31 May 2009

Salam Terakhir buat Aku....


Kata orang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.Begitu juga dengan ajal dan maut...

Apa yang ingin aku paparkan di sini adalah sekadar mengingati betapa besarnya kekuasaan Ilahi.Hari itu...28 Mei 2009,semasa aku nak balik,aku mendengar seseorang memberikan salam dari arah belakangku.Aku lantas menjawab salam tersebut..Aku kenal orang yang memberikan salam itu.Pakcik ini memang rajin memberi salam kepadaku setiap kali bertemu denganku sambil mengangkat tangannya.Tapi hari itu,reaksinya agak berbeza kerana dia memberi salam tanpa menoleh kepadaku seperti selalunya.

Pada jam 8.00 lebih pagi 29 Mei 2009,sewaktu aku duduk bersarapan bersama rakan yang lain,aku dimaklumkan bahawa Pakcik itu telah meninggal dunia semasa menunaikan sembahyang subuh di masjid.Aku terdiam seketika..antara percaya dengan tidak..Rupanya salamnya semalam adalah salam terakhir buatku.

...Aku doakan semoga Allah akan menempatkan Allahyarham Pakcik Haji Bujang bersama dengan orang-orang yang dikasihinya..Al-Fatihah buat Allahyarham..

28 May 2009

Resahku..tiada yang tahu...

Sahabatku,
Semakin mendekati hari penentuan ini,aku semakin resah dan entah mengapa tetiba rasa sedih semakin menghampiri segenap ruangku.Sejujurnya sahabatku,aku amat memerlukan
kehadiranmu menemaniku untuk melalui denai payah tika ini.Namun,entah di mana silapnya kau sahabatku pun semakin menjauh daripadaku..mungkinkah aku telah melukakan hatimu?

Sahabatku,
Tahukah kau betapa saat ini aku amat memerlukanmu melebihi segala-galanya.Aku rindukan gurauanmu,kata-kata perangsangmu malah aku amat memerlukanmu untuk kulampiaskan segala kesedihan dan keresahan di hatiku.Sahabatku,jangan kau hantari aku melewati persimpangan ini dengan kebisuanmu...

26 May 2009

Setiba di persimpangan...

Setibanya di persimpangan ini aku harus membuat pilihan sama ada memilih jalan ke kanan atau jalan ke kiri.Nampak seperti mudah untuk memilih,tetapi hakikatnya amat payah.Sesungguhnya,inilah antara situasi yang paling aku tak suka dalam hidupku..membuat pilihan.Jika aku memilih ke kanan,bermakna aku harus mengabdikan diriku dalam satu perdaerahan yang asing bagiku dan terpenjara di situ buat selama-lamanya.Mampukan aku meneruskan perjalanan hidupku dalam keterasingan ini?Hipokritkah aku jika aku memilih jalan ini sedangkan hatiku memberontak..

Bagaimana pula jika aku memilih jalan kiri?Apakah aku akan gembira?Betulkah aku akan bahagia sedangkan segalanya nampak samar-samar sahaja.Namun keyakinanku untuk terus memilih haluan ke kiri kerana di perdaerahan ini aku BEBAS..Tapi selama mana aku mahukan kebebasan itu?Bebas tanpa kasih,tanpa sayang,tanpa cinta...bahagiakah aku?Mampukah aku bertahan di sini?

Masaku kian singkat..jawaban pilihanku kian mendekati...???????????????????

25 May 2009

Apabila kasih terhenti


Orang berkata
apabila kasih terhenti
bukan bermakna berakhir hidupmu
orang berkata
apabila kasih terhenti
bukan bermakna kiamat duniamu
hatiku kata betul..
mindaku kata yup..
tapi cintaku kata
kasih yang terhenti
membunuh jiwaku..
hidupku tak berakhir
duniaku tak kiamat
tapi aku tak ubah seperti
lalang di pinggir jalan.

24 May 2009

Di sebalik namamu....

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

....karya Shahrulnizam..

Harus ku akui
Untuk menyintai
Kesetiaan galangnya
Untuk merindu
Mengulit rindu

Cinta terlalu bermakna
Indah tiada perinya
Namun harus ingat
Tiada selalu indah
Ada kala ia berduka...

....Asha....

Sahabatku..Shahrulnizam
Hadirmu menghilang sepi
Aku..dan mereka
Hadirmu meluluhkan
Resah bertandang
Umpama pelangi petang
Lingkarannya sementara
Namun cukup menghiburkan
Insan kesepian
Zahirnya kita berjauhan
Akan tetapi kedekatan terasa jua
Meskipun sekadar di maya...

....................................................

Insan penyayang berhati waja
Bait-bait bicara sering mengundang ceria
Naluri hati bisa terpesona kerna
Ungkapan indah menggamit rasa
Hingga meruntuhkan dinding ego
Itulah watak..perwatakan
Sahabat seperjalanan...Ibnu Hisyam..
Yang terpenjara hatinya
Atas hukum cinta
Mahkamah Dayang Noorasmah.....

khas untuk Cikgu Ibnu...

....Shahrulnizam..

