01 March 2010

Kepulangan


:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Kepulangan dinanti

muncul jua

namun segalanya

berbuah hampa

tiada ghairahnya

tiada mesranya

tiada apa-apa.

Kepulangan dinanti

hanya mengundang

luka seribu rindu

dan menitiklah

lara semusim

membasahi sejadah pertemuan.


2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    KEPULANGAN. Ya, setiap yang bertamu akan tiba masanya untuk pulang. Begitu juga setiap yang merantau pergi, cukup masa dan ketika ia akan pulang. Begitulah hakikat kehidupan ini. Apabila kita menyorot dalam diri kita, betapa kita adalah tetamu yang bertamu di alam dunia ini. Cukup masa dan ketikanya kita akan pulang. Begitu juga apabila kita menyorot dengan lebih mendalam lagi dalam diri kita, pasti kita akur betapa kita jua adalah perantau, yang merantau meninggalkan tempat asal (syurga - dalam kes penciptaan Adam a.s.) ke bumi yang bersifat fana. Nah, pilihlah yang mana satu, sama ada kita meletakkan diri kita sebagai tetamu atau perantau, misinya sama, singgah sebentar cuma, kemudian pulang ke tempat abadi.

    KEPULANGAN. Aduh! betapa sayu dan pilunya hati tatkala menatap wajah adik Syafiah Humairah Sahari yang mengintai di balik kain putih, yang terpampang pada dada akhbar Mingguan Malaysia 28 Februari lalu. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun itu, kaku dalam balutan kain putih, seputih hatinya dari sebarang dosa. Beliau (semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya), adalah mangsa kekejaman manusia yang sudah tidak mengenal erti kemanusian. Layakkah sipelaku itu bergelar manusia?

    "Abang Mat kemudian menyepak mangsa seperti bola, selepas itu dia mengangkat Syafiah Humairah menggunakan sebelah tangan sebelum mencampakkan kanak-kanak itu ke atas padang. Tidak cukup dengan itu, suspek memijak perut mangsa dengan kasut bola dan menyepak beberapa kali bahagian belakang budak tersebut," begitu menurut seorang saksi seperti mana yang disiarkan dalam akhbar tersebut.

    Oh,...betapa tragisnya kematian adik Syafiah. Maut akibat kekejaman yang dilakukan oleh teman lelaki ibunya. Apa yang paling kita sedih dan pilu, betapa tetamu itu (adik Syafiah) telah PULANG dalam keadaan yang benar-benar sadis! Ah,...betapa aku cuba menggambarkan ribuan bidadari syurga menunggu KEPULANGAN adik Syafiah.

    ReplyDelete
  2. KEPULANAGAN ADALAH PERTEMUAN
    KEPULANGAN ADALAH KEHILANGAN
    KEPULANGAN ADALAH DETIK MULA SATU PERTEMUAN.

    ...itu yang sering diungkapi jadi apa makna kepulangan dalam erti kata yang sebenarnya?

    ReplyDelete