:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
"Maafkan saya,"lafaz Afsyam ketika menyedari dia telah berlanggar bahu dengan seseorang. Gadis yang dilanggarnya itu tidak menjawab. Dia mengutip buku dan pennya yang terjatuh.
Afsyam tidak menunggu jawapan daripada gadis itu kerana ada sesuatu yang sangat penting sedang menunggunya. Dia bergegas menuju ke bilik Pengetua. Jantungnya berdegup kencang. Di kotak fikirnya sudah bermain dengan pelbagai kemungkinan yang tidak diingininya.
" Afsyam, maafkan saya kerana terpaksa menyampaikan berita ini." Afsyam kian gelisah.
" Pihak Hospital Umum Sarawak baru saja mengkhabarkan tentang adik awak. Dia tidak dapat diselamatkan dan baru saja meninggal sebentar tadi." Pandangan Afsyam gelap seketika. Dia terjelepuk di atas sofa. Untuk seketika dia hilang kata-kata. Hanya airmata menuruni pipinya. Afsyam mati akal. Mengapa begitu berat dugaan yang harus dilaluinya? Baru beberapa bulan yang lepas ibu bapa dan dua orang adiknya meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya di Bukit Begunan. Kini, seorang lagi adiknya menyusur. Afsyam tak faham mengapa semua orang yang dia sayang meninggalkannya. Pemergian adiknya yang sakit sejak tragedi yang menimpa keluarganya itu menjadikannya sebatang kara.
Arisya rasa pelik. Sejak semalam dia mendengar laungan azan subuh tak semerdu biasa. Pagi ini pun, suara laungan azan jauh berbeza.
" Arisya, cepatlah bersiap. Hari ini hari terakhir minggu orientasi. Aku dah tak sabar nak merdeka ni." Azilla mematikan lamunannya.
" Arisya, hari ini adalah hari terakhir awak menemani saya. Saya nak minta maaf jika saya telah membuat awak tidak selesa sepanjang minggu ini. Saya harap kita masih boleh berkawan lagi selepas ini." Arisya hanya mengangguk bersama segaris senyuman di bibirnya.
Petang itu sekali lagi Fariq mengajaknya ke cafe di seberang maktab. Arisya serba salah. Dia takut peristiwa beberapa hari yang lepas berulang lagi. Fariq yang seakan memahami apa yang bersarang di minda Arisya memberi jaminan Maria tidak akan menganggu mereka lagi.Fariq begitu yakin dengan kata-katanya kerana dia telah memberi amaran kepada Maria akan memutuskan persahabatan mereka jika Maria terus menganggu hubungannya dengan gadis lain.
Malam Orientasi adalah malam yang paling dinantikan oleh semua guru pelatih. Begitu juga dengan Arisya. Esok dia tak perlu lagi menjadi pengiring Fariq. Dia akan bebas.
Acara pada malam itu diserikan dengan pelbagai persembahan guru-guru pelatih baru dan yang senior. Persembahan yang paling menyentuh hati Arisya dan kawan-kawannya pada malam itu ialah acara memadam lilin yang dipegang oleh setiap guru pelatih baru. Semasa lampu dipadamkan,guru pelatih senior dikehendaki bergerak ke arah guru pelatih baru dengan berlampukan cahaya lilin sahaja. Guru pelatih senior akan meniup lilin di tangan guru pelatih baru.Dan mereka tidak dibenarkan berganjak sehinggalah lampu dinyalakan semula. Menurut beberapa orang senior, itu adalah simbolik berakhirnya minggu orientasi.
Afsyam terpukau. Betapa ayunya gadis yang berdiri di hadapannya. Redup matanya begitu mendamaikan. Seketika dia teringat akan kejadian beberapa hari yang lalu. Mungkinkah gadis di hadapannya itu yang dilanggarnya beberapa hari yang lalu.
02 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm...panah cinta sudah menembusi hati Afsyam (?).
ReplyDeletepersoalannya..mampukah Afsyam mendapatkan cinta Arisya?
ReplyDelete