22 December 2009

Aku Hanya Wanita Biasa

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Maafkan aku
kerana aku harus pergi
meninggalkan pelabuhan cinta
yang pernah kita singggahi
semusim nan lalu.
Izinkan aku
memenjarakan cerita cinta kita
dalam penjara kelupaan
kerana aku
hanya wanita biasa
yang kekadangnya seteguh karang
namun ada tikanya jua
untuk berdiri pun aku tak mampu
apa lagi tuk menggenggam terus
luka yang kian sarat
mengheret derita tak tuntas
hanya kerana cintamu.

1 comment:

  1. sorry I didn't understanding any things because maybe the language is different?

    I want to know where are you live?

    ReplyDelete