30 November 2009

BERNAFAS DALAM DETAK WAKTU..Zainaljiee

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

BERNAFAS DALAM DETAK WAKTU(Khas Untuk Hari Jadi Saudari Asha)

bernafas dalam detak waktu

pada kesempatan yang masih diberi

menghitung perjalanan usia

jauh meninggalkan pelabuhan hayat

belayar menuju ke pelabuhan abadi

semakin dekat sebenarnya.

bernafas dalam detak waktu

lelah dalam perjalanan panjang

membawa bekal amal

gusar kalau-kalau hanya kosong

sedang usia ke penghujung.

bernafas dalam detak waktu

menatap lilin hayat

terasa takut untuk meniupnya

jika apinya terpadam

bukankah bermakna sinarnya pun sirna!

p/s : Maaf, sajak yang tertunda dalam detak waktu hari jadi saudari Asha


29 November 2009

Separuh Jiwaku Pergi...Anang

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Separuh Jiwaku Pergi

Memang indah semua

Tapi berakhir luka

Kau main hati dengan sadarmu

Kau tinggal aku

Benar ku mencintaimu

Tapi tak begini

Kau khianati hati ini

Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia

Selama dengan aku

Itu ucap bibirmu

Kau dustakan semua

Yang kita bina

Kau hancurkan semua

Benar ku mencintaimu

Tapi tak begini

Kau khianati

Kau curangi aku

Kau dustai hati

Benar ku mencintaimu

>>>>lirik yang indah dan aku percaya lirik lagu ini ditulis dengan mata hati yang berdakwatkan picisan luka di hati penulisnya....

Sesalan di Penghujung Rindu ..4

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Hari ini bermulalah tugas Arisya sebagai pengiring kepada Sang Seniornya,Fariq. Seawal jam 7.00 pagi dia sudah mengatur langkahnya ke Dewan Semerbak. Arisya sengaja datang awal kerana tidak mahu keterlewatannya nanti akan mengundang masalah lain pula. Arisya menunggu gelisah. Jam sudah menunjukkan 7.30 pagi namun bayang-bayang Fariq tak muncul-muncul jua. Beberapa kali Arisya melepaskan keluhan.
"Dah lama menunggu?"Arisya bingkas bangun lalu menghala pandangannya ke arah suara yang menyapa.Seketika pandangan mereka bersatu tanpa bicara. Dengan sedikit tersipu, Arisya mengangguk-anggukkan kepalanya.
Walaupun jelas pada seraut wajah Arisya akan kejengkelannya menjalankan tugasnya sebagai pengiring Fariq namun dia tetap saja mengatur langkahnya ke mana saja Fariq pergi. Setiap kali lalu di hadapan guru pelatih yang lain akan kedengaran siulan yang mengandungi ribuan makna menyinggahi pendengaran Arisya. Sudah tentu hal ini akan menambah gusar di hatinya. Hari ini Arisya merasakan jarum jamnya terlalu lambat. Andai saja dia miliki kesaktian, barangkali akan segera diputarnya kitaran jam itu agar senja cepat berlabuh.
Fariq pula,sedar akan kegusaran Arisya.Sesekali dia tersenyum memerhatikan gelagat Arisya. Setiap kali berbalas pandangan dengan Arisya ada getaran mengusik hati kecilnya. Selaku Yang Dipertua Guru Pelatih, sudah pasti Fariq sering menjadi intipan guru-guru pelatih wanita. Tambahan pula, selain ketampanannya Fariq juga berasal daripada keluarga yang berada. Ayah dan ibunya adalah ahli perniagaan yang berjaya. Walupun begitu, Fariq tak pernah menunjuk-nunjukkan kekayaan keluarganya. Sikapnya yang sentiasa merendahkan diri dan menghormati orang lain amat disenangi semua warga maktabnya.
"Jom! Ikut saya.."Arisya melepaskan pandangannya dalam-dalam ke wajah Fariq seakan memprotes kerana jam di tangannya sudah menunjukkan 5.45 petang. Sebentar lagi adalah masa makan malam sebelum mereka diwajibkan menunaikan solat di surau. Melihat perlakuan Arisya itu, Fariq segera menarik tangannya. Tindakan Fariq itu membuat Arisya sedikit marah.
" Hei!..lepaskan tangan saya. Saya tak suka ditarik macam ini,"Fariq menyedari kesilapannya segera melepaskan tangan Arisya dan meminta maaf.
Fariq membawa Arisya masuk ke cafe di seberang jalan maktab mereka. Tanpa meminta persetujuan Arisya, Fariq segera meminta Mak Lijah menghidangkan menu rutinnya. Arisya sekadar membatu. Ada rasa letih menjalar di sekujur tubuhnya. Seperti selalunya, keletihan itu akan membantutkan seleranya untuk makan. Hidangan tersedia. Nasi putih berlaukkan ikan tenggiri masak asam pedas, pucuk paku masak lemak dan sambal udang.
Sedang asyik menjamah hidangan yang tersedia,tiba-tiba mereka dikejutkan oleh hentakan kuat di atas meja.
"Fariq! Kenapa kau bawa dia ke sini? Takkan dia nak jadi pengiring kau sampai ke sini pula?"
"Maria, kenapa ni? Duduk dan bertenang."Fariq bangun lalu menrik kerusi mempersilakan gadis yang bernama Maria dan dua orang lagi rakannya duduk. Maria adalah rakan sekelas Fariq. Hubungan mereka memang rapat.Tapi sejauh mana keakraban mereka tak ada yang tahu. Maria adalah gadis daripada keluarga sederhana,cantik tetapi agak sombong. Ramai yang mengatakan hanya dia yang tergila-gilakan Fariq sedangkan Fariq pula sebaliknya.
"Hei,perempuan! Kau nak mengiringi Fariq tu sampai ke kamar tidurnya ke?"Arisya tersentak dengan pertanyaan Maria lalu bingkas bangun dari tempat duduknya. Tanpa meminta kebenaran daripada Fariq, Arisya segera berlari berlalu pergi. Ada air jernih menuruni kedua kelopak matanya. Hatinya amat sedih dengan kata-kata Maria. Itu adalah satu penghinaan baginya.
" Arisya! Kenapa ni?" Azilla kebingungan setelah dia menangkap esak Arisya. Didekatinya Arisya dan diurutnya belakang kawannya itu perlahan dengan tujuan untuk menenangkannya.

