29 November 2009

Sesalan di Penghujung Rindu ..4

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Hari ini bermulalah tugas Arisya sebagai pengiring kepada Sang Seniornya,Fariq. Seawal jam 7.00 pagi dia sudah mengatur langkahnya ke Dewan Semerbak. Arisya sengaja datang awal kerana tidak mahu keterlewatannya nanti akan mengundang masalah lain pula. Arisya menunggu gelisah. Jam sudah menunjukkan 7.30 pagi namun bayang-bayang Fariq tak muncul-muncul jua. Beberapa kali Arisya melepaskan keluhan.
"Dah lama menunggu?"Arisya bingkas bangun lalu menghala pandangannya ke arah suara yang menyapa.Seketika pandangan mereka bersatu tanpa bicara. Dengan sedikit tersipu, Arisya mengangguk-anggukkan kepalanya.
Walaupun jelas pada seraut wajah Arisya akan kejengkelannya menjalankan tugasnya sebagai pengiring Fariq namun dia tetap saja mengatur langkahnya ke mana saja Fariq pergi. Setiap kali lalu di hadapan guru pelatih yang lain akan kedengaran siulan yang mengandungi ribuan makna menyinggahi pendengaran Arisya. Sudah tentu hal ini akan menambah gusar di hatinya. Hari ini Arisya merasakan jarum jamnya terlalu lambat. Andai saja dia miliki kesaktian, barangkali akan segera diputarnya kitaran jam itu agar senja cepat berlabuh.
Fariq pula,sedar akan kegusaran Arisya.Sesekali dia tersenyum memerhatikan gelagat Arisya. Setiap kali berbalas pandangan dengan Arisya ada getaran mengusik hati kecilnya. Selaku Yang Dipertua Guru Pelatih, sudah pasti Fariq sering menjadi intipan guru-guru pelatih wanita. Tambahan pula, selain ketampanannya Fariq juga berasal daripada keluarga yang berada. Ayah dan ibunya adalah ahli perniagaan yang berjaya. Walupun begitu, Fariq tak pernah menunjuk-nunjukkan kekayaan keluarganya. Sikapnya yang sentiasa merendahkan diri dan menghormati orang lain amat disenangi semua warga maktabnya.
"Jom! Ikut saya.."Arisya melepaskan pandangannya dalam-dalam ke wajah Fariq seakan memprotes kerana jam di tangannya sudah menunjukkan 5.45 petang. Sebentar lagi adalah masa makan malam sebelum mereka diwajibkan menunaikan solat di surau. Melihat perlakuan Arisya itu, Fariq segera menarik tangannya. Tindakan Fariq itu membuat Arisya sedikit marah.
" Hei!..lepaskan tangan saya. Saya tak suka ditarik macam ini,"Fariq menyedari kesilapannya segera melepaskan tangan Arisya dan meminta maaf.
Fariq membawa Arisya masuk ke cafe di seberang jalan maktab mereka. Tanpa meminta persetujuan Arisya, Fariq segera meminta Mak Lijah menghidangkan menu rutinnya. Arisya sekadar membatu. Ada rasa letih menjalar di sekujur tubuhnya. Seperti selalunya, keletihan itu akan membantutkan seleranya untuk makan. Hidangan tersedia. Nasi putih berlaukkan ikan tenggiri masak asam pedas, pucuk paku masak lemak dan sambal udang.
Sedang asyik menjamah hidangan yang tersedia,tiba-tiba mereka dikejutkan oleh hentakan kuat di atas meja.
"Fariq! Kenapa kau bawa dia ke sini? Takkan dia nak jadi pengiring kau sampai ke sini pula?"
"Maria, kenapa ni? Duduk dan bertenang."Fariq bangun lalu menrik kerusi mempersilakan gadis yang bernama Maria dan dua orang lagi rakannya duduk. Maria adalah rakan sekelas Fariq. Hubungan mereka memang rapat.Tapi sejauh mana keakraban mereka tak ada yang tahu. Maria adalah gadis daripada keluarga sederhana,cantik tetapi agak sombong. Ramai yang mengatakan hanya dia yang tergila-gilakan Fariq sedangkan Fariq pula sebaliknya.
"Hei,perempuan! Kau nak mengiringi Fariq tu sampai ke kamar tidurnya ke?"Arisya tersentak dengan pertanyaan Maria lalu bingkas bangun dari tempat duduknya. Tanpa meminta kebenaran daripada Fariq, Arisya segera berlari berlalu pergi. Ada air jernih menuruni kedua kelopak matanya. Hatinya amat sedih dengan kata-kata Maria. Itu adalah satu penghinaan baginya.
" Arisya! Kenapa ni?" Azilla kebingungan setelah dia menangkap esak Arisya. Didekatinya Arisya dan diurutnya belakang kawannya itu perlahan dengan tujuan untuk menenangkannya.

2 comments: