22 March 2009

Sajak.AKU...karya Sahabatku..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Tunggu...
bulan jatuh ke riba
sering diungkap
membawa seribu makna
sukar ditafsirkan
itulah orangnya.
Berwatak peramah dan caring
sentiasa memahami
sentiasa mendahului
impian dan keinginan
tak mengira waktu
tak mengira masa
untuk orang di sekeliling.
Cuma....
siapa fahaminya
siapa mampu halusinya
siapa mampu senyumkannya
walau senyumnya
sentiasa terukir di bibir
maknanya berbeza-beza.


>>>Sesungguhnya sajak ini amat bererti buatku kerana ianya dicipta khas untuk aku.Segala watak dan perwatakanku disimpul kemas dalam sajak ini.Terima kasih ...sang pencipta sajak ini...

No comments:

Post a Comment