Manis tuturmu dulu
Antara sedar dan tidak
Zaman yang berlalu
Namun ku tak pasti
Igauan tentang kamu
BertautTertawan
Antara senyummu
Naluriku meronta
Umpama gelora
Asakan rindu padamu
Rakus merobek diri...

dedikasi buat cg Mazni..

....Asha..

Getar hati terasa jua
Ungkapanmu penuh makna
Aksara dan madah...bersirat seni
Nadi bicara puitis bersimpuh
Gah bahasa terukir indah
Aku pun terfana jua
Menatap kata meruntun rasa
Bait indah kian melenakan
Aku...dalam pekatnya malam.

....buat Cg Guang Amba...

23 May 2009

untukmu sahabatku...miazlan

......jawapanku untukmu sahabatku...miazlan...
Dalam ramai kau keseorangan
dalam tawamu kau kesunyian
mencari damaimu
tapi aku...
dalam senyumku ada kelukaan
dalam tawaku ada tangis
mencari jejak yang kian samar.
syukur...dalam pencarianmu
masih juga ada petunjukmu
paksi damai..
tapi aku...
dari mana?
bagaimana?
dan apa?
semuanya adalah persoalan tak berjawab
kerna aku tak miliki ketentuan
dalam pencarian ini.
pada keterbatasan perjalanan
pada keterbatasan pencarian
pada keterbatasan ikatan
nak disesalkan pada siapa?
nak disalahkan pada siapa?
kerana antara kau dan aku
kita sama saja
egonya menggunung
sedang pada hakikatnya
kita cuma picisan manusia
tanpa apa-apa...


sajak spontan daripada sahabatku yang aku terima lewat malam tadi...miazlan..
menyepi membawa diri.....
hanyut dibuai mimpi....
di alam realiti.......
sunyi dalam ketawa......
seorang dalam ramai......
mencari damai.......
menusuri denai.......
dalam renyai......
akhirnya terbuai......
berpaksikan damai......
akhir pasrah dengan ketentuan....
aku tewas.....
aku cuma picisan manusia....
yang tidak tentu arah.....
mencari damai...

Aku dan team bola jaringku...kenangan terindah.


>>>>kenangan terindah yang tak mungkin dilupakan..mungkinkah aku akan melibatkan diri dalam PSKPP lagi...hahaha..hanya masa yang menentukannya...

22 May 2009

Izinkan Kupergi...(2)


Sahabatku,
Setelah seminggu pelabuhan ini aku tinggalkan,hari ini aku kembali menjejaki pelabuhan ini untuk menguburkan sisa cinta yang mengikut langkahku tanpa sedarku.Alangkah sedihnya hati yang sememangnya rawan ini saat berdiri di pasiran pantai ini.Kedatanganku bagaikan pendatang asing sedangkan di sinilah dulunya kita menganyam seribu satu nostalgia.
Laut,ombak.dan pantai semuanya kaku dan menyambutku dengan hambar sekali...
Sahabatku,
Sehingga kini aku masih juga cuba mencari jawabnya...mindaku masih degil untuk menerima hakikat cinta ini.Paling aku tak percaya adalah kehadiranmu sekadar merantaikan aku dengan dengan rantai sengsara tanpa simpati..pun kehadiranmu juga hanya untuk mengalungiku dengan kalungan derita tanpa rasa iba mengocak kolam rasamu.
Sehingga tirai malam mula berlabuh,aku masih jua di pelabuhan ini mengguman luka terpendam ditemani airmata ini.Mungkin juga ada benarnya kata orang:
Memang mudah untuk menyintai
tapi yang payahnya
mempertahankan cinta itu.
Memang senang untuk berkata setia
tapi yang payahnya
untuk menggenggam setia
Semuanya hanya kerana
Akta Hukum Cinta..

Terima kasih ..Cg Shahrulnizam..


Angkasa nan biru
Suatu tika dulu
Hati pernah merindu
Apakan daya
Sampai kapan
Hati meronta ronta
Angan dalam rindu
Harapan kian jauh
Menanti tiada pasti
Indah bicara dulu
Mencoretkan mata pena
Ibarat kalam indah...
Dedikasi buat cgu Asha..
..sajak ini amat bermakna daripada ku kerna dicipta menggunakan namuku..terimaksih Cikgu Shahrulnizam yang telah mencipta sajak ini secara spontan..

21 May 2009

Hadiah Hari Guru...

....antara hadiah yang aku dapat semasa sambutan Hari Guru sekolahku semalam............................





<<

20 May 2009

Sambutan Hari Guru 2009...





<<<




>>>Persembahan muri-murid Tahun 5(kelasku)



......Kad Hari Guru Raksasa ...














>>>>>>>>suasana di dalam dewan motivasi....













Setiap kali menyambut Hari Guru..ak bertanya kepada diriku,apakah sudah cukup ilmu yang aku titipkan buat murid-murid aku melangkah ke satu peringkat yang lebih tinggi?Apakah aku sudah menyempurnakan tugas yang diamanahkan kepadaku dengan baik?

