19 March 2010

Sahabat

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" :Berdiri di anjung waktu
resah merantai hati
menanti dan mengharap
kehadirannya.
Ingin sekali aku
melampiaskan gundah hatiku
dalam pelukan kasihnya
ingin juga aku
sandarkan derita hati
kepadanya yang seringkali
mengusapi laraku
tanpa jemu.
Aku ingin dan ingin sekali
sembunyikan keperitan ini
dalam dakapannya
kerana aku tahu
hanya dia yang tahu
apa mahuku...

>>> Pelik bukan? Selalunya orang akan bercerita dan meluahkan segala masalah yang membelenggu kepada orang-orang tersayang..Tapi aku lebih senang bercerita dan meluahkan semua masalahku kepada DIA..sahabatku. Mungkin cara dia agak berbeza daripada orang lain yang membuat aku rasa lebih tenang dan selesa untuk berkongsi masalah dengannya. Aku yang terkenal dengan kedegilanku dan mungkin juga ego..membuatkan aku payah untuk menerima nasihat orang...Kalau sekadar nasihat yang gitu-gitu, jangan harap dapat menjinakkan aku.

>>> terfikir juga andainya aku kena buat pilihan antara KEKASIH dan SAHABAT...siapa agaknya yang akan aku pilih? Kekasih????sahabat????

7 comments:

  1. terfikir juga andainya aku kena buat pilihan antara KEKASIH dan SAHABAT...siapa agaknya yang akan aku pilih? Kekasih????sahabat????

    ***********************************
    :: Ada baiknya kedua-duanya sekali. Kenapa tidak dijadikan sahabat sebagai kekasih? Hakikatnya, jika kekasih agak sukar untuk menjadi sahabat. Sebalik, sahabat lebih mudah untuk menjadi kekasih.

    :: Akhirnya, tanpa pilihan.. dua dalam satu, tentu lebih menarik..hehhehe.. mampukah meluahkan isihati untuk membentuk situasi sebgitu? Mampukah? Mampukah? Mampukah?

    :: Ketuk kepala..tanyakan minda.. dengan bisikan emosi dan kata hati..

    ReplyDelete
  2. To Azlanlin:

    Kata orang apabila sahabat menjadi kekasih itulah cinta sejati dan itu jugalah pasangan yang paling ideal buat kita..

    Kata aku pula..itulah kesempurnaan dunia cintaku seandainya suatu hari nanti sahabatku menjadi kekasihku.Tapi..hakikatnya, adakah ruang sebegitu disediakan buat aku? Bukannya tidak mampu untuk meluahkannya..cuma takut keberterusterangan itu nantinya hanya akan meretakkan hubungan persahabatan...Akhirnya aku lebih rela begini daripada aku kehilangan sahabatku.

    ReplyDelete
  3. To Bingkai Waktu:

    Ketidakberanian meluahkan sesuatu hasrat hati seumpama 'u turn' dalam sebuah perjalanan... Luggii laaa.. hehehe

    ReplyDelete
  4. To Azlanlin:

    Biarlah 'U-Turn' asalkan aku tidak kehilangan sahabatku..kerana aku masih memerlukannya untuk kulampiaskan amarahku dan kusandarkan keresahanku...

    >>> Bagaimana kiranya sahabatku..memberikan
    'Green Light' sebelum aku sampai ke 'U-Turn'?

    ReplyDelete
  5. Aslmkm Sis :),

    Baru nak main blog balik nih,

    Untung sahabat Sis kerana di percayai dan dapat menawan hati sis......jangan persiakan apa yang ada sila kemukakan apa yan terbuku di hati kepadanya...berdoa kepada Allah, bersedia untuk sebarang kemungkinan...jangan biar perasaan bergelora dan menyeksa...hidup di dunia ini sangat singkat untuk kita membazirkan masa kita . You do the best Allah do the rest :)

    ReplyDelete
  6. To Taqwacore:
    Salam bro...andainya semudah itu, telah lama kulakukan. Dalam perjalanan yang semakin singkat ini biarlah Allah penentu segalanya.

    ReplyDelete