleh tahan juga sakitnya. Peristiwa awal pagi itu menyebabkan rumah kami sedikit kecoh..ada yang ketawa dan ada juga yang panik melihat darah di atas lanatai.Kekandaku terpaksa menjadi doktor merawatku dengan segala jenis ubat yang sedia lengkap dalam peti kecemasan kami...ambik peluang bermanja..hehehe..
Kawan-kawan yang aku maklumkan tentang kejadian itu seperti yang aku duga semuanya ketawa.Dan satu sms yang aku dapat...u biasa mencakar hati orangkan?Hehehe..jawapanku..mencakar atau tercakar?
>>Pengajaran yang aku dapat daripada apa yang aku alami hari ini ialah..tidak mustahil seseorang yang terkenal dengan kelembutan dan kebaikannya akan menjadi sebaliknya jika terusik kesabarannya..
>>.Maaf gambar kecederaanku tak dipaparkan sebab melibatkan aurat..hahaha..

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Kenak cakar pusak? Eh, bahaya tu. Jangan ambil ringan dalam soal ni. Ada sesetengah kes tu, kesan cakaran kucing boleh membawa kesan sampingan yang serius.

    Seekor kucing
    mencakar kaki ini
    pedih menusuk hati
    darah menitis
    dan aku menangis.

    Dalam musibah
    kucari hikmah tersirat
    betapa begitukah
    hati mereka
    yang telahku cakar
    dengan bicara?

    ReplyDelete
  2. kala kaki tercakar dek kucing
    minda segera membisiki
    cakaran mana lebih berbisa
    cakaran kucing di kaki
    atau hati yang tercakar?
    saat kulihat darah merah menitik
    hati kecilku membisiki
    apakah luka di kakiku sepedih
    hatiku yang dilukai?

    >>>TQ..semua dah ok hari ini...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...Hmm..setiap musibah menimpa merupakan kafarah atas dosa yang kita lakukan. Mudah-mudahan diampun dosa yang telah kita lakukan yang tanpa kita sedari...

    ReplyDelete