27 February 2009

ERTI SEBUAH KEGAGALAN

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

ERTI SEBUAH KEGAGALAN

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal.
Ia hanya bererti anda masih belum berjaya lagi.

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa.
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu.

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba.

Ia bererti anda berani,anda berhati teguh,bersemangat waja- berbanggalah dengan diri anda.Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit lagi masa.

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang.
Ia hanya bermakna anda berpeluang untuk bermula semula,mencuba sesuatu yang baru.

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda.
Ia hanya bermakna dia mempunyai rancangan yang lebih baik.Jadi benarlah,kegagalan itu tidak pernah muktamad.


Dr.Robert Schuller

26 February 2009

Aku mencubanya lagi...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Hari ini aku mencuba menggunakan kuasa mindaku untuk mencungkil rahsia tersimpan dua orang murid dan seorang guru.Aku ingin melihat sejauh mana kemampuanku menyingkap rahsia yang terpendam.

Jadi awal-awal pagi aku sudah menetapkan sasaranku iaitu seorang murid lelaki yang suka ponteng kelas.Murid ini nampak bersahaja,bila aku mula menyoalnya.Bila aku mula mengeluarkan soalan mautku,dia mula nampak gelisah.Aku tahu inilah masaku untuk menaklukinya.Dan dengan sentuhan di bahunya seiring satu lagi soalan mautku,akhirnya murid itu mula menitiskan airmata lalu menceritakan segala-galanya kepadaku dan punca dia selalu ponteng kelas.

Sasaran kedua aku,

Seorang budak perempuan yang selalu aku temui berkeliaran di kawasan rumahku.Tengah hari tadi aku sempat menahannya dan membawanya ke cafe berdekatan.Kalau nak diikutkan,budak ini sepatutnya masih bersekolah,mungkin juga dalam darjah empat.Budak ini nampak berani dan suka memberontak.Perwatakannya nampak kasar.
Dan paling mengejutkan aku pernah dengar budak ini pandai merokok.Bayangkan budak perempuan berusia 10 tahun sudah merokok.Awal perbualan,memang dia menidakkan semua soalanku,tetapi dengan berbekalkan sedikit ilmu yang aku miliki aku mula mengeluarkan soalan mautku dan merapatinya.Hanya dalam masa beberapa minit saja,aku sudah membuatnya menitiskan airmata.Akhirnya,terungkailah semua yang terpendam dan aku dapat tafsirkan punca permasalahan budak itu ialah sikap ibu bapanya.Bapanya yang pemabuk dan sikap ibunya yang suka membebel membuatnya bosan.kebosanan itu mengheretnya berkawan dengan budak-budak liar di kawasan perumahannya.

Sasaran ketigaku,
Seorang guru yang tak banyak bercakap dan selalu nampak riang.Tapi,entah mengapa aku merasakan beliau sebenarnya sedang berdepan dengan masalah.Bermula dengan perbualan biasa,aku pun mencuba memasukkan umpanku.Nampak gaya sasaran kali ini agak liat juga.Aku hanya mampu menaklukinya setelah duapuluh minit berlalu.Apapun aku puas dan bersyukur kerana aku dapat mencapai objektifku dan membantunya melepaskan segala yang tersimpan dan membebani kotak fikirnya.Malah akhirnya beliau telah meminta pendapatku untuk menyelesaikan masalahnya.

Hahaha...selalunya aku mampu menyelesaikan masalah orang,tetapi bagaimana dengan masalahku pula?dan siapa pula yang mampu membaca mindaku,menakluki mindaku lalu menyingkap siapa sebenarnya aku???Hanya Allah yang mengetahui segalanya...

Berterima Kasihlah.....

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Berterima kasihlah Duhai Manusia!

Bersyukur dan berterima kasih adalah suatu sifat semulajadi insan Ia adalah perasaan yang datang mengiringi nikmat yang diperolehi tidak kira sama ada kecil atau besar secara langsung mahupun tidak.
Perasaan berterima kasih ini sebenarnya tidak perlu diasuh atau diajar, kerana ia sangat semulajadi dengan jiwa atau fitrah murni insan.Selama mana fitrah ini tidak dirosakkan oleh kedunguan atau kebongkakan, perasaan berterima kasih akan mudah hadir tanpa dipaksa.