.....Hari ini awal-awal lagi murid-muridku sudah menunggu kedatanganku bersama hadiah di tangan mereka.Tak sangka juga,walaupun aku ni boleh dikategorikan sebagai guru yang garang tetapi aku tetap diminati oleh murid-muridku..Tugasku sebagai guru disiplin yang sebetulnya menuntut aku supaya nampak garang....hahaha..

Untuk murid-muridku:

Andai saja kalian tahu
bukan hadiah yang aku pinta
tapi ucapan selamat Hari Guru
itu yang aku nanti.
Andai saja kalian tahu
jika bisa aku tebarkan seluruh ilmu di dunia ini
akan aku semaikan dalam diri kalian seutuhnya.
Andai saja kalian tahu
betapa aku menyayangi kalian
dan tiada lain yang lebih bererti bagiku
melainkan KEJAYAAN kalian.
Murid-muridku...
Aku sayangkan kalian
setulus kasihku kerana
kalianlah duniaku ceria selalu.






































16 May 2009

Izinkan aku pergi..


Sahabatku,
Saat kau terbaca coretan ini,ketahuilah olehmu bahawa aku sudah nekad dengan keputusanku untuk meninggalkan pelabuhan yang menjadi persinggahan kita.Aku tak mampu memujuk hatiku lagi untuk terusan memaafi setiap kesalahanmu terhadapku.Rasanya telah beberapa kali aku mencuba untuk meneruskan pelayaranku tanpamu,namun setiap kali itu jua kau menghalangi niatku.Airmataku sudah kering untuk membasuh setiap kelukaan yang tercalar di hati ini.
Sahabatku,
Senja nan berlabuh bagaikan faham resah hatiku..lalu dihantarinya aku pelangi petang yang pernah menjadi saksi cinta kita.Pada pelangi petang telah aku bisikkan segala yang terpendam di hatiku.Suramnya pelangi petang bagai berkongsi derita dengan aku yang semakin lelah menghitung warna kecewa di dalam hidupku.
Coretan ini aku tulis dalam titik airmata yang degil untuk terus menemaniku.Sehingga ke detik ini,aku masih bertanya kepada diriku atas kesalahan apa aku dihukum sebegini rupa.Hukuman yang kau jatuhkan buat aku terlalu perit untuk aku terima.Benar jua kata sang pujangga..pertemuan itu tak ubah seperti dua buah kapal yang saling berpampasan sebelum menuju ke destinasi masing-masing.
Di penghujung bicara ini,aku mohon kemaafan di atas segalanya dan terima kasih jua untuk segalanya.Pintaku usah kau jejaki aku lagi,kerana aku tak mampu untuk menggenggam kecewa buat kesekian kalinya.MAAFKAN aku...


How to be a good teacher?




Ucapan Hari Guru..buat aku...

....Aku telah menerima hadiah Hari Guru ini semalam,walaupun sekolah kami belum menyambut Hari Guru lagi.Daripada siapa????Biarlah Rahsia..hanya aku yang tahu...
Sejak semalam aku telah menerima ucapan Selamat Hari Guru daripada rakan guru,bekas murid,dan ibu bapa muridku.Pagi tadi aku dapati dalam Handphone aku sudah penuh dengan SMS ucapan Hari Guru..Ucapan yang dikirim pula agak kreatif..
...Cg Hamdiah..Bad Teacher complains,Good Teacher explains,Better Teacher demonstrates,Best Teacher motivates,Great Teacher inspires..HAPPY TEACHER'S DAY..
..Cg Adi... Banyak dpt Bunga?..Tanda tugas guru mengharumkan dunia.Dapat PEN?Petanda guru bijak melakar kata.DapatPEMADAM?Petanda guru sentiasamembetulkan yang dusta.Dapat MESEJ petanda guru sentiasa di ingatan.Dapat COKLAT?Tanda guru suka didampingi.Dapat CEMUHAN?Tanda guru insan yang sabar dan akan sentiasa dirahmati TUHAN..SELAMAT HARI GURU..
..Cg Kasma..Salam buat teman seperguruan..sangat mulia kerja kita,tapi kita sering dikata berkira..Sibuknya kita tapi dikata takde kerja...Penatnya kita mendidik anak bangsa tapi dikata guru kini sangat manja...Tapi kita tetap seorang guru yang setia..Teruskanlah perjuangan yang mulia ini..Ikhlaskanlah hati tak kira apa dikata...Ingatlah Keredhaan Illahi yang dicari dan kekal abadi..Birth is the start of life,beauty is the heart of life,but people like u are the 'HEART' of life..HAPPY 2009 TEACHER'S DAY..
.....Cg.Ng....WITHOUT DEAR TEACHERS--days would be: Sadday,Moanday,Tearsday,
Wastedday,Thirstday,Fightday,..and Shatterday..so i would like to wish u a very...HAPPY TEACHER'S DAY.