28 November 2009

Tamu tak diundang..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Tamu tak diundang
Mengetuk pintu kamarku
Terkesima aku
Kehilangan bicara
Hanya pandangan
Mengungkapi segala.


Tamu tak diundang
Hadirnya sesaat cuma
Namun kamar hatiku
Terusik kini
Dan satu persatu
Memori silam bersimpuh
Merobek kembali
Luka semalam.

27 November 2009

Menatap Matamu..Ariel (tuk merehatkan minda).

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran"
Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti
Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu
Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun
Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu
Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Sesalan di Penghujung Rindu...3

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Kegelisahan meresapi di setiap ruang hati Arisya. Dia gelisah. Terlalu gelisah. Direnungnya berkali-kali kad biru di tangannya. Dia perlukan tujuh belas tanda tangan lagi. Masa untuk menghantar tugasannya itu pula, tinggal beberapa minit saja lagi. Terlalu mustahil untuknya menyempurnakan tugasan itu. ada sedikit rasa kecewa bermukim di sudut hatinya. Kecewa kerana kegagalan menyempurnakan tugasan itu adalah gambaran tentang kelemahannya. Itu yang dia tak suka. Namun, tersisip jua rasa marah dengan seniornya yang memberikan tugasan yang tidak adil pada pertimbangannya.

"Arisya! Arisya! ..."jeritan Azilla mematikan lamunannya. Arisya bingkas mencapai begnya lalu menuju ke arah Azilla yang sedang menunggunya. Wajahnya sedikit mencuka.
"Helo,Arisya Datuk Hasbullah...mana menghilangnya senyuman awak? Mana sembunyinya seri wajah perempuan melayu terakhir Malaya ni?"

Arisya tidak terusik dengan usikan sahabatnya itu. Fikirannya masih terjerat kepada tugasan yang tak selesai itu. Terbayang olehnya akan wajah bengis Sang Senior yang menjebaknya ke situasi yang meresahkannya kini. Sedar tak sedar dia dan Azilla telah berada di dalam Dewan Semerbak yang menjadi persinggahan wajib guru-guru pelatih baru sepanjang minggu orientasi.

