31 May 2009

Salam Terakhir buat Aku....


Kata orang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.Begitu juga dengan ajal dan maut...

Apa yang ingin aku paparkan di sini adalah sekadar mengingati betapa besarnya kekuasaan Ilahi.Hari itu...28 Mei 2009,semasa aku nak balik,aku mendengar seseorang memberikan salam dari arah belakangku.Aku lantas menjawab salam tersebut..Aku kenal orang yang memberikan salam itu.Pakcik ini memang rajin memberi salam kepadaku setiap kali bertemu denganku sambil mengangkat tangannya.Tapi hari itu,reaksinya agak berbeza kerana dia memberi salam tanpa menoleh kepadaku seperti selalunya.

Pada jam 8.00 lebih pagi 29 Mei 2009,sewaktu aku duduk bersarapan bersama rakan yang lain,aku dimaklumkan bahawa Pakcik itu telah meninggal dunia semasa menunaikan sembahyang subuh di masjid.Aku terdiam seketika..antara percaya dengan tidak..Rupanya salamnya semalam adalah salam terakhir buatku.

...Aku doakan semoga Allah akan menempatkan Allahyarham Pakcik Haji Bujang bersama dengan orang-orang yang dikasihinya..Al-Fatihah buat Allahyarham..

No comments:

Post a Comment