14 July 2012

ANTARA CINTA DAN DUSTA (14)

Setelah menghilang hampir seminggu malam ini DIA muncul.Aku nekad untuk tidak menyapanya.Api kemarahanku masih membara.Aku takut nantinya aku akan membakarnya.Lalu aku segera offline.Buat sementara waktu biarlah aku lupakan seketika percaturanku buat DIA.Aku ingin mendamaikan jiwaku yang kusut dan fikiranku yang bercelaru.

Benar juga seperti kata kakak iparku.Orang lain gembira apabila disunting lelaki yang berkedudukan tinggi dan mempunyai masa depan yang cerah, tetapi aku sebaliknya.Semua yang mengucapkan tahniah kepadaku membisikkan betapa beruntungnya aku.Huh! Apa untungnya aku tak pasti.

Seperti selalu aku menyusuri Pantai Damai jika jiwaku haru-biru.Baru aku nak melangkah HP aku menjerit mendendangkan lagu”Matahariku”.Tanpa melihat terlebih dahulu nama pemanggil yang tertera, aku segera menekapkan HP aku ke telinga.Aku terdiam.Mengapa lelaki ini muncul di saat aku sedang mencari damaiku?Zafrul Hisyam,belum puaskah kau melukakan hatiku?Rupa-rupanya Zafrul telah mengetahui khabar tentang aku yang dirisik keluarga Emir.Katanya, mama yang memberitahunya.Mungkin kerana sakit hati atau berkecil hati,Zafrul telah melontarkan kata-kata yang amat melukakan hatiku.Aku gadis materialistik?Betulkah aku sebegitu?Benarkah aku memang memilih lelaki yang berpangkat dan berkedudukan sebagai calon suami?Berat sungguh tuduhan Zafrul kepadaku.Pantai Damai menjadi saksi airmata yang membasahi seraut wajahku.

Kala senja melabuhkan tirai malam aku mengatur langkah menunaikan solat Maghrib di masjid berdekatan. Selepas itu barulah aku menghalakan kereta ke pusat bandar.Aku perlu segera sampai di rumah jika tidak mahu mendengar ceramah percuma daripada mama.

DIA muncul lagi di YM.Mungkin kerana kemarahanku kepadanya sudah surut atau mungkin juga resah yang mendesak, akhirnya aku menegur DIA.Seperti selalu DIA memang cepat menjawab salamku. Mudahnya aku menceritakan segala yang berbuku di hatiku kepada DIA. Kepada DIA aku lantunkan keresahanku.Kepada DIA aku rembeskan gusar di hatiku.Dan DIA begitu bijak menenangkan aku.Memberikan pendapat dan mengutarakan pandangannya terhadap semua masalah yang menjeratku sejak dua menjak ini.Sedikit kekaguman terbit di dasar hatiku buat DIA.Kebijaksanaan DIA telah berjaya membawa aku keluar daripada masalahku pada malam itu.Malah aku sudah mampu ketawa apabila diusiknya.Akhirnya seperti selalu kami sembang di dunia maya tanpa sedar subuh memunculkan diri.

Bistro Cafe. Abang menelefonku supaya kami adik beradik berkumpul di situ selepas Isyak. Ada sedikit jamuan keluarga bersempena hari lahir mama. Memang seronok apabila kami sekelurga dapat berkumpul beramai-ramai. Melihat telatah anak-anak abang dan kakak membuat aku terhibur.Namun semuanya berakhir tatkala sejambak mawar kuning diletakkan di hadapanku.Setahu aku Zafrul Hisyam memang suka menghadiahi aku bunga mawar kuning sejak dulu lagi.Aku segera menoleh ke belakangku.Sangkaanku tepat dan benar belaka.Sebaris senyuman yang dihadiahinya tidak aku balas.Mama yang bijak membaca situasiku ketika itu segera mempersilakan Zafrul duduk.Rupa-rupanya mama yang menjemputnya menyertai majlis keluarga kami pada malam itu.

2 comments:

  1. TAHNIAH kerana watak 'aku' memiliki 'DIA' seumpama penenang di kala resah.
    ~ tentunya pembaca akan terfikir-fikir apakah kesudahan tentang watak 'aku', 'DIA', dan watak2 lain di akhir plot pengkisahan ini...

    ==> menarik.!

    ReplyDelete
  2. Thanks...Biarlah pembaca membuat persepsi tentang kesudahan dendam AKU..dan perhubungannya dengan DIA...Apakah DIA akan terus menjadi buah percaturannya atau sebaliknya...Yang pasti AKU pun tak tahu siapa DIA dalam hidupnya..

    ReplyDelete