08 May 2009

Semalam yang kelam...

Hidup kita di dunia ini adalah dengan izin Allah.Justru,bagi memudahkan perjalanan kita di dunia ini Allah bekalkan kita dengan rezeki yang diperturunkan dalam pelbagai bentuk dan rupa.Misalnya,dalam bentuk wang ringgit,makanan,tempat perlindungan,malah yang terhebat sekali ialah bakat yang tersendiri untuk setiap umatNya.Bakat yang ada pada setiap kita agak berbeza dan terpulanglah kepada setiap individu untuk mencanai bakat yang ada dalam diri mereka.Jika berhasil,bermakna kita akan mendapat sesuatu yang amat bernilai untuk diri kita malah mungkin juga bermanfaat untuk orang lain.Jika sebaliknya,maka sia-sialah bakat yang diberikan kepada kita itu.
Untuk diriku,rasanya aku tahu apa bakatku dan aku telah berjaya menjadikannya sesuatu yang amat bernilai dalam diriku malah aku telah berusaha untuk berkongsi dengan orang lain.Selama ini aku jangkakan semua orang akan gembira kerana aku yang suka berkongsi keistimewaan yang ada dalam diriku dengan orang sekelilingku.
Namun ,apa yang berlaku semalam membuat aku tersentak dan baru aku sedar apa yang aku miliki itu rupanya mengundang keresahan,kebimbangan dan rasa sakit hati orang terhadapku.
Malah aku tak menyangka hanya kerana itu,ada usaha untuk menyingkirkan aku daripada mereka-mereka yang tak pernah jemu-jemu terus mengikuti langkahku.Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana peristiwa semalam memberi pengajaran yang amat bermakna kepadaku.Antaranya:
a. Kesilapan yang terbesar di dalam hidup kita ialah kita tidak sedar kita sedang melakukan kesalahan.
b. Kelukaan yang paling perit ialah apabila kita tidak sedar yang kita sedang melukakan hati orang lain.
c. Kesakitan yang paling sakit ialah ketika kita sedang menyakitkan hati orang lain.
d. Kerugian yang terbesar di dalam hidup kita ialah apabila semua yang tersebut di atas telah kita lakukan baru kita menyedarinya.



No comments:

Post a Comment