11 October 2009

Warkah buatmu...

Saudaraku,
Tatkala menjengok ke lamanmu aku terkesima seketika melihat lamanmu yang dipagari dengan kegundahan dan kelukaan yang amat mendalam.Tiada kata-kata yang mampu aku lafazkan melainkan setitik airmata yang tetiba saja membasahi pipiku.Aku tak tahu mengapa begitu mudah kesedihan itu meresapi ke dalam diriku.Mungkin jua kerana kegetiran yang sering menjengok ruang waktuku menjadikan aku begitu mudah merasai kesakitan orang lain.
Aku mencuba untuk berada di dalam sajak-sajak yang mewakili setiap desah deritamu itu,namun aku tak mampu untuk membiarkan diriku berada lebih lama di situ kerana semakin lama aku di situ semakin aku merasai kesakitanmu.
Saudaraku,
Sehingga saat ini kau tetap saja membisu dan enggan berkongsi deritamu dengan sesiapapun.Tak apalah,mungkin jua kau rasa itu lebih baik buatmu.Pun..itu adalah hakmu untuk menggenggam semuanya sendirian.Cuma,aku mohon luahkanlah segala kesedihan yang menjerat ruang waktumu dan lampiaskan segala deritamu kepada seorang pendengar setiamu yang bisa kau percayai.Janganlah kau genggam segalanya sendirian kerana itu akan lebih
menghunjammu ke ruang yang lebih menyakitimu.
Saudaraku,
Janganlah bersedih kerana
kita masih ada Allah yang maha mengasihi
kita masih ada Al-Quran penenang jiwa
dan kita masih ada kehidupan lain yang menunggu.
Janganlah bersedih kerana
segala ujian dan dugaan ini
petanda Allah masih berada dekatmu
petanda Allah yakin akan kekuatanmu
petanda Allah sayang kepadamu.
Janganlah bersedih kerana
Kesedihan itu akan melalaikanmu mengingati Allah
kesedihan itu bisa merosakkan badan
kesedihan itu akan meracuni kewarasan akalmu.
Janganlah bersedih kerana
boleh jadi cubaan adalah anugerah
juga masih ada orang yang menyayangimu
dan kehidupan di dunia ini hanyalah sementara.
Saudaraku,
Sesungguhnya aku bukanlah seorang penyair yang mampu menghilangkan resahmu dengan puisi-puisiku.Aku juga bukan seorang seniman yang bisa mendendangkan lagu-lagu indah untuk memburu derita hatimu...tapi aku hanyalah seorang sahabatmu yang hanya bisa mendoakan ksejahteraan dan kebahagiaan buatmu.Ingatlah sahabatku,kekadangnya penderitaan itu adalah anugerah paling berharga daripada Allah kerana penderitaan itu mampu menjadikan kita seorang penulis yang hebat seperti Chairil Anwar yang mengegarkan dunia pengkaryaan dengan sajak-sajaknya yang diilhamkan daripada penderitaan hidupnya.Begitu juga dengan Elliot yang mendapat ilham menulis daripada kehidupan sebenarnya yang beristerikan seorang wanita pesakit jiwa.Dan saat ini,lihat saja sajak-sajakmu yang mampu meruntun hati setiap pembacanya..sedangkan dulunya dirimu begitu jahil tentang sajak..Lalu saudaraku,perlukah kau akan terus menangisi penderitaan itu atau wajarkah kau mensyukurinya..fikir-fikirkanlah...

4 comments:

  1. JazakAllah..........its more than that......make doa for me

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu..tak bolehkah kita berkongsi masalah?sekadar mengurangi kesakitannya..Luahkanlah...

    ReplyDelete
  3. Maafkan saya sis, ada perkara baik di simpan sahaja...terima kasih lagi atas keperihatinan yang mendalam

    ReplyDelete
  4. its ok..itu hak u.Sebagai kawan i cuma dapat mdoakan agar semuanya dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin..Jangan cepat mengalah dengan segala ujian walaupun getir..

    ReplyDelete