:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
3.. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut
TAPI...
1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.
6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.
7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.
Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui… setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri..sedarlah.BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH
04 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apabila kita melihat orang lain, pandanglah dengan mata hati apa yang ada dalam fikiran dan hatinya. Apabila kita hayati dengan mendalam kita akan merasakan diri kita amat lemah dan serba kekurangan. Sayangnya kita lebih suka memandang orang lain dengan mata kasar hinggakan kita merasakan diri kita adalah yang terhebat! Fikirkan...
ReplyDeleteAku tak berani nak mentafsir orang kerana menyedari kekurangan diri..siapalah diri ini?
ReplyDeleteTidak salah mentafsir orang demi untuk menyedarkan kekurangan diri...jadi salah kalau ia untuk membesar diri..
ReplyDeleteMemang itulah yang sepatutnya.Kita mentafsir orang agar kita sedar siapa sebenarnya diri kita.tetapi ketakutan untuk mentafsir tetap ada kerana khuatir salah tafsir..
ReplyDelete