Lirik lagu yang amat indah dan bermakna kerana di dalamnya ada yang tersurat dan tersirat.Tapi apa pula kaitannya dengan aku?Hanya aku yang tahu.....Yang pasti aku amat tersentuh setiap kali mendengar lagu ini.
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya..
( korus )Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
Saudaraku Asha, mengapa harus mengejar pelangi dalam kehidupan mu. Sedarlah bahawa pelangi itu memang indah, namun ia ibarat halusinasi, ia wujud namun digapai tak dapat, dikejar apatah lagi. Kejarlah sesuatu yang pasti seperti hujan. membasahi, membasuhi, mendingini. Hemm..boleh paparkan lagu "Hujan" pulak nanti. Saya sendiri lupa liriknya...
ReplyDeleteWalaupun seketika,namun warna pelangi itu amat menghiburkan..Mengejar yang pasti belum tentu akan memiliki..kerana yang nampak mudah itulah yang sebenarnya susah dan yang susah itulah yang sebenarnya mudah..
ReplyDeleteMengejar sesuatu yang pasti tapi belum tentu memiliki adalah lebih bebaloi usaha itu berbanding mengejar sesuatu yang memang kita dah TAHU ia hanya halusinasi dan memang kita TAHU jawapannya iaitu TAK DAPAT MEMILIKI, langkah rugi kita membuang masa pada tempat yang sia-sia begitu. Ingatlah masa adalah usia kita sebenarnya yang kita tak sedari berlalu dan berlalu tanpa kita isi dengan sesuatu yang bermanfaat dalam pencarian kita lantaran kerana kealpaan dan kesungguhan kita mengejar sesuatu yang memperdayakan..Wallahualam..
ReplyDeleteUmpama mengejar mimpi dalam mimpi?Merenung kaki senja yang dihiasi pelangi petang..amat mendamaikan..dan kedamaian itulah yang telah dimiliki.Biar sesaat namun kepuasan itu ada..
ReplyDeleteHHmm..kedamaian itu terlalu mahal harganya pada zaman ini...Bertuah sekali anda menemuinya di kaki langit.
ReplyDeleteItulah rahmat di sebalik ciptaan Allah ...tapisejauh mana kita menghargainya?
ReplyDeleteWarna pelangi adalah kesan daripada pancaran prisma, maka jangan dikejar pelangi itu sebaliknya selongkar dan carilah 'prisma' itu..Ada daya ke nak cari tu?
ReplyDeleteAndainya di situ ada kemahuan,maka sudah pasti ada juga strateginya.Maka istilah ketidakupayaan tak akan wujud..demi matahariku...segalanya mungkin..hahaha
ReplyDeleteHmm..cahaya matahari menembusi titis hujan lalu terpancarlah pelangi...Jadi, mana satu nak dikejar? Matahari, cahaya, hujan, atau pelangi?
ReplyDeletecahaya matahari sentiasa memancarkan sinarnya menghiasi waktuku...lalu aku tak pernah gusar akan kehilangannya.tapi indahnya pelangi petang jarang kutemui..maka akan aku kejar ia dan manfaatkan waktu yang seketika itu sebaik mungkin.
ReplyDeleteKejarlah pelangi itu wahai saudaraku andai di situ kebahagiaanmu, namun andainya kau sudah letih nanti, kau akan mengenang masa-masa yang telah berlalu sepanjang kejaranmu itu..
ReplyDeleteMasa-masa yang berlalu itu sudah pastinya akan memberikan garis kenangan yang amat menarik di dalam kanvas hidupku.
ReplyDelete