Allah SWT Maha Memberi nikmat kepada seluruh makhluk-Nya.Dialah pemberi nikmat yang sebenar. Dia telah menjanjikan tambahan nikmat kepada orang-orang yang bersyukur sebagaimana Dia menjanjikan azab yang keras untuk orang yang tidak bersyukur.

Firman Allah: Mafhumnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim:7)
Allah SWT jugalah yang telah menjadikan manusia ini saling berhubung, bekerjasama, bantu membantu dan berjasa sesama mereka.

Justeru sifat berterima kasih kepada orang yang berjasa yang lahir pada diri seorang insan itu adalah juga suatu tuntutan syarak.Dari sifat berterima kasih ini akan lahirlah perasaan kasih sayang dan kemesraan.

Namun apabila perasaan ini hilang (atau tidak wujud?), ia hanya mengundang kebencian dan perpecahan.Bukan itu sahaja.Rasulullah SAW telah menjadikan sikap berterima kasih sesama manusia ini sebagai tanda seorang itu bersyukur kepada Allah.
Sabda baginda SAW daripada Abu Hurairah r.a:” مَن لمَ يَشكُرِ النَّاسَ لمَ يَشكُرِ اللهَ ” . Mafhumnya: “Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)

Sifirnya mudah, manusia itu hanya mampu memberi pertolongan yang sedikit, contohnya: memberi bantuan kewangan (barangkali sekadar beberapa ratus RM sekali sekala).Ia hanya sedikit. Sedangkan Allah SWT yang Maha Memberi ini memberikan nikmat dan rezeki-Nya setiap masa. Justeru, barangsiapa yang tidak mampu berterima kasih kepada yang sedikit bagaimana mampu untuk berterima kasih pada yang banyak?!Bagaimana hendak berterima kasih kepada manusia?

Rasulullah SAW mengajarkannya melalui sabda baginda:وَمَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ. Mafhumnya: “…dan barangsiapa yang melakukan kebaikan kepadamu, maka balasilah dia, jika kamu tidak dapati apa-apa untuk membalasinya, maka berdoalah untuknya hingga kamu dapati bahawa kamu telah membalasinya”.(Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i dengan sanad-sanad As-Sahihayn)Membalas jasa orang yang pernah membantu kita adalah tanda utama sikap terima kasih, demikian juga mendoakan dengan ikhlas kebaikan untuknya.

Namun selain itu banyak lagi tanda lain yang boleh dikenali, antaranya:

1. menyatakan perasaan berterima kasih itu
2. mengiktiraf bantuan yang telah diterima
3. tidak mencelanya seakan-akan tidak pernah ada hubungan atau jasa yang dilakukan.

Inilah sikap yang patut ada pada diri seorang muslim yang baik, lebih-lebih lagi pada diri manusia bergelar pendakwah.Inilah yang dilakukan oleh Anas Bin Malik r.a ketika mana beliau memuji Jairi Bin Abdullah r.a, katanya:” صحبت جرير بن عبد الله فكان يخدمني ” Mafhumnya: “Aku telah bersahabat dengan Jarir Bin Abdullah, dan dia sering membantuku”. (riwayat Al-Baihaqi dalam Al-Kubra)

Semoga Allah menjadikan kita hamba yang bersyukur dan menganugerahkan nikmat-Nya yang melimpah ruah. Juga mudah-mudahan kita menjadi umat yang bersatupadu diikat oleh perasaan kasih sayang dan disulami rasa terima kasih sesama kita.

25 February 2009

Engkabang.Net wadah Pertemuan Guru Sarawak...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::



Engkabang Net Wadah Pertemuan...


