:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Hari ini aku mencuba menggunakan kuasa mindaku untuk mencungkil rahsia tersimpan dua orang murid dan seorang guru.Aku ingin melihat sejauh mana kemampuanku menyingkap rahsia yang terpendam.
Jadi awal-awal pagi aku sudah menetapkan sasaranku iaitu seorang murid lelaki yang suka ponteng kelas.Murid ini nampak bersahaja,bila aku mula menyoalnya.Bila aku mula mengeluarkan soalan mautku,dia mula nampak gelisah.Aku tahu inilah masaku untuk menaklukinya.Dan dengan sentuhan di bahunya seiring satu lagi soalan mautku,akhirnya murid itu mula menitiskan airmata lalu menceritakan segala-galanya kepadaku dan punca dia selalu ponteng kelas.
Sasaran kedua aku,
Seorang budak perempuan yang selalu aku temui berkeliaran di kawasan rumahku.Tengah hari tadi aku sempat menahannya dan membawanya ke cafe berdekatan.Kalau nak diikutkan,budak ini sepatutnya masih bersekolah,mungkin juga dalam darjah empat.Budak ini nampak berani dan suka memberontak.Perwatakannya nampak kasar.
Dan paling mengejutkan aku pernah dengar budak ini pandai merokok.Bayangkan budak perempuan berusia 10 tahun sudah merokok.Awal perbualan,memang dia menidakkan semua soalanku,tetapi dengan berbekalkan sedikit ilmu yang aku miliki aku mula mengeluarkan soalan mautku dan merapatinya.Hanya dalam masa beberapa minit saja,aku sudah membuatnya menitiskan airmata.Akhirnya,terungkailah semua yang terpendam dan aku dapat tafsirkan punca permasalahan budak itu ialah sikap ibu bapanya.Bapanya yang pemabuk dan sikap ibunya yang suka membebel membuatnya bosan.kebosanan itu mengheretnya berkawan dengan budak-budak liar di kawasan perumahannya.
Sasaran ketigaku,
Seorang guru yang tak banyak bercakap dan selalu nampak riang.Tapi,entah mengapa aku merasakan beliau sebenarnya sedang berdepan dengan masalah.Bermula dengan perbualan biasa,aku pun mencuba memasukkan umpanku.Nampak gaya sasaran kali ini agak liat juga.Aku hanya mampu menaklukinya setelah duapuluh minit berlalu.Apapun aku puas dan bersyukur kerana aku dapat mencapai objektifku dan membantunya melepaskan segala yang tersimpan dan membebani kotak fikirnya.Malah akhirnya beliau telah meminta pendapatku untuk menyelesaikan masalahnya.
Hahaha...selalunya aku mampu menyelesaikan masalah orang,tetapi bagaimana dengan masalahku pula?dan siapa pula yang mampu membaca mindaku,menakluki mindaku lalu menyingkap siapa sebenarnya aku???Hanya Allah yang mengetahui segalanya...
26 February 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment