22 November 2009

Sesalan Di Penghujung Rindu...1

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Aku tak tahu dari mana dan bagaimana hendak memulakannya kerana aku sudah lama tidak menulis novelet. Duniaku kini lebih berfokus kepada penulisan sajak saja. Namun seseorang telah mendesak aku agar memulakan semula langkahku dalam dunia penulisan novel. Menurutnya, bakat yang ada padaku seharusnya aku kongsikan bersama orang lain. Justeru, atas kesungguhannya untuk menjadikan aku seorang penulis novel maka aku mencuba untuk memulai jalan yang telah lama aku tinggalkan ini. Tambahan pula, dia sanggup menjadi mentor kepadaku dan aku yakin dia memang mampu menjadi mentorku yang baik kerana dia pun bukan calang-calang orang dalam dunia penulisan.Lalu..apa lagi yang mampu aku katakan melainkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga.

Hidup ini adalah satu perjalanan. Perjalanan yang menuntut perjuangan dan pengorbanan. Hidup ini juga harus bersedia untuk menerima segala kemungkinan kerana sesungguhnya kita tak pernah tahu apa yang terdaftar di dalam diari hidup kita. Sesungguhnya, hanya Allah yang ang maha mengetahui. Dan sebagai hambaNYA, kita harus redha menerima segala ketentuan. Begitu jualah asam garam dalam kehidupan seorang ARISYA...gadis yang tak putus-putus menerima ujian daripada Sang Penciptanya.
Keputusan untuk memasuki maktab perguruan adalah titik mula dugaan mendatangi hidup Arisya. Papa dan mamanya menentang keras keputusannya untuk bergelar CIKGU. Begitu juga dengan adik-beradiknya yang lain. Semuanya berpendapat adalah sesuatu yang memalukan apabila anak seorang ahli perniagaan yang berjaya dan ternama sekadar bergelar cikgu.
Sungguh! Arisya tak tahu apa salahnya dia bergelar cikgu. Bukankah cikgu itu insan yang mulia. Mencurahkan ilmu untuk kepentingan masa depan orang lain. Kalau difikirkan betul-betul, bukankah seorang menteri, doktor, peguam, malah ahli perniagaan seperti papanya adalah atas bakti cikgu.
Maktab Perguruan Rejang. Di situlah Arisya menjalani latihan untuk mempersiapkan dirinya berdiri gah sebagai cikgu. Seharusnya, Arisya tidak perlu risau akan kewangannya semasa berada di maktab. Kekayaan keluarganya terlalu cukup untuk perbelanjaan Arisya. Namun sebaliknya yang berlaku. Arisya Datuk Hasbullah, anak ahli perniagaan terhormat terpaksa hidup sederhana seperti guru pelatih yang lain. Papa dan mamanya enggan membantu Arisya. Arisya tahu tindakan papanya itu adalah sebagai protes di atas kedegilannya yang enggan menurut kehendak papa menjadi ahli perniagaan. Tindakan papa dan mama membuat Arisya sedikit terkilan, namun tidak sesekali membantutkan cita-citanya. Arisya rela melepaskan segala kemewahannya, asalkan dia dapat dipanggil cikgu.

2 comments:

  1. Wah, saya tak sangka anda mempunyai sejarah penulisan yang begitu baik. Teruskan bakat anda. Saya akan sentiasa memberi sokongan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sahabatku..mungkin kerana saya ada mentor yang baik sebab beliau pun bukan calang-calang orang dalam dunia penulisan..Dialah guruku dan sahabatku yang sentiasa berusaha memberi laluan kepadaku untuk bergelar penulis..

    ReplyDelete