06 April 2010

Nilai Kasih.....

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran"::
Tatkala aku menatap gambar ini dan membaca catatan yang menceritakan segalanya tentang gambar ini, aku amat tersentuh dan tanpa dapat kutahan airmataku menitik jua. Aku tak tahu mengapa dan kenapa..mungkin jua kerana aku adalah manusia biasa persis orang lain jua yang miliki sekeping hati yang rapuh.Dalam hidupku sendiri aku pun tak pasti apakah aku ini hamba Allah yang terlebih kasih sayang atau terkurang kasih sayang. Ataupun mungkin juga aku ini terlalu membazir kasih sayang orang seperti usikan kawan-kawan yang suka mengena aku.
Setelah membaca paparan tentang kasih sayang dan kesetiaan burung ini terhadap pasangannya yang tercedera aku amat mencemburui nilai kasih mereka. Namun kecemburuanku bertukar kesedihan yang amat pedih bila terbayangkan kekecewaan burung ini apabila mendapati pasangannya telah kaku...
Pelbagai persoalan bermain di mindaku...
1. Berapa ramai antara kita yang memiliki kasih sayang seperti pasangan burung itu?
2. Andainya burung ini faham erti nilai setia dan kasih sayang, mengapakah manusia persis kita
yang punya akal tidak mampu untuk miliki kasih sebegitu?
3. Bagaimana kiranya suatu saat nanti aku berada di situasi burung itu? Sama ada di situasi
burung yang penuh kasih sayang dan setia itu atau di situasi burung yang kaku itu?

>>> barangkali ramai yang tertanya-tanya kejelasan kisah burung ini..hehehe..aku sebenarnya menculik gambar tu daripada blog sahabat mayaku( Azlanlin blogspot) setelah aku membaca entri beliau: Kasih sayang: Menilai dan bernilai...TQ Sahabatku...

4 comments:

  1. Salam sejahtera taun rumah:

    Jika diperhatikan sekeping photo dilampirkan, pelbagai tafsiran boleh dibuat kerana tiada rentetan scene penceritaan.

    1.Adakah burung hidup sedang meratapi kematian shbtnya?
    2.Adakah burung hidup bangga atas kematian shbt dan kemenangan dlm pergaduhan?

    Apa le tafsiran pembaca lain? Any comment?

    ReplyDelete
  2. Bukankah persepsi mainan minda..so,alangkah menariknya jika dapat membaca pelbagai persepsi yg tercetus hanya melalui gambar tersebut...Nampaknya u belum meneliti betul-betul gambar tersebut..mata burung itu dengan sendirinya telah menyatakan kesedihannya..lihatlah cara ia merenung dan memegang pasangannya...sangat menyentuh hati..

    >>>hei..kankah u selalu kata gunakan mata hati untuk mentafsir sesuatu sebelum membuat persepsi...any comment sir?

    ReplyDelete
  3. salam ziarah...

    lain orang lain sudut pandangannya...orang kata, sekali pandang, itulah yang sebenarnya isi hati...kalau dipandang lama, semakin banyak persepsi yang timbul...pada pendapat saya, nilai kasih sayang...samalah dengan caranya menghargai, ikhlas dan tulus...sekeping hati manusia sebenarnya penuh kasih sayang...bezanya sama ada manusia itu pura2 buta dan pekak dari sudut nilai kemanusiaan...

    ReplyDelete
  4. wasalam..sokong 101% fieza...hati batu fieza..hehehe

    ReplyDelete