Ingin sekali aku
ucapi bisikan hatiku
tetapi acapkali
kata-kataku mati di halkum
saat pandangan kita bersatu.
Ada tikanya jua
ingin sekali kuungkapi
betapa tulusnya cintaku
namun setiap kali
kita berbalas renungan
aku kehilangan kata-kata
kerana sedarku
cinta ini hanya
ilusi semata.
Setiap kali rindu bertandang
resah memburu gelisahku
dan aku pasrah sendiri
sesungguhnya aku hanya mampu
menitipkan segalanya
di sini
biar kau tahu
betapa aku
amat menyintaimu.
No comments:
Post a Comment