A Teacher for All Seasons...Zulkarnain Farihin Mustakim

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

A teacher is like Spring,
Who nurtures new green sprouts,
Encourages and leads them,
Whenever they have doubts.
A teacher is like Summer,
Whose sunny temperament
Makes studying a pleasure,
Preventing discontent.
A teacher is like Fall,
With methods crisp and clear,
Lessons of bright colors
And a happy atmosphere.
A teacher is like Winter,
While it’s snowing hard outside,
Keeping students comfortable,
As a warm and helpful guide.
Teacher, you do all these things,
With a pleasant attitude;
You’re a teacher for all seasons,
And you have my gratitude

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

15 May 2009

16 Mei...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Setiap kali bergema 16 Mei
Pasti berkocak kolam rasaku
gundah,gulana,gusar,membelit resah waktuku
takut gagal merealisasikan
amanat bangsaku
seiring lafaz ikrarku
melahirkan generasi berwawasan.
setiap menjelang 16 Mei
akan kujahit erat janji-janjiku
pada mereka anak-anak didikku
untuk terus menitipkan ilmu
walau ada tikanya
teruji keimananku
lalu merobek sabarku.
Setiap kali tibanya 16 Mei
akan bertebaranlah bunga bicara
SELAMAT HARI GURU...
TERIMA KASIH CIKGU...
GURU ADALH SEGALA-GALANYA..
atau...
GURU KAU UMPAMA LILIN...
dan aku tak pernah pasti
di mana titik keikhlasan
bunga bicara itu..
Namun...
hanya satu yang kupasti
aku akan terus meredah
denai payah ini
demi mengharumi
setanggi profesion keguruan.

13 May 2009

Sajak daripada seorang teman..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

..Hahaha..terima kasih untuk Cg Jokdin bin Abdullah yang menghadiahi sajak ini untukku walaupun aku tak tahu siapa sebenarnya dia..

khas buat c asha

Maha Suci Tuhan Yang sentiasa memaafkan
sekalipun kita selalu bersalah
Dia masih tetap memberi maaf
betapapun seseorang melakukan kesalahan
Dia tetap memberi
sekalipun kepada orang yang berdosa
KemuliaanNya tidak menghalangnya
untuk memberi kepada orang-orang yang berdosa

Suasana Pertandingan Recorder Ensemble pkat bhgn Kuching





























12 May 2009

Penghargaan buat..Ibnu Hisyam..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Aku masih disini,
Dimusnahkan... dirobek semua milik ini,
Membiarkan jiwa tidak dipenuhi,
Berjanji dengan yang memungkiri,
Juara dalam halusinasi,
Sejarah asyik berulang,
Dan aku memberi peluang,
Tapi kau masih bersikap berang,
Kau hendakkan perang,
Tetapi ku simpan pedang,
Telah ku jelaskan siapa penipu,
Tetapi kau asyik bersetuju,
Hilang arah tuju,
Dengan suara kaku,
Masih di sini aku.......


..sajak pertama..Ibnu Hisyam..yang aku dapat..hahaha..akhirnya menjadi penyajak juga yer?

Minggu Tersibuk Sekolah Kami...
















10 May 2009

Setelah kepergianku...



...Guang amba...



Akhirnya kau pergi
tanpa meninggalkan sebarang pesan
kata-kata bakti pun tiada
hanya aku yang masih di sini
berjuang mara ke depan
tanpa sekelumit pun di hati tersasar untuk berundur
semakin aku hidup dalam
ikhlas tiada kuasa mampu
menghalangnya hentikan tutur kata
yang bertulangkan dusta
kebeningan pekat malam
membangkit kepayahan
jiwa, aku tetap seperti pertemuan
kita....

....asha...

Maafkan aku....
bukan ini yang kumahu
bukan itu yang kupinta
tapi kau ..
aku...pun tahu
masa merubah segalanya.
bahagiaku keranamu
deritaku keranamu
resahku keranamu
rinduku keranamu
lalu...mungkinkah aku mampu
melukaimu?
menghumban wangian harapmu
ke lorong kecewa?
Maafkan aku..atas kepergian ini.

....Fieza...

adakah di sini penghentiannya
pesan tiada, ucapan tiada
kenapa harus berlakuj
ua perpisahan ini
biar dihalang namun tiada makna
andai tekadmu kini teguh
bisa madu bertukar rasa
manis terasa pahit
biar hati menidakkan
namun mata mengiyakan
kita bagaimana??


....Setelah kepergian ini,pelbagai rasa menghiasi ruang waktuku...resah,sedih,kesal,rindu,sepi..
Bila kuhayati bait-bait indah sajak spontan yang kalian tinggalkan..peritnya hatiku menahan sedih dan resah yang bertandang.Walau sekadar di maya,namun aku bahagia dan gembira dengan kasih sayang kalian..Andai saja aku mampu merubah segalanya ingin saja aku terus berada dalam pelukan kasih kalian..namun apakan daya..kita harus akur pada hukum alam ini..MAAFKAN AKU...

08 May 2009

Apabila guru mentafsir cinta...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

GURU FIZIKCinta adalah merupakan daya tarik - menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah wanita)

GURU BIOLOGICinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya.

GURU KIMIACinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya.

GURU MATEMATIKCinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar.

GURU PENDIDIKAN ISLAMJangan sesekali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan ibllis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat disa dan cinta adalah sasaran dosa.