Baru saja dia nak menempatkan dirinya dalam barisan rutinnya, namanya telah dipanggil ke hadapan. Jantungnya berdenyut pantas melebihi kadar biasa. Jari-jemarinya sesejuk ketulan ais yang membeku. Dalam hati,Arisya menyebut kalimah"Allahu Akbar" berkali-kali. Itulah kebiasaannya setiap kali dilanda masalah. Baginya dengan menyebut kalimah suci itu, terasa seolah- olah Allah bersamanya dan itu sedikit sebanyak memberikan ketenangan kepadanya.
"Mana tugasan awak?Dah selesai?"
"Maafkan saya,tuan. Saya gagal menyelesaikannya..." sambil Arisya menunjukkan kad biru di tangannya kepada Sang Seniornya itu. Arisya alpa. Dan redha dengan apa saja denda yang akan dikenakan kepadanya. Secara positifnya, bagi Arisya itu sewajarnya diterima kerana ketidakupayaannya melaksanakan sesuatu yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Sudah pasti itu akan menjadi pengajarannya yang amat berguna kepadanya.
"Mengapa awak gagal? Apa masalah awak? Tugasan yang semudah inipun awak tak mampu nak selesaikan.Bagaimana pula awak nak berdepan dengan seribu satu masalah yang mendepani apabila awak bergelar cikgu nanti?" Hati Arisya sedikit terusik. Betulkah Sang seniornya itu tak tahu masalah yang dihadapinya untuk menyelesaikan tugasannya itu.Atau, dia sengaja buat tak tahu.Bukankah, dia pernah melihat bagaimana Arisya dibuli setiap kali meminta tanda tangan senior-seniornya. Tambahan pula, bukankah jadual harian mereka yang terlalu padat itu agak membatasi waktunya untuk berkejar ke sana sini meminta tanda tangan para seniornya.
"Sebagai denda di atas kegagalan awak itu, saya nak awak menjadi pengiring saya selama satu minggu. Faham?" Arisya hanya mengangguk lesu kerana masih terkesima dengan denda itu. Dia rasa amat jengkel dengan denda seperti itu. Lagipun, dalam sejarah hidupnya dia paling tak suka berjalan beriringan dengan lelaki. Pegangan agama yang kuat membatasi pergaulannya dengan insan yang berlainan jenis walaupun dia anak seorang yang terhormat di pedaerahannya.

26 November 2009

Salam Aidiladha..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

24 November 2009

Bermimpikah Aku?

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Hari ini aku masih lagi melayan kegembiraan semalam. Aku telah menghubungi mereka-mereka yang jauh dan dekat untuk meminta pendapat..hehehe..seperti yang aku duga sudah tentu aku akan mendapat positif dan negatifnya. Kuncu-kuncu yang taat setia di belakangku pulak...
hehehe..asyik-asyik menyebut..be carefull asha..Thanks guy...asha will always carefull..

Namun,aku sedikit kecewa apabila aku gagal menghubungi sahabatku untuk aku kongsikan kegembiraanku bersamanya.Sahabatku,seandainya kau melewati lamanku ini, ketahuilah olehmu bahawa aku akan sentiasa mengingati semua yang telah kau berikan kepadaku termasuk blog ini.Sampai bila-bila pun aku tak akan melupakanmu.Thanks a lot..

Kesibukan untuk memulakan perjalanan yang baru membuat aku sedikit sibuk hari ini dan baru sebentar tadi DIA memintaku untuk mengiringinya ke satu destinasi yang sering menjadi persinggahannya. Aku tahu DIA berniat untuk membimbing aku agar bisa melangkah seiring dengannya nanti. Terus-terang aku katakan bahawa di hadapannya,aku rasakan yang aku terlalu kerdil dan buat pertama kalinya aku merasakan terlalu dhaif di hadapan orang. Entahlah..mungkin DIA terlalu istimewa buatku dan DIA memang menjadi idolaku sejak sekian lama..Pertemuan dan penyatuan ini pun tak pernah terlintas di kotak fikirku..Semuanya bagaikan mimpi..Syukurku kepadaMU Allah dan semoga ENGKAU akan terus memberkati
penyatuan kami ini...aminnnn

23 November 2009

Akhirnya..Kami kan BERSATU...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Inilah malam yang paling indah dalam hidupku. Setelah sekian lama mencari dan menunggu akhirnya penantianku berakhir jua. Dengan sebaris ayat yang mudah saja, sudah memadai untuk memberi isyarat bahawa kami akan melangkah seiring untuk visi 2010 nanti. Aku amat yakin dengan adanya dia di sisiku, kejayaan akan berada di dalam genggamanku dalam visi 2010 kami. InsyaAllah, kami akan gegarkan Sarawak 2010 nanti. Target kami merentasi Laut China Selatan...
Esok aku akan memulakan langkahku membuat segala persiapan sebelum kami BERSATU...

Syukurku kepadaMU Allah
kerana mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih kepada DIA
kerana menerimaku seadanya.
Terima kasih keluargaku
kerana berusaha memahamiku.
Terima kasih sahabat-sahabatku
kerana tak jemu-jemu menemaniku kala aku memerlukan.
Terima kasih kawan-kawanku
kerana terus meniupkan kekuatan buatku.
TERIMA KASIH BUAT SEMUANYA
BERKONGSILAH KEGEMBIRAAN INI BERSAMAKU.
????????....tungguuuuuuuuuuuuuu

