:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Imej diri adalah anggapan atau persepsi diri kita terhadap jenis dan orang bagaimanakah diri kita ini.Ia terhasil daripada kepercayaan kita terhadap diri kita sendiri.
Sesungguhnya imej diri yang meyakinkan adalah gabungan di antara rasa hormat dan iktiraf diri,mesej yang disampaikan kepada diri,disiplin diri dan kawalan diri(self-control).
a. Hormat diri >> Rasa hormat dan iktiraf diri boleh dikatakan sebagai nilaian terhadap diri sendiri,iaitu rasa penghormatan atau perasaan sayangkan diri.Jika kita tidak ada rasa sayang dan menghargai diri kita sendiri,jangan harap orang lain akan menyayangi dan menghargai kita.Jika kita sendiri tidak yakin dengan diri kita,jangan harap kita dapat meyakinkan orang lain.
b. Percakapan diri >> Bercakap dengan diri kita sendiri dipanggil sebagai inner communication,iaitu mesej yang kita sampaikan dalam diri dan hati kecil amatlah memberi kesan kepada emosi dan tindak-tanduk kita.Setiap hari kita akan menyampaikan beratus-ratus mesej melalui hati kecil kepada diri kita sendiri dan mesej ini pula akan memberi arahan dalam bentuk rangsangan kepada urat saraf anggota badan kita untuk bertindak secara positif atau negatif.
c. Disiplin diri >> Disiplin diri adalah ketetapan dan keteguhan hati.Kebanyakan daripada kita tidak mempunyai disiplin diri yang kuat,tetapi hanya membiarkan keputusan hidup mereka ditentukan oleh takdir,nasib atau ramalan-ramalan bintang.
d. Kawalan diri >> Kita adalah pemandu kepada kehidupan kita sendiri.Hidup ini merupakan siri Do-it-to-yourself-programme,iaitu kita sendiri yang melakukan ke atas diri kita sendiri kerana kitalah nakhodanya.Jika kita seoarang yang cekap,maka selamatlah perjalanan kita.
Keempat-empat faktor di atas boleh boleh membantu kita membentuk imej diri yang meyakinkan.
....mutiara ketemui melalui pembacaan buku Motivasi Memburu Kejayaan oleh Datuk Maznah Hamid..
06 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment