20 March 2009

Tentang Cinta...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

CINTA...adalah keperluan dalam hidup.Walau apapun risiko yang menanti kita harus terima hakikat,dalam hidup ini kita tetap perlukan cinta.Cinta juga mengundang kita membuat pelbagai persepsi mengenainya.

Tapi sedarkah kita bahawa:

1. Cinta tak pernah berubah,tetapi yang berubah itu ialah hati sang pencinta.
2. Apabila cinta dipujuk nafsu,hanya iman yang boleh jadi penyelamat.
3. Cinta tidak buta,tetapi yang buta ialah hati manusia yang membutakannya.
4. Tiang cinta ialah kesetiaan.
5. Cinta tak perlukan saksi,tetapi perlukan pengertian.
6. Cinta sejati akan terpahat kukuh di dalam hati dan tak pernah mati.
7. Cinta tidak kenal jarak pemisah.
8. Layar cinta selalu dipatahkan taufan dugaan.
9. Cinta bercakap dengan bahasa keimanan tetapi nafsu bercakap dengan bahasa syaitan.
10. Cinta dimiliki oleh hati,iman dimiliki oleh jiwa.
11. Cinta tidak meminta apa-apa,yang sering meminta ialah nafsu.
12. Cinta yang dibeli tidak akan kekal.
13. Sewaktu cinta bersemi,seribu mimpi mengulit lena.


>>> itu kataku...anda pulak bagaimana?

No comments:

Post a Comment