31 October 2009

Selendang kasihmu


Hari ini berakhirlah segalanya
kerana aku tak mampu lagi
berpaut pada dedahan nan rapuh ini
dan terus menyembunyikan
luka hatiku
di sebalik selendang kasihmu.
Dalam tak rela hati memutuskan
untuk melepaskan selendang kasihmu
kerana aku tiada upaya lagi
menggenggam kasihmu
menyembunyikan lara
hati sendiri.

No comments:

Post a Comment