14 September 2009

Cahaya Ramadhan...


Hidup ini sememangnya payah untuk kita meneka dan menjangka apa yang ada di hadapan kita.Justeru,aku lebih suka mengambil langkah ambil dan hadap saja segala kemungkinan yang mendepani setiap langkahku.Kalau yang baik..SYUKUR,tapi jika sebaliknya..PASRAH...
Hari ini aku kira mungkin inilah Cahaya Ramadhan buatku...tak pernah terjangkau dalam kotak fikirku bahawa aku akan dilamar oleh individu yang amat aku kagumi selama ini.Telah lama aku mengintainya dari kejauhan tetapi aku tak pernah terfikir pun akan ada pertemuan antara kami.
Pada dasarnya aku telah menerima lamarannya dan hal ini telah aku khabarkan kepada beberapa orang rakan mayaku...Namun,seandainya aku menerima lamaran ini bermakna aku harus melepaskan lamaran yang terdahulu.Mana mungkin aku menerima kedua-duanya.
Jika ditimbang-tara,lamaran kali ini seakan lebih menjanjikan cahaya damai yang ingin aku gapai sejak sekian lama.Kiri kanan,depan belakangku..seakan memberikan ruang untuk aku menuju ke destinasi....JAYA dan memahkotakan diriku to be..SOMEBODY...
Ketika entri ini dipaparkan..aku baru saja menghantar emel kepadanya untuk mengkhabarkan tentang penerimaanku atas lamarannya..So untuk perkembangan seterusnya tunggu saja beritanya kat Utusan Sarawak..Ya Allah..terima kasih kerana telah memberikan Cahaya Ramadhan ini buatku..
Kepada semua kuncu-kuncuku,kawan-kawan,sahabat-sahabat,rakan-rakan mayaku dan terpenting keluargaku..doakan yang terbaik untukku..OK?

2 comments:

  1. Aslmkm,
    Tahniah wahai sahabat, semoga Allah memberi segala kebakan kepada mu :D

    ReplyDelete
  2. Wasalam...terima kasih.Kenapa asyik mghilangkan diri?Mana Dayang?Kirim salam ngannya...padah ngan Dayang Selamat molah kuih raya...hahaha
    >>>Pastinya entri ini mgundang pelbagai persepsi..

    ReplyDelete