Sesalan Di Penghujung Rindu..2

"Minggu orientasi di sini tidak ada sesiapa yang akan terkecuali. Sama ada kamu anak raja, menteri, datuk atau sesiapa saja peraturannya tetap sama."
Berdesing telinga Arisya menangkap kata-kata seniornya. Bukannya dia tak suka kalau dirinya harus menerima layanan yang sama seperti pelatih yang lain. Tapi, yang dia tak suka ialah persepsi orang terhadapnya jika mereka tahu dia anak seorang yang bergelar "datuk". Kalau dapat ingin sekali Arisya memadam perkataan datuk di hadapan nama papanya.
"Arisya Datuk Hasbullah! Tampil ke hadapan,"jeritan itu mematikan lamunannya. Dengan langkah yang sedikit dipercepatkan, Arisya mendekati pelatih senior yang memanggilnya. Arisya tunduk. Dia takut bertentang mata dengan senior yang seorang ini. Sejak hari pertama Arisya sering mengintip seniornya ini yang nampak bengis dan tegas. Berdiri di hadapannya membuatnya Arisya kecut.
" Arisya! Saya nak awak kumpulkan tanda tangan 200 orang guru pelatih senior. Serahkan semua tanda tangan itu kepada saya sebelum berakhirnya minggu orientasi ini. Faham?"
"Faham,tuan!" jawab Arisya keras walaupun dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Mana mungkin dia nak selesaikan tugasan itu dalam masa yang tinggal dua hari saja lagi. Tambahan pula, dia bukannya kenal dengan abang-abang dan kakak-kakak senior di situ. Namun, Arisya yang terkenal dengan ketabahannya berpendapat dalam hidup ini tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Hari ini, aktiviti orientasi lebih banyak ceramah daripada beberapa orang pensyarah. Sebelah petangnya pula, aktiviti gotong-royong menghijaukan kawasan maktab diadakan.
" Fariq, kenapa kau dera budak Arisya tu sampai begitu sekali? Mana mungkin dia dapat mengumpul tanda tangan sebanyak tu dalam masa dua hari?"
" Hei, kenapa pulak kau yang terasa? Kau berkenan kat dia ke?"
" Bukan itu soalnya. Tapi sebagai senior kita kena juga bertimbang rasa kepada junior kita. Barulah dia orang akan menghormati kita."
" Aku bukannya bermaksud nak menyusahkannya. Tapi aku nak menguji kemampuannya di samping membuka jalan kepadanya untuk kenal lebih ramai pelatih senior kat sini. Mengenali lebih ramai orang kat merupakan aset yang amat berguna untuknya selama dia bergelar guru pelatih di sini."Aqil mengangguk-anggukkan kepalanya sebagai petanda yang dia menerima penjelasan sahabat baiknya itu.
Sepasang mata mengintip pergerakan seorang gadis manis yang nampak begitu tabah dibuli para senior setiap kali dia cuba meminta tanda tangan mereka. Sesekali nampak merah seraut wajahnya. Mungkin dia sedang menahan sakit hatinya atau juga dia sedang cuba untuk menenangkan dirinya di dalam melangsaikan tugasannya itu.
" Arisya Datuk Hasbullah, apa balasan awak kepada saya jika saya menurunkan tanda tangan saya? Kalau awak nak, saya boleh dapatkan semua tanda tangan tu hari ini juga. Bagaimana?"
" Apa maksud...tuan?" Arisya sedikit gementar.Panggilan "tuan" adalah panggilan para pelatih baru kepada senior mereka sepanjang minggu orientasi.
" Maksud saya, Cik Arisya jadilah teman wanita saya.Setuju?" Mendengar permintaan tersebut membuat Arisya cuba mengangkat kakinya dari situ. Dia segera menarik tangan Azilla untuk mengajaknya pergi. Tetapi sepantas itu juga sepasang tangan kasar menariknya. Hampir saja Arisya terjatuh.
" Cik Arisya, awak ingat semudah itu awak nak meloloskan diri awak setelah awak memasuki
tempat saya?"
" Maafkan saya,tuan. Saya tak boleh menunaikan permintaan tuan. Jadi, rasanya saya harus segera mencari orang lain untuk menurunkan tanda tangan di sini. Maafkan saya."
" Saya nak awak mengelap kasut saya ini dengan tudung di kepala awak tu. Cepat!"
Arisya terkesima. Bagaimana mungkin dia mengelap kasut seniornya itu menggunakan tudungnya. Baginya tudung adalah antara mahkota wanita muslimah yang harus dihormati. Tambahan pula, tak mungkin dia nak memperlihatkan auratnya di hadapan para seniornya itu.
" Cepattttttt!" Bentak seniornya itu lebih keras. Dengan rasa kesal, Arisya terpaksa akur. Dia cuba membuka tudungnya perlahan.
" Tunggu!" Arisya terkejut apabila lelaki bertubuh sasa dan tinggi berdiri di hadapannya. Tambah mengejutkannya kerana lelaki itulah yang telah menderanya untuk membuat tugasan itu.
" Rizal, awak dah keterlaluan. Tindakan awak dah melanggar peraturan minggu orientasi maktab ini. Saya nak awak turunkan tanda tangan awak dan kawan-kawan awak tu sebagai denda di atas perlakuan kamu tadi. Kalau tidak, saya akan membuat laporan kepada pihak atasan."
Dengan wajah yang menampakkan sedikit marah dan gusar akhirnya Rizal terpaksa juga menurut arahan Fariq. Dia tak mahu dibawa mengadap Lembaga Disiplin Maktab. Lagipun, Fariq adalah Yang Dipertua Guru Pelatih yang amat disegani kerana kewibawaannya sebagai pemimpin.

