06 March 2009

Belajarlah

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::


Belajarlah dari MATAHARI:
Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga buat si kejam, kepada semua makhluk ciptaan Ilahi.

Belajarlah dari BUNGA:
Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah, juga menggembirakan setiap mata yang memandang.

Belajarlah dari LEBAH:
Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat membara.

Belajarlah dari POKOK:
Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya.

Belajarlah dari BULAN:
Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap.

Belajarlah dari SUNGAI:
Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang tapi tiada suatu pun mampu menghalang kemaraanya.

Belajarlah dari DAUN yang luruh:
Sabar ketika menghadapi kesukaran. Sentiasa tabah menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.

Belajarlah dari HUJAN:
Kehadirannya dinanti-nantikan buat penyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi nyawa kepada tumbuhan.

Lihatlah ke dalam diri, pelajarilah sifat-sifat alam yang dicipta Sang Penguasa Agung. Kita juga sebahagian daripadanya


Sebuah karya..cg Kumaraveloo (SMK Sri Aman)

8 comments:

  1. Alam adalah kitab yang terbuka luas untuk diselami dan dibongkar khazanah ilmunya. Di situ kita akan menjumpai banyak 'ayat-ayat' kekuasaan Allah..

    ReplyDelete
  2. Setiap yang kutemui dalam perjalananku,itulah khazanah alam yang tersembunyi..bagi ku.Dan setiap sesuatunya memiliki hikmah yang tersendiri.

    ReplyDelete
  3. Betul saudaraku, setiap khazanah alam itu tersenbunyi hikmah dan manfaatnya kepada manusia yang berakal, waima pun hanya seekor virus yang halus. Penciptaan alam bukanlah sesuatu yang sia-sia. Bersama-samalah kita mencari "ayat-ayat Allah' di dalamnya.
    Firman Allah (maksud):
    "Dan Kami menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, bukanlah untuk permainan belaka. Kedua-duanya Kami ciptakan hanyalah dengan tujuan yang benar tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."
    -ad-Dukhan:38-39

    Semoga kita tidak termasuk dalam kalangan KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MENGETAHUI itu..

    ReplyDelete
  4. Menarik juga untuk tidak mengetahui agar kita akan sentiasa mencari dan mencari..rahsia yang tersembunyi.

    ReplyDelete
  5. kalau TIDAK MENGETAHUI itu membawa kepada ingin belajar untuk mengetahui tak apa juga, ni kalau TIDAK MENGETAHUI tapi tetap dengan keingkaran kepada Tuhan, tu yang bahayanya. Ingat, ilmu itu cahaya, jahil itu bahaya..

    ReplyDelete
  6. Hanya orang yang cepat puas hati dengan apa yang ada akan berhenti mencari dan menggali seberapa banyak rahsia alam..

    ReplyDelete
  7. Menyelami rahsia alam lebih mudah berbanding menyelami rahsia hati...

    ReplyDelete
  8. Rahsia alam terdedah untuk diterokai..tetapi rahsia hati sentiasa terkatup rapat agar tidak mudah dicerobohi.Namun,jika kena gayanya..ia menjadi amat mudah sekali..

    ReplyDelete