GURU PENDIDIKAN MUZIKCinta ibarat lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan.

GURU SEJARAHCinta akan hanya menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU EKONOMICinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

GURU GEOGRAFICinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan negara eropah ... kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkala luruh.

GURU BAHASACinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya.


....Zulkarnain Farihin Mustakim...

Semalam yang kelam...

Hidup kita di dunia ini adalah dengan izin Allah.Justru,bagi memudahkan perjalanan kita di dunia ini Allah bekalkan kita dengan rezeki yang diperturunkan dalam pelbagai bentuk dan rupa.Misalnya,dalam bentuk wang ringgit,makanan,tempat perlindungan,malah yang terhebat sekali ialah bakat yang tersendiri untuk setiap umatNya.Bakat yang ada pada setiap kita agak berbeza dan terpulanglah kepada setiap individu untuk mencanai bakat yang ada dalam diri mereka.Jika berhasil,bermakna kita akan mendapat sesuatu yang amat bernilai untuk diri kita malah mungkin juga bermanfaat untuk orang lain.Jika sebaliknya,maka sia-sialah bakat yang diberikan kepada kita itu.
Untuk diriku,rasanya aku tahu apa bakatku dan aku telah berjaya menjadikannya sesuatu yang amat bernilai dalam diriku malah aku telah berusaha untuk berkongsi dengan orang lain.Selama ini aku jangkakan semua orang akan gembira kerana aku yang suka berkongsi keistimewaan yang ada dalam diriku dengan orang sekelilingku.
Namun ,apa yang berlaku semalam membuat aku tersentak dan baru aku sedar apa yang aku miliki itu rupanya mengundang keresahan,kebimbangan dan rasa sakit hati orang terhadapku.
Malah aku tak menyangka hanya kerana itu,ada usaha untuk menyingkirkan aku daripada mereka-mereka yang tak pernah jemu-jemu terus mengikuti langkahku.Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana peristiwa semalam memberi pengajaran yang amat bermakna kepadaku.Antaranya:
a. Kesilapan yang terbesar di dalam hidup kita ialah kita tidak sedar kita sedang melakukan kesalahan.
b. Kelukaan yang paling perit ialah apabila kita tidak sedar yang kita sedang melukakan hati orang lain.
c. Kesakitan yang paling sakit ialah ketika kita sedang menyakitkan hati orang lain.
d. Kerugian yang terbesar di dalam hidup kita ialah apabila semua yang tersebut di atas telah kita lakukan baru kita menyedarinya.



06 May 2009

CINTA,KEKAYAAN,KECANTIKAN,KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN.

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Alkisah di suatu pulau kecil,ada CINTA,KEKAYAAN,KECANTIKAN,KESEDIHAN,
KEGEMBIRAAN dan sebagainya.

Mereka hidup saling melengkapi.Suatu ketika,datang badai menghempas pulau itu.Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu.Ia mencuba mencari pertolongan.Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN Tolong aku!" Teriak CINTA.

"Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN." Perahuku telah penuh dengan harta bendaku.Aku tak dapat membawamu,nanti perahu ini tenggelam."

Lalu KEKAYAAN pergi meninggalkan CINTA.

CINTA sedih sekali,namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.
"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!"Teriak CINTA .

Namun KEGEMBIRAAN tuli tak mendengar teriakan CINTA.

Air makin tinggi sampai pinggang dan CINTA semakin panik.Tak lama lalu pula KECANTIKAN

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!" Teriak CINTA,Lalu apa jawab KECANTIKAN,
"Wah,CINTA,kamu basah dan kotor.Nanti kamu mengotori perahuku ini." Sahut KECANTIKAN.

CINTA mulai menangis teresak-esak. Mengapa semua orang melupakan aku.
Saat itu lewatlah KESEDIHAN.Lalu CINTA memelas ,"Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu,"kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN,"Maaf ,CINTA.Aku sedang sedih dan aku ingin bersendirian saja…,"
CINTA putus asa.Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.
Lalu ia berdoa kepada Tuhan.Oh Tuhan tolonglah aku,apa jadinya dunia tanpa aku,tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara,"CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"
CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya.

Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu,tepat sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian di pulau terdekat,orang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkannya.

CINTA sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu.
CINTA segera menanyakan kepada seorang penduduk tua di pulau itu,siapa sebenarnya orang tua itu.

"Oh,Dia adalah "WAKTU," kata orang itu.

Lalu CINTA bertanya"Tapi,mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya.Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku",tanya CINTA hairan.

"Sebab," kata orang itu, hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu………"

....artikel daripada Zulkarnain Farihin....sekadar renungan bersama.

05 May 2009

Sajak Hukum Cinta...bersama Zulkarnain Farihin Mustakim

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

..asha..

