16 March 2009

BEZANYA LELAKI DAN WANITA.

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran"
a. Lelaki lebih fokus berbanding wanita.
Kajian membuktikan otak lelaki sangat efisyen apabila memfokuskan sesuatu sementara otak wanita pula keluar dari apa yang difokuskannya itu.Wanita lebih suka berfikir secara keseluruhan dan mampu mengambil kesimpulan dari maklumat yang tiada kaitan langsung.
b. Lelaki suka membanding,wanita suka berkongsi.
Ketika bersembang dengan teman-teman mereka, lelaki lebih suka membanding-bandingkan diri mereka dengan teman untuk melihat siapa yang lebih hebat.Wanita pula membina hubungan sesama mereka dengan saling berkongsi atau bersembang.Bagi wanita percakapan adalah sesuatu perkara untuk menilai apakah seseorang itu layak menjadi sahabatnya atau pun tidak.
c. Lelaki bersaing,wanita bekerjasama.
Lelaki memang terkenal dengan sikap suka bersaing,namun wanita pula lebih suka mencapai sesuatu kejayaan dengan cara bekerjasama dan saling membantu.Buktinya wanita suka membantu orang lain kerana wanita sifatnya memang dilahirkan sebegitu.
d. Dalam situasi tertekan,lelaki kabur tetapi wanita berteman.
Kajian yang dilakukan oleh UCLA mendapati dalam keadaan stress tubuh lelaki menghasilkan adrenalin sementara tubuh wanita pula mengeluarkan hormon oksitosin.Oksitosin akan menjadikan seseorang memerlukan seseorang atau orang terdekat semasa mereka tertekan.
e. Lelaki perlukan kepercayaan ,wanita perlukan perhatian.
Dua perkara yang membuatkan seseorang wanita berasa istimewa dan dicintai ialah memberikan mereka kasih sayang dan tunjukkan keprihatinan terhadap apa yang mereka lakukan.Seseorang lelaki akan berasa puas apabila mereka mampu membuat seseorang wanita merasakan diri mereka dicintai.
f. Lelaki mahu diterima seadanya,wanita mahu difahami.
Seseorang wanita akan berasa dirinya difahami apabila pasangannya mendengar keluhan,masalah dan cerita yang disampaikannya dengan simpati dan penuh prihatin.Lelaki pula sudah cukup berpuas hati bila mereka diterima seadanya oleh pasangannya.Apabila mereka merasa dirinya diterima maka lebih mudah bagi mereka untuk memberikan pemahaman terhadap wanita yang dicintai.
g. Lelaki perlukan penghargaan,wanita perlukan rasa hormat.
Lelaki yang merasa dihargai secara automatik akan lebih bersemangat dan lebih menghormati pasangannya.Wanita pula akan berasa dirinya dihormati jika pasangannya mengakui dan mengutamakan hak-hak,harapan serta keperluan-keperluannya.
h. Lelaki perlukan kekaguman,wanita perlukan kesetiaan.
Lelaki yang merasa dirinya dikagumi akan merasa cukup aman untuk berbakti untuk pasangannya.Wanita pula akan merasakan diri mereka paling istimewa buat pasangannya jika pasangannya mampu menunjukkan kesetiaan mereka.
i. Lelaki perlukan persetujuan,wanita perlukan penegasan.
Jika seseorang lelaki tidak keberatan,tidak menentang perasaan dan keperluan cinta seseorang wanita,maka dia telah membuat pasangannya berasa benar-benar dicintai.Apabila keperluan dan hak wanita diakui oleh pasangannya,maka wanita akan mudah memberikan persetujuan terhadap apa yang diinginkan lelaki.Memberi restu kepada lelaki bukan bermakna seseorang wanita harus sependapat dengannya.
j. Lelaki perlukan sokongan,wanita perlukan jaminan.
Seseorang lelaki sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan pasangannya dalam apa jua perkara yang dilakukannya,walaupun mereka tidak meluahkannya.Wanita pula sentiasa memerlukan jaminan dirinya sentiasa dicintai dan dihargai oleh pasangannya.

No comments:

Post a Comment