.....bersambung....

22 November 2009

Sesalan Di Penghujung Rindu...1

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Aku tak tahu dari mana dan bagaimana hendak memulakannya kerana aku sudah lama tidak menulis novelet. Duniaku kini lebih berfokus kepada penulisan sajak saja. Namun seseorang telah mendesak aku agar memulakan semula langkahku dalam dunia penulisan novel. Menurutnya, bakat yang ada padaku seharusnya aku kongsikan bersama orang lain. Justeru, atas kesungguhannya untuk menjadikan aku seorang penulis novel maka aku mencuba untuk memulai jalan yang telah lama aku tinggalkan ini. Tambahan pula, dia sanggup menjadi mentor kepadaku dan aku yakin dia memang mampu menjadi mentorku yang baik kerana dia pun bukan calang-calang orang dalam dunia penulisan.Lalu..apa lagi yang mampu aku katakan melainkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga.

Hidup ini adalah satu perjalanan. Perjalanan yang menuntut perjuangan dan pengorbanan. Hidup ini juga harus bersedia untuk menerima segala kemungkinan kerana sesungguhnya kita tak pernah tahu apa yang terdaftar di dalam diari hidup kita. Sesungguhnya, hanya Allah yang ang maha mengetahui. Dan sebagai hambaNYA, kita harus redha menerima segala ketentuan. Begitu jualah asam garam dalam kehidupan seorang ARISYA...gadis yang tak putus-putus menerima ujian daripada Sang Penciptanya.
Keputusan untuk memasuki maktab perguruan adalah titik mula dugaan mendatangi hidup Arisya. Papa dan mamanya menentang keras keputusannya untuk bergelar CIKGU. Begitu juga dengan adik-beradiknya yang lain. Semuanya berpendapat adalah sesuatu yang memalukan apabila anak seorang ahli perniagaan yang berjaya dan ternama sekadar bergelar cikgu.
Sungguh! Arisya tak tahu apa salahnya dia bergelar cikgu. Bukankah cikgu itu insan yang mulia. Mencurahkan ilmu untuk kepentingan masa depan orang lain. Kalau difikirkan betul-betul, bukankah seorang menteri, doktor, peguam, malah ahli perniagaan seperti papanya adalah atas bakti cikgu.
Maktab Perguruan Rejang. Di situlah Arisya menjalani latihan untuk mempersiapkan dirinya berdiri gah sebagai cikgu. Seharusnya, Arisya tidak perlu risau akan kewangannya semasa berada di maktab. Kekayaan keluarganya terlalu cukup untuk perbelanjaan Arisya. Namun sebaliknya yang berlaku. Arisya Datuk Hasbullah, anak ahli perniagaan terhormat terpaksa hidup sederhana seperti guru pelatih yang lain. Papa dan mamanya enggan membantu Arisya. Arisya tahu tindakan papanya itu adalah sebagai protes di atas kedegilannya yang enggan menurut kehendak papa menjadi ahli perniagaan. Tindakan papa dan mama membuat Arisya sedikit terkilan, namun tidak sesekali membantutkan cita-citanya. Arisya rela melepaskan segala kemewahannya, asalkan dia dapat dipanggil cikgu.

20 November 2009

CUTI

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

CUTI..datang lagi...Sememangnya inilah saat yang amat dinantikan oleh semua sama ada ibu bapa,guru apatah lagi murid sekolah.Tapi ada juga ibu bapa yang resah setiap kali menjelangnya cuti sekolah kerana kononnya payah kena jaga anak-anak sepanjang musim cuti.Kalau mereka ke sekolah sekurang-kurangnya ada ruang untuk ibu-ibu berehat kat rumah..betulkah begitu????Kalau murid aku, tak ada peluang untk mereka bercuti sepenuhnya kerana mereka telah aku bekali dengan tugasan musim cuti...20 soalan penulisan di samping modul musim cuti daripada Jabatan Pelajaran Daerah Kuching.

DAN.. yang pasti cuti ini..aku masih ada beberapa tugas yang perlu diselesaikan.Tugasku sebagai pengacara masih dituntut untuk beberapa majlis.Nak ditolak tak sampai hati juga..Bila ditolak dan ditambah...rasanya cuti aku hanya akan bermula 12 Disember nanti..betulkah???hahaha..