Langkah terhentis
aat melihatmu
berdiri di persimpangan
dengan mata berkaca.
Mati kata-kataku
saat kau merenung
melewati dasar hatiku
hati terdetik pilu.
Bergetar mahkota rasa
saat kau genggam jemariku
dan tanpa sedarku aturkan langkah
meneruskan perjalanan
kerana aku tak mampu
mengutip kembali
retak kasih
dia atas puing-puing cinta
yang telah kau hancurkan

....Zulkarnain Farihin...

mengapa langkahmu terhenti wahai dewi
saat kau melihatku sedang mengirai sayap di bawah terik mentari
ku lihat matamu berkaca sejernih menara
kau renungi diriku dengan penuh sayu dan rindu yang sarat
tapi sayang renunganmu tidak sampai ke dasar hatiku
tika dan saat ini
andai kau tanyakan pada hati
hati dengan rela membiarkanmu pergi
pergilah keceruk mana kau langkahkan kaki
dan jangan kembali
kerana kalau kau kembali lagi
bumi tempat kuberpijak ini
telah bertukar menjadi debu
yang berterbangan di bawa angin lalu

...asha...

Ya Allah..
aku mohon petunjukMU
aku mohon kekuatanMU
untuk aku menentukan segalanya.
saat kaki mengajakku pergi
terasa langkahku payah
sendu wajahnya menjerat rasaku
redup matanya memerangkap jiwaku
hingga aku kian keliru
atas keputusan ini.
Ya Allah..
andai saja dia untukku
tunjuki aku kebenarannya
berilah aku lohong dan lorong
permudahkan aku
mendakap impiannya
bersatu dalam impianku.

...Zulkarnain Farihin....
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi ...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah
Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

.....asha...

sayangnya...
harapan yang selama ini kubawa
hancur berkecai musnah jua akhirnya
semuanya bagaikan sebuah mimpi
kau pergi jua
setelah cintaku kinimembara
belum sempat kucurahkan kasihku
kau pergi tak kembali.
apakah itu juga
antara HUKUM CINTA?

....Zulkarnain Farihin..

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya
Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan
Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki

...asha..

Terhenti lamunanku
saat menatap madah tersingkap
MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI
nampak perit tapi itulah hakikat
harus diakui walaupun hati berdegil
enggan mengiyakannya.
Kata-kata mati dihalkum
ingin memohon jawapan
Apakah ini hukum cinta
bercinta sekadar bercinta
tapi tidak untuk memiliki?

..Zulkarnain Farihin...

Dakwalah aku di mahkamah cintamu
sediakan hakim bijak berilmu
supaya kau boleh menghukum aku
untuk melempiaskan dendam kesumatmu
yang tidak pernah layu dimamah waktu
Dakwalah aku di mahkamah cintamu
sediakan peguam petah berhujah
supaya aku boleh kau kalah
untuk melempiaskan amarahmu yang bernanah
yang tidak pernah sembuh-sembuh
sejak jiwamu luluh
jika perlu
gantunglah akudengan tali dendammu
jika perlu
kau sebatlah aku
dengan cemeti amarahmu
andai itu Hukum Cintamu

....asha..

Aku bukan berdendam
aku juga bukan
melampiaskan amarahku
dan aku tak perlu
mendakwamu yang tewas
dalam hukum cintamu sendiri
aku cuma terkesima
akan kebodohanku berpaut
pada dahan yang rapuh
hingga aku tersungkur derita
dalam perjalanan ini.
Untuk menghukumu
aku tak mampu
untuk melampiaskan amarah kepadamu
aku tak sanggup
untuk mencemetimu
aku tak larat
kerana aku
aku tak pernah ada hak
ke atas dirimu.

...Zulkarnain farihin..

Pesalah cinta ini haruskan kau benci
wajarkah kau sakiti
untuk kepuasan hati
demi kepuasan diri
kepentingan peribadi
Pesalah cinta ini
haruskah dipagari dengan pagar berduri
disebat lumat dengan cemeti
dikurung dalam sangkar besi
hanya kerana dia melukai
menodai janji-janji
mengkhianati cinta suci
pesalah cinta ini
tidak akan berhenti melakukan kesalahan
kerana cinta baginya permainan
ibarat bola dilantun ditentang demi kepuasan
tiada penyesalan
kerana hatinya sudah kental
dengan pelbagai dugaan dan cabaran

03 May 2009

sajak untuk Sdr Ibnu Hisyam..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran"

Pergimu tanpa bicara
hilangmu tanpa jejak
memaknakan seribu persoalan
mengapa dan kenapa?
Tika kamar Enet kujejaki
sepi kian terasa
tiada lagi nyanyianmu
tiada lagi sendamu
menemani...
Andai suatu masa
kau lalu di sini
ketahuilah olehmu
bahawa aku..
dia..
dan mereka-mereka..
masih mengharapkan
kehadiranmu
menghiasi kamar ENET..


...khas untuk cg ibnu...kehilanganmu mengundang pelbagai persoalan yang terus diajukan kepadaku oleh rakan-rakan yang lain sedangkan aku juga tak tahu MENGAPA dan KENAPA?

Sajak Hukum Cinta..bersama..Guang Amba

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

...Guang Amba..

Walaupun ku tahu
kita tak mungkin bersama
namun ku tetap sanjung cinta ini,
Walau ku tahu cinta kita terhalang
namun ku tetap memuja hatimu,
pada hati dan naluri
kau tetap bertakhta juara
sayang dan rindu tetap mengakui keikhlasan...

