16 April 2009

Haru-biru.....celaruuuuuuuuuuu




......tarikh pada februari?????hahaha..ada yang tak kena???entahlah...aku baru sedar ada masalah kat tarikh tu...
Gambar tersebut kami ambil pada 14 April semasa membuat persiapan ke pertandingan Karnival Kerjaya Bahagian Kuching di SMK Paku,Bau.Kalau diikutkan,aku tak terlibat langsung dengan karnival tersebut.Aku diberikan tugas tersebut pada jam 1.30 petang,14 April 2009.Semasa menerima tugas tersebut,sememangnya aku tak tahu apa yang perlu aku buat.Aku..blurrrrrrrrrrrrrrrrrr.Setelah mendapat sedikit penjelasan daripada murid yang mewakili sekolah baru aku dapat sedikit gambaran dan aku pun mula menyusun strategi.Aku terpaksa mengatur masaku dengan baik...untuk melatih murid membuat pembentangan,
,mencari peralatan dan pakaian murid.Dengan ertikata yang lain,petang itu aku terpaksa menjadi lipas kudung...Surat-surat berkaitan pertandingan tersebut..gagal aku temui.Aku agak kecewa kerana aku nak tahu lebih lanjut tentang pertandingan tersebut.Guru yang bertanggungjawab akan pertandingan tersebut juga gagal dihubungi...



No comments:

Post a Comment