...Apapun..SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA...buat rakan guru..rehat2kan minda...

Andainya dia bukan untukku..


:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Semalam nan kelam

telah kutinggalkan

kerana aku perlu bangkit

untuk langkah mendatang.

Tetap saja aku menadah harap

memohon kekuatan diri

daripada Sang Penciptaku.

Ya Allah..

andai saja dia bukan untukku

hapuskan ingatanku kepadanya

padamkan semua kenangan tercipta

lenyapkan semua yang pernah jadi milik kami berdua

agar tiada lagi rindu berlagu

dan resah bertandang

membatasi perjalanan.

18 November 2009

DIA..


:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran

DIA

hadir dengan sejambak kasih

mengusap lara di hati

menghulur tangannya

mengajak aku bangkit

tatkala

aku terbiar sendiri

di perdaerahan sepi ini.

DIA

yang aku kenal

redup seraut wajahnya

seakan memahami

luka terpendam

di relung hatiku.

>>>Terima kasih dan syukurku kepada Allah kerana telah menitipkan dia kepadaku saat aku terhukum oleh permainan duniawi dan tika semua orang membuang pandang terhadapku..

17 November 2009

Kecewakah aku???

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

>>>> Kini keimanan dan kesabaranku teruji lagi..Hanya kerana berjuang untuk menggenggam secalit bahagia persis orang lain aku terlontar ke satu perdaerahan yang menuntut aku untuk bangkit dan berjuang sendiri. Hati mana tidak terluka saat aku perlukan sokongan orang-orang yang selama ini tempat aku berkongsi suka duka perjalanan hidupku juga seakan melampiaskan semua kesalahan kepadaku..Namun,sedetik itu jua hati kecilku berbisik bahawa aku tidak perlu menangisi dugaan ini kerana ALLAH tetap ada bersamaku.Tambahan..aku sudah biasa berjalan sendiri dan aku yakin sinar yang sirna untukku tetap ada di hadapan MENUNGGU..

15 November 2009

Teruskanlah..Agnes Monica


:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Pernahkah kau bicara

Tapi tak didengar

Tak dianggap

Sama sekali..

Pernahkan kau tak salah

Tapi disalahkan

Tak di beri

Kesempatan

Kuhidup dengan siapa

Ku tak tau kau siapa

Kau kekasihku tapi

Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja

Kau dengan duniamu saja

Teruskan lah.. Teruskan lah

Kau begitu

Kau tak butuh diriku

Aku patung bagimu

Cinta buta

Kebutuhan mu

Hoo.. Hooo

Kau dengan dirimu saja

Kau dengan duniamu saja

Teruskan lah..

Teruskan lah

Kau.. kau begitu

Teruskan lah... teruskan lah..

>>>Lagu ini amat bermakna buat aku..Kenapa dan mengapa?????....

Senyumku tangisku..


:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Di sini kulantunkan resahku

Kulampiaskan sendu dan lara berlagu

dan kubiarkan suara tangisku

dalam dakapan ombak membadai

biar tiada yang tahu luka di hatiku.

Sesekali tidak bisa kutahan

airmata yang terus membasahi

seraut wajah senduku

dan kubiarkan saja ianya

menghilang di atas pasiran pantai ini.

Kala senja kian berlabuh

aku harus bangkit lagi

kembali ke perdaerahanku

bersama segaris senyuman

menutupi lara di hati.

11 November 2009

Kenali PLAYBOY..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Hahaha...pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa topik ini yang menjadi pilihanku malam ini.Sebetulnya aku hanya ingin berkongsi ilmu tentang lelaki playboy.

Apabila disebut sahaja playboy pasti terdetik di minda kita tentang sesuatu yang negatif akan lelaki jenis ini.Apapun,seperti hukum alam sesuatu yang negatif sudah tentu pasangannya ialah positif.Rasanya sesekali kita melihat mengenai lelaki playboy ini dari sudut positifnya tentu menarik juga.Apa yang mampu aku katakan ialah lelaki playboy:

1. Mempunyai skill yang amat tinggi untuk memikat wanita dan mereka mampu mencairkan
hati wanita dengan mudah.

2. Mereka memahami setiap kehendak wanita yang ingin mereka pikat.

3. Mereka mampu menjadikan seseorang wanita seperti terlindung dan amat dihargai dalam perhubungan mererka.

4. Sering memberi kejutan yang tidak terduga oleh wanita sasaran mereka.

5. Tidak mengenal erti putus asa selagi target mereka belum dalam genggaman.

6. Rasanya lelaki kategori ini tersangat ROMANTIK..itulah skill maut mereka..Jadi jika kureng ilmu di dada jangan main-main untuk menerima temujanji dengan mereka.

