Emir Asyraf...Tetiba saja lelaki ini menjadi semakin rapat denganku.Setiap hariku dihiasi dengan SMS daripadanya.Aku akui dia memang lelaki yang sangat hebat dan mampu mencairkan hati mana-mana wanita. Dia juga bijak mengambil hatiku.Kalau tidak memikirkan agenda asalku, pastinya aku telah menerima kehadirannya setulus hati dalam hidupku.Sesungguhnya luka ini masih berparut dan peritnya masih terasa.Kekadangnya aku berdoa agar Emir Asyraf tidak masuk ke dalam perangkapku.Aku tak sampai hati hendak melukakan hatinya kerana keluarganya terlalu baik dengan keluargaku.Eizanna pula adalah sahabat karibku yang setia menadah telinga dan memerah mindanya setiap kali aku ada masalah.
Suasana riuh di bilik guru menghairankan aku.Apa pulak berita sensasi awal-awal pagi?Ketika aku melangkah masuk ke dalam bilik guru semua mata tertumpu kepadaku.Aku sedikit gusar.Aku ada buat silap ke?Aku lihat Eizanna tersegih-sengih memandangku.Huhuhu..rupa-rupanya di atas meja aku ada sejambak bunga mawar merah hati yang masih segar.Rasa terhenti degup jantungku tatkala membaca kad comel berbentuk hati di tengah-tengah jambangan bunga itu.Alahai..Amir Asyraf, janganlah kau buat aku serba salah.Aku tidak bersedia untuk menerima lamaran cintamu lagi.
Setitis airmataku jatuh juga. Kenangan silam kembali menghantuiku.Lamaran cinta Emir Asyraf membuat hatiku sedikit terusik.Aku tidak sanggup untuk melukakan hatinya.Justeru aku takut untuk menerima cintanya.Aku tahu aku tidak mampu menjadi yang terbaik untuknya.Aku hanya akan melukakan hatinya.Itu aku yakin dan pasti.Namun buat sementara, aku perlu mendiamkan diri.Aku harus bijak menangani Emir Asyraf.
Malamnya. Emir Asyraf telah mengajak aku keluar.Aku sedikit kelam-kabut kerana bukan mudah untuk mama mengizinkan aku keluar malam.Akhirnya aku mencadangkan kepada Emir Asyraf untuk makan malam di rumah kami saja.Nasib baik Emir Asyraf faham situasiku setelah aku menerangkan tentang peraturan keluarga kami.
Aku lihat sepanjang berada di rumah kami pada malam itu, Emir Asyraf begitu bijak melayan kerenah ahli keluargaku.Abangku yang terkenal dengan keseriusannya pun nampak senang berbual dengan Emir Asyraf.Banyak perkara yang menjadi topik perbualan mereka pada malam itu.Aku gembira sebab aku tak payah melayan Emir Asyraf.Jujurnya aku belum bersedia untuk berbual berdua dengan Emir Asyraf.Hehehe.. aku takut kalau nantinya dia meminta jawapan kepada soalan yang dititipkannya pada jambangan bunga mawar siang tadi.
Selepas Emir Asyraf balik, aku segera mencapai laptop aku.Ada beberapa orang mangsaku di maya menghantar emel kepadaku.Semuanya bertanyakan soalan yang sama kerana aku semakin sukar untuk dihubungi.Aku melihat DIA muncul.Aku segera menyapanya seperti selalu di YM. Kekadangnya aku suka sembang dengan DIA kerana ada-ada saja perkara baru yang dikongsikannya denganku.Aku akui sudah banyak perkara baru yang akau pelajari daripadanya sejak perkenalan kami.
Seperti jangkaanku, Emir Asyraf menghubungiku setibanya dia di rumah.Inilah saat yang aku tak suka sebab aku tak ada jawapan lagi.Emir Asyraf menuntut jawapan kepada soalan titipannya.Untuk tidak menghampakan perasaannya, aku meminta sedikit masa lagi sebelum membuat keputusan.Alasanku, kepala aku pening sangat sepanjang hari.Hehehe..bohong sunat?
TAHNIAH..plot cerita yang semakin menarik.
ReplyDelete~ Saya adalah pembaca blog anda. Titipan anda berkaitan RONA-RONA KEHIDUPAN yang mewarnai kehidupan manusia di luar sana. Hakikatnya, saya akui bahawa....kekadang, pusingan roda kehidupan berputar dengan sketsa yang sama hanya di masa yang berbeza. Makanya, pengalaman yang dilalui mematangkan minda untuk menempuh sketsa yang pernah dilalui.
~ pepatah nenek saya :
:: mana mungkin dipatuk ular untuk kali ke-2 di lubang yang sama..... apa pandangan penulis..?
Thanks...kita selalu memuji watak dalam sinetron..kita kagumi perwatakan watak ciptaan penulis sehingga kita lupa bahawa kita sendiri sebenarnya seorang pelakon yang hebat.Perjalanan hidup seharian kita memperlihatkan betapa kita sedang melakonkan watak yang tertulis untuk kita.Yang lebih menarik lakonan itu adalah realistik bukannya berpaksikan skrip yang diolah.Makanya, sesekali jika kita renung ke dalam diri kita, pastinya kita akan tahu betapa menariknya perjalanan hidup kita yang pelbagai warna ini.Dan akan bertambah menarik jika kita mampu menjadikannya karya yang boleh jadi tatapan diri kita dan orang lain..
ReplyDelete>>>>SDR AZLANLIN..dipatuk kali pertama kerana kecuaian diri..tetapi patukan kali kedua adalah untuk mencari penawar kepada patukan pertama...hehehhe..