:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Hari ini aku telah nekad untuk meneruskan langkahku sebagaimana yang aku rancangkan sejak sekian lama.walaubagaimanapun,sebelum aku berjaya meletakkan diriku di UPM,aku terpaksa berdepan dengan beberapa masalah yang tidak dijangka...Satu dalam seribu...itulah ungkapan yang dilemparkan kepadaku oleh kawan-kawanku..hahaha..mana tidaknya,ketika orang lain sibuk mendaftar di UPM aku masih tidak menerima sebarang perkhabaran tentang permohonanku.Bila diselidik,rupa-rupanya kad pengenalanku tidak ada dalam permohonanku..hairan juga kerana semasa penghantaran borang itu dulu..senarai semak telah dibuat.Seperkara aneh lagi berlaku yang menyebabkan permohonanku tergantung ialah nama aku sudah ada di UPM dalam semester kedua...sejak bila pulak aku masuk UPM?
Tapi alhamdullillah..dengan sedikit ilmu yang ada aku berjaya menguruskan kemasukanku ke UPM tanpa ada surat tawaran.Aku berjaya mencuit hati pegawai bertugas di unit kemasukan di KL iaitu Puan Shikin,untuk membantu menguruskan kemasukanku.Hasilnya hari ini aku diminta untuk melaporkan diri tanpa ada sebarang surat daripada UPM.Sesampainya aku di UPM...hahaha..aku nampak namaku terpapar di meja kerani..Rupanya kedatanganku memang telah ditunggu kerana PN Shikin telah memaklumkan kepada mereka akan kedatanganku.Dan sudah pasti dengan mudah urusanku diselesaikan..Langkah terakhirku ialah membayar yuran pengajian di CIMB.Tanpa berfikir panjang aku telah membuat bayaran untuk satu semester iaitu RM2500..
26 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment