15 March 2009

SIKAP

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Sikap boleh dianggap sebagai haluan atau keadaan fikiran yang membantu kita memandang dan mentafsirkan sesuatu objek,situasi,atau idea.Sikap merupakan keadaan yang memberikan tindak balas yang tertentu terhadap rangsangan yang diberikan.
Menurut ahli falsafah abad ke-20 William James,sikap merupakan antara faktor yang penting di dalam mengubah hidup seseorang.Seseorang manusia dapat mengubah hidup mereka dengan mengubah sikap dan mental mereka.Dengan ertikata lain,dapat dijelaskan bahawa kita sebenarnya tidak terikat pada sikap yang kita miliki sama ada sikap kita positif,negatif ataupun acuh tak acuh,semuanya boleh diubah.Namun,kebanyakan orang membiarkan keadaan yang mengawal sikap mereka dan bukannya menggunakan sikap untuk mengawal keadaan.Jika persekitaran mereka positif,sikap mereka pun turut positif.Sebaliknya,jika keadaan sekitar negatif atau buruk,maka sikap mereka pun turut menjadi negatif dan buruk.
Justru,untuk memperolehi sesuatu kejayaan,kita sepatutnya mengubah sikap kita terlebih dahulu.

Antara sikap kita yang perlu diperbaiki ialah:

1. Sikap terhadap diri sendiri.
2. Sikap terhadap kebenaran dan kesalahan.
3. Sikap terhadap tanggungjawab.
4. Sikap terhadap pengorbanan.
5. Sikap terhadap undang-undang.
6. Sikap terhadap kepentingan umum.
7. Sikap terhadap orang lain.
8. Sikap terhadap masalah hidup.
9. Sikap terhadap takdir.
10. Sikap terhadap kerja.
11. Sikap terhadap cabaran hidup.
12. Sikap terhadap harta.
13. Sikap terhadap masa depan.
14. Sikap terhadap pengkajian ilmu.
15. Sikap terhadap tugas.
16. Sikap terhadap sesama manusia.
17. Sikap terhadap moral.

Fikir-fikirkanlah.....bagaimana dan di mana sikap kita....?????

No comments:

Post a Comment