.....asha...
Cinta terhalang?
apakah tiada lagi
kekuatancinta kita
apakah tiada lagi
upaya kita
mempertahankan cinta ini
agar tidak menjadi
cinta terhalang?

...Guang Amba...

Kau lemparkan senyuman terkandung sengsara
kau begitu kejam melihat aku terumbang ambing
di hempas badai pilu
di tempias ombak lara
aku terkapai kapai
di lautan yang begitu rakus menelan kenangan
manis antara kita
aku gagal untuk mempertahankan seruan cinta ini...

......asha...
Senyuman terkandung sengsara
tak mampu menampung derita
yang kian parah
membenam ke dasar hati.
salah siapakah?
aku?
kau?
dia?
atau
Hukum Cinta?
atas ketidakupayaan kita
mempertahankan cinta ini.

.....Guang Amba...

Hukum cinta?
Satu mandatori atau ciptaan kita sendiri
pada siapa jawapannya?
pastinya hanya Dia...
Walau getir hidup waktu kemarau cinta
tiada setitis pun air mata yang gratis
aku punya sandaran untuk
aku berdiri di sudut keyakinan
menanti penuh sabar dan gementar
kerana aku tau
Ketika cinta memanggil hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil gementar tubuhku
Ketika cinta memanggil menderu sang rindu

.....asha..

Berdiri di birai malam
menyahut panggilan cintamu
mendengar nyanyian rindumu
bergetar mahkota rasaku
menyentakkan aku
dari lena yang panjang
dan untuk seketika
ingin aku mendakapi
impianmu biar bersatu
dalam impianku.

....Guang Amba..

Alunan rindu semalam
masih lagi mendayu
pada barisan halwa rasa
biar pun kau telah tiada
aku tetap menanti dengan penuh harapan
aku tetap merasakan dengan penuh ketulusan
getar jiwa ini masih terlalu muda untuk kau tinggalkan
kenapa?
harus dijadikan aku insan yang merana
memendam seribu rasa....

...asha...

Alunan rindumu
Bicara sendumu
Harapanmu
kian memenjarakan aku
di laman ini...
saat pandangan kita bersatu
getar hati masih terasa
dan saat itu jua
aku bagi tersedar dari lena
dan saat itu jua
aku harus akui
cinta ini masih menyala...

...Guang Amba..

Untuk melepaskan kau pergi
tidak semudah kau sangka
aku tekad untuk sembunyikan perasaan ini
aku rela terjadi begini
telah ku hapuskan air mata
dan ku iringi setiap langkah kepergianmu
sukar untuk ku rasa
kerna hati ini telah terluka
kau calar dan tikam dada ini
aku meratapi kesepian yang kautinggalkan dulu.....

...asha...

Maafkan aku
kiranya aku tak mampu lagi
menyambut salammu
kerana hatiku masih terluka
akan cerita semalam.
Maafkan aku kiranya
terpaksa aku biarkan
kau pergi dalam pekat malam
kerana aku masih tak mampu
merawat calar yang tercalar
oleh sikapmu semalam.
MAAFKAN AKU

...Guang Amba..

Dedaun kemaafan gugur tika subuh benci
menyentuh pada dahan hati
gemersik angin rindu memusnahkan ranting rasa
ketika pucuk hati melilit bahagia
tiada lagi sekuat mana untuk terus
berada di sini
rebahlah kisah silam bersama waktu
yang kita ciptakan dulu...

....asha...

Hancur luluh pepatah harapku
saat kau jatuhkan kata PUTUS
Punah ranah bumbung rinduku
Saat kau padam kata MAAF
Gelap gelita duniaku
Saat kau ucapkan..LUPAKAN CINTA INI.
Dan tanpa dapat kutahan
airmata deras membasahi
diari cinta kita
memadam semua catatan
perjalanan cinta KAU dan AKU

....Guang Amba..

Kemana harusku nyalakan
semarak rasa cinta esok?
Pada siapaku bisikkan kata rindu ini?
Untuk siapaku lemparkan kebahagiaan itu?
Dimana ku cari ganti mu?
Mampukah aku bertahan sehingga saat ini?
Aku bagai putus tali
melayang tiada arah
ikut kata hati
ikut rasa setia
biarlah CINTA hadir sendiri...

02 May 2009

Time To Migrate..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Terkesima seketika ketika aku membaca artikel Time To Migrate daripada Sdr.Ibnu Hisyam.Tak tahu mengapa dan kenapa dan tanpa isyarat maupun petanda secara tiba-tiba keputusan ini beliau ambil.Apapun,keputusan beliau tetap dihormati kerana aku percaya beliau ada alasan tersendiri yang tak mampu diluahkan kepada orang lain.

Sdr.Ibnu..terima kasih di atas segalanya dan maaf jika ada kekhilafanku sepanjang pertemuan ini.Walaupun sekadar di maya,tetapi kita mampu juga menjadi rakan seperjalanan yang saling bertukar idea,pendapat malah menjana pelbagai bahan gurauan sebagai hiburan.Sesekali jengoklah di sini...