TAKTIK MEMIKAT PLAYBOY:


a. Mengambil berat mengenai perasaan dan situasi wanita.

b. Selalu bercerita tentang kesusahan diri dan betapa si gadis amat membahagiakan dan telah membantu menjadikan si playboy seorang yang paling beruntung di dunia dan bagaimana atas nasihat si gadis si playboy sudah berubah dan memajukan diri dalam pelbagai segi.

c. Selalu memberi kata-kata pujian pada si gadis, sama ada mengenai rupanya, tingkah lakunya yang lemah lembut & manis, rajin, pandai menjaga diri, suara gadis yang ayu dan comel dan kata-kata yang manis yang lain.

d. Anda satu-satunya gadis yang ikhlas, pandai mengambil hati dan memahami dirinya.
Anda cantik tetapi tidak sombong

e.Isteri tidak menjaganya dengan betul, baju pun tak terbasuh (tidak sedarkah jika dah mempunyai anak sampai 4, masa agak terhad untuk basuh baju atau mengemas rumah). Alasan tidak munasabah.

f. Sunyi, tiada teman berbicara

g. Anda seorang gadis sejati yang satu-satunya memahami dirinya. Anda bukan seperti gadis-gadis yang lain!

>>>Aku hanya mampu berkata...mantapkan ilmu untuk berdepan dengan lelaki PLAYBOY..kerana sememangnya mereka adalah lelaki yang cukup sempurna di dalam bab memikat berbanding lelaki biasa..hahaha....

10 November 2009

Love for...ALL

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Bagaimana harus aku ungkapi?
rasa terharu bertandang
melihat kasih kalian
nan mekar di lamanku.
Bagaimana akan aku nyatakan?
betapa bahagianya aku
yang ada tikanya
berteduh dalam redup kasih kalian.
Ungkapan keramat..
HAPPY BIRTHDAY..SAYANG..
SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT HARI JADI
DAN
sajak-sajak itu
adalah hadiah terindah
menghiasi perjalananku..
Terima Kasih...
Setulus kasih seorang ASHA..
akan terus mewangi
pada setanggi persahabatan ini
SELAMANYA.


>>> khas untuk semua yang masih mengingati hari lahirku dan juga yang hampir melupai hari lahirku..

09 November 2009

Selamat Hari Lahir Asha...from Haizan

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::


« Sent to: Asha Shahmimi Abdullah on: Today at 04:47:51 PM »

Waktu yang berlalu
Seperti hari-hari yang lalu
Meninggalkan aku
Bersama coretan kehidupan
Menjadi kenangan
Menjadi panduan
Waktu yang berlalu
Kecilku meniti usia dewasa
Betapa kenangan lalu masih ku rindui
Namun kembara kehidupan
Tetap ku teruskan
Semoga sinar kebahagiaan
Menerangi di hadapan.

Selamat Hari Lahir Asha Shahmimi.

Asha Shahmimi...from Guang Amba

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::


« Sent to: Asha Shahmimi Abdullah on: Today at 07:07:17 AM »
Quote Reply Remove
Asha-Agungnya usiamu bagai
aSha-Serelung senyuman
asHa-Hinggap di bibir tebu pada
ashA-Anyaman puisi selalu bertamu
Shahmimi-Satu dalam berjuta
sHahmimi-Hadir dalam pekatan senja
shAhmimi-Antara teman-teman
shahMimi-Memperjuangkan akar-akar puitis antara
shahmImi-Intaian sahabat bersama
shahmiMi-Memimpin ke arah ketaraan
shahmimI-Insan bergelar pendidik
....Selamat Hari Lahir Cikgu Asha, semoga dimurah rezeki dan umur sentiasa panjang serta diberkati kesihatan berpanjangan...

08 November 2009

Untuk Asha...from Fieza

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Selontar ucapan khas untukmu
Seukir senyuman maya buatmu
Tidak ternilai persahabatan yang terhulur
Buat diriku dirimu begitu beharga
Tidak terbanding dengan kata-kata

Selamat ulang tahun kelahiranmu
Kehadiranmu penyeri kehidupan insan
Penyuluh cahaya dalam gelita
Umpama purnama bulan di kala malam

Perutusan tabir melangkau zaman
Seketika terhulur hijap di depan
Namun dirimu langsung tidak tergugat
Tetap sekukuh tugu karang
Biarpun ganas ombak menghempas daratan
Mimpimu diulit indah belaka
Biarlah menjadi realiti sebenar
Doaku moga dirimu kekal bahagia

Andai suatu ketika nanti
Kita bisa ketemu jua
Biarpun bertahun menunggu
Hari keramat itu pasti akan muncul
Walaupun berjumpa dalam dunia maya
Kemesraan tetap dirasai.....

