09 March 2009

Lawakkan?

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang
1,000 jemaah..
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam..
tak nampak apa
cuma dua bijimata dan membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu
maka segeralah
bertempiaran lari parajemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu
hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri
di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya
lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halauSEMUA yang hipokrit,
sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana..
adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas.
selain terhibur anda fikirlahlah..."

Lawak kan ,
dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman...
Lawakkan,
berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh..
tapi generasi sekarang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

4 comments:

  1. Sebelum menawan kota Baitul Maqdia, sultan Salehuddin Al-Ayubi telah meronda tengah malam untuk menilai siapakah askar-askarnya yang layak untuk pergi berperang keesokan harinya. Beliau mendapati banyak khemah-khemah tentera yang gelap dan sunyi tanpa ada yang bangun untuk bersembahyang tahajjud/qiamulail. Hanya sedikit sahaja khemah yang terang dengan amalan qiyamulail. Pada keesokkan harinya, beliau menitahkan agar askar-askar dari khemah yang tidak berqiyamulail disuruh pulang, manakala askar-askar dari khemah yang menghidupkan qiyamulail diminta meneruskan perjuangan. Dan sejarah mencatatkan bilangan sedikit itulah (berkualiti) yang berjaya menawan kota Baitul Maqdis. Begitulah caranya seorang pemimpin agung seperti Sultan Salehuddin 'menapis' askar-askarnya yang benar-benar berkualiti. Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Wow!satu perkongsian yang amat bermakna.Begitulah kita...dalam 100 orang mungkin hanya 1 atau 2 orang saja yang dikira berkualiti...harap-harap kita ada dalam yang 1 atau 2 orang tu..

    ReplyDelete
  3. Ya, semoga kita termasuk golongan umat yang berkualiti.
    Firman Allah (maksud):
    "Kamu (Wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik umat (khaira Ummatin) yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."
    -Ali 'Imran:110

    ReplyDelete
  4. Insyaallah..sesungguhnya itulah harpan dan impian setiap umatNYA

    ReplyDelete