Semoga akan terus suksess dan menjadi guru yang TERHEBAT di pasaran..hahaha.

...rupanya gurauan semalam adalah petandanya???Memang bijak menyembunyikannya...anyway thanks for..Still Loving You..Ok?
.........................................................................................................................................................................
Salam terakhir daripada Sdr.Ibnu Hisyam..

Aslmkm and Salam Sejahtera,

Setelah menghabiskan sejumlah masa dalam kehidupan saya di engkabang.net, saya rasa sudah masanya saya meninggalkan engkabang.net. Tanpa rasa sakit hati atau senang hati saya mengambil keputusan ini atas pendirian saya sendiri. Jika ada yang berkata "itu pun nak bagitau" , saya rasa saya perlu memaklumkan kerana:

Pertama: Saya datang ke sini dan sebilangan engkabangerz sedar akan kehadiran saya maka tidak adil jika saya pergi tanpa memberitahu mereka. So kalau mereka tidak online masa ini sampaikan salam kepada mereka

Kedua : Saya rasa sepanjang saya berada di engkabang.net, banyak juga kesalahan saya lakukan, maka perlulah saya meminta maaf.
Ketiga : Cukuplah yang dua di atas itu.
I like to say thank you to all my dear friends, Bro Haizan, Sheikh Zainal, Sheikh Awangku, Adik Azahar, Sheikh Abdul Karim, Sis Wid, Bro Marson, Ustaz Mohd Sabli, Bro Lee, Cg Asha, Kanda Habsah, Old friend Khaidir, Sis Azlina, Bro Bruno, Bro Wilter, Sis Jasmin, SIs Agnes, Sis Asrina, Bro Azman, Bro Amir, Bro Duanne, Bro Zulkarnain Mustakim, Bro David, Bro Erwan, Sheikh Jaafar, Bro Joseph, Bro Kradi, Sis Khadijah, Sis Mariam Allem, Bro Lee b Saat, Bro Mahmud Kunaini, Bro Meor, Mohd Ali, Abang Dol, Bro Tauhid, Sis Suraya, Sis Surayah, Sis Haryati, Sis Syahrul, Bro William P and of coz Mary Ann Iqmal, Dyg Noorasmah and Nolan iboh lah hehehehehehe, list ya not in order, sik ngekot priority(you guys figure it out by yourselves lah) Sesiapa yang tertinggal sorrylah maklumlah warga e.net ramai, mun molah konsert dah kaya aku nyual tiket

So you guys take care, I learn a lot from you guys and havin fun too
Enjoy your teaching and make the children enjoy too
Your friend here is just a dreamer passin' by.................


>>>

Life Is A Gift

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::


Today before you say an unkind word- Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.

Today before you complain about life- Think of someone who died too earlyon this earth.

Before you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.

Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you driveThink of someone who walks the same distance with their feet.

When you are tired and complain about your job- Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.

Before you think of pointing the finger or condemning another-Remember that not one of us is without sin.

And when depressing thoughts seem to get you down- Put a smile on your face and think: you're alive and still around.

01 May 2009

Saat Berakhir Versi Hukum Cinta...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

....shahrulnizam..

Sampai di sini
hukum cinta
ku akhiri
dalam versi ke IV
kerna ku tahu
hidup baru
pasti menjelma..
Kesinambunganpada madah
namun tema yang berbeza
selagi masih bernyawa
pena ligatmenari tarinya...

....asha..
satu versi berakhir
petandaakan lahir
versi baru.
tapi
apakah mungkin
versi baru
membuka lembaran
bahagia tanpa luka
cinta tanpa derita?
atau mungkin jua
akan mengulangi
rentak yang sama?

....shahrulnizam...

Suka dan duka
lumrah kehidupan
lembaran baru sekalipun
ada coraknya
ada yang hitam
ada yang putih
ada yang lurus
ada yang bengkok
terpulang lah
pada kita
yang melakarnya...

....asha....

Harapan digenggam
Doa ditadah
dari lubuk hati
paling dalam
masih berbekas
jejak semalam
tapi
biarlah
bertawakal saja
moga versi baru
mencatat cahaya
cinta damai
dalam perjalanan.

...shahrulnizam..

Asha
teruskan dengan madahmu
sungguh indah
bicara bemantera
hati yang sedih
terbuka minda
pada puisi
yang dicipta
di sini
sulamkan pena kita
mengait madah indah
kerna hukum cinta
bukan sekadar
hati yang luka..

..asha..

Mencintai dan dicintai
bahagia dan derita
itulah
hukum cinta sebenar
termaktub kukuh
sejak berzaman
dulu
kini
dan
selamanya

..shahrulnizam..

perjuangan cinta
bukan untuk dicintai
bahkan untuk mencintai
bukan sekadar melukai
tapi bersedia dilukai
itu lah lumrahnya
setiap yang bercinta
tahu harga cinta
sedang yang mendambik dada
mengata ego tentang cinta
benarkah mereka
atau sekadar menutup
jiwa yang gelora...