*Selamat Hari Jadi....semoga murah rezeki dan bahagia selalu .......AMIN*

07 November 2009

Kejaiban Cinta...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Dulu-dulu lagi
aku kenal dia
aku kagumi dia
walau hanya pada nama
dan aku hanya mampu
menganyam angan-angan
betapa bahagianya aku
andainya dia milikku.
kini...
anehnya...
percaturan hidup ini
keajaiban memunculkan diri
kami diketemukan.
Hadirnya dia..
mengusapi laraku
kala sepiku diburu resah
kala rinduku berlagu sendu
namun...
tetap saja percayaku
berbuah ragu
bagaimana mungkin terjadi
dia insan tersanjung
memilih aku
yang sekadar picisan peminat
yang mengagumi
setiap karyanya.

Mudahnya...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Seawal jam 5.30 pagi aku telah bertolak daripada Pantai Damai untuk menuju ke bandaraya Kuching kerana hari ini aku ada MUET.Semalam aku telah menginap di Pantai Damai untuk satu aturcara rasmi bersama kawan...

Aku sampai di destinasi tepat jam 7.00 selepas aku bersarapan di Cafe.Seperti kata kawan2ku selalunya ada saja cerita aku setiap kali nak exam..hahaha..Pagi ini,tanpa diundang seseorang mendekatiku dengan wajah yang ramah...lalu memperkenalkan dirinya....daripada Johor Baharu..Seorang juruterbang TUDM...bergaji kepala RM8++++.sudah memiliki rumah dan sebuah kereta.Adik- beradik dua orang dan beliau adalah anak sulong..Masih single...Sekarang beliau sedang menyambung pelajaran kat USM..kalau tak silap nak buat master..Akan pergi berkursus ke USA selama tiga bulan hujung tahun ini...hahahha...banyaknya maklumat yang aku dapat..

Rasa pelik juga kerana aku baru seminit dua kenal dia tapi dah banyak maklumat yang diberikan kepadaku..Aku hanya mengeluh..mudah ya...Hahaha banyak makna yang tersirat.Apapun terima kasih kepadanya yang sudi menghulur salam perkenalan kepadaku..dan sempat mencari bilik untuk MUET aku..Dalam masa rehat MUET yang 30 minit tu..sempat lagi kita menyambung bualbicara perkenalan..Kawanku kata guna kesempatan sehabis baik..hahaha.

>>>terfikir juga..mengapa orang mudah mendekatiku?Apakah itu impak daripada sikapku yang suka menjaga penampilan dalam pelbagai situasi???

04 November 2009

Ketika Cinta Bertasbih

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Bertuturlah cinta mengucap satu nama

Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku

Cinta yang bertasbih mengutus hati ini

Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih

Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta

Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa

Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu

Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Ketika cinta bertasbih

>>>>ungkapan yang indah dan bahasa yang puitis...

Kalau


Alangkah indahnya hidupku
kalau bisa kumiliki......warna pelangi itu
kalau bisa kumiliki.......jingga di kaki senja
kalau bisa kumiliki.......nyanyian sang ratu malam
kalau bisa kumiliki......cahaya mentari pagi
DAN..
Alangkah bahagianya hidupku
kalau bisa kumiliki...kekuatan melupakannya
Kalau bisa kumiliki.....senyuman bahagia
kalau bisa kumiliki......kasih seabadinya
kalau bisa kumiliki.....cahaya damai
Tetapi...sayangnya
Kalau itu....tetap KALAU.

03 November 2009

Thanks for everything......


Dengan berakhirnya peperiksaan pada hari Ahad yang lalu bermakna sudah tamat pengajianku untuk semester ini.
Bila diingat-ingatkan,laluanku untuk semester ini agak perit juga dengan pelbagai halangan yang kekadangnya seakan menghambat langkahku.Namun,aku amat bersyukur kerana banyak yang dengan rela hati menghulur bantuan untuk mempermudahkan laluanku.Aku mendapat bekalan buku-buku daripada tutorku dan rakan senior.Justeru,adalah wajar untuk aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tutor dan rakan-rakanku terutamanya:

1. En.Jais Sahok ( Tutor Sejarah Rumpun dan pemberi laluanku untuk bergelar penulis)
2. En Bujang Awg Jemain( Tutor BMT)
3. Pn Wan Robiah Meor( Tutor Pengantar Linguistik)
4. Ustaz Abas ( Tutor Bahasa Arab)
5. Ustaz Sallehuddin ( Tutor Titas)
6. Pn. Zanurhani ( Pembekal nota dan latihan2 serta bahan-bahan assigment)
7. Rakan-rakan Enet dan kuncu-kuncuku.


>>>>Jasa kalian tetap diingati...