Assalamualaikum...dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya jua saya masih berkesempatan menulis di sini.Tiada isu atau topik luar biasa yang hendak saya tuliskan sekadar mengingati betapa besarnya erti kewujudan Engkabang.Net kepada warga guru di seluruh Sarawak.
Tidak keterlaluan kiranya saya mengandaikan Enet ini sebagai WADAH PERTEMUAN..Enet adalah wadah pertemuan di antara;
a. Semua warga guru Sarawak- Melalui Enet.kita akan bertemu dengan rakan-rakan guru daripada pelbagai sekolah dan keturunan walaupun pertemuan itu setakat di maya..namun kita mampu berinteraksi dengan mesra dan saling berkongsi ilmu.
.b. Rakan guru yang lama terpisah- Melalui Enet,kita mampu menjejaki semula rakan guru kita yang suatu masa dulu mungkin semaktab dengan kita ataupun mengajar di sekolah yang sama.
C. Dengan erti kata yang lain Enet telah memainkan peranannya sebagai penghubung silatulrahim antara kita sesama guru tak kira pegawai atasan atau guru biasa.Kalau realitinya,kita nak ketuk pintu pegawai pun agak segan apatah lagi nak bercakap,tetapi melalui Enet kita dapat berinteraksi secara santai.Apapun,terima kasih kepada bos-bos di jabatan yang sudi melayani kita di Enet ini.Jelas di Enet ini ,kita semuanya adalah sama tanpa wujudnya hukum kasta.
d. Rakan sealiran - Melalui Enet kita boleh saling bertukar idea dan pendapat dengan guru yang sealiran dengan kita di dalam usaha kita menjana kumpulan pelajar yang cemerlang dan gemilang.Lihat saja awal Januari dulu,kita saling meminta bantuan rakan Enet kita untuk mencari Rancangan Pelajaran Tahunan,PSPTPO dan banyak lagi.
e. Enet juga merupakan medan untuk guru-guru kita memulakan langkah sebagai penulis.Melalui artikel yang dihasilkan dan melalui respon yang diberikan rakan Enet kita,seseorang guru akan lebih berani dan bersemangat menghasilkan artikel yang sekian lamanya hanya terselit di dalam buku catatan persendirian.

SYABAS! Engkabang.Net.

24 February 2009

KEHADIRANMU

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Kehadiranmu
adalah titipan terbaik
petanda kasih Allah
untuk hambaNYA
persis aku
yang sekian lama
mengheret derita
pada setiap langkahku.
Kehadiranmu
adalah permata terindah
petanda cinta Allah
untuk hambaNYA
persis aku
yang sekian lama
menghirup kecewa
pada setiap helaian waktuku
Terima kasih sayang
kerana memberkati hidupku
dalam redup kasihmu
menjadikan aku
persis wanita terhebat
menggenggam bahagia
pada setiap ruang waktuku.

What is Life

WHAT IS LIFE?
Life is an Adventure ... Dare it
Life is a Beauty ... Praise it
Life is a Challenge ... Meet it
Life is a Duty ... Perform it
Life is a Love ... Enjoy it
Life is a Tragedy ... Face it
Life is a Struggle ... Fight it
Life is a Promise ... Fulfill it
Life is a Game ... Play it
Life is a Gift ... Accept it
Life is a Journey ... Complete it
Life is a Mystery ... Unfold it
Life is a Goal ... Achieve it
Life is an Opportunity ... Take it
Life is a Puzzle ... Solve it
Life is a Song ... Sing it
Life is a Sorrow ... Overcome it
Life is a Spirit ... Realize it

Women are complex

Women are complex
If you kiss her,
you are not a gentleman
If you don’t,
you are not a man
If you praise her,
she thinks you are lying
If you don’t,
you are good for nothing
If you agree to all her likes,
you are a wimp
If you don’t, you are not understanding
If you visit her often,she thinks it is boring
If you don’t , she accuses you of double-crossing
If you are well dressed, she says you are a playboy
If you don’t , you are a dull boy
If you are jealous, she says it’s bad
If you don’t, she thinks you do not love her
If you attempt a romance, she says you didn’t respect her
If you don’t, she thinks you do not like her
If you are a minute late, she complains it’s hard to wait
If she is late, she says that’s a girl’s way
If you visit another man, you’re not putting in “quality time”
If she is visited by another woman, “Oh it’s natural, we are girls”
If you kiss her once in a while, she professes you are cold
If you kiss her often, she yells that you are taking advantage
If you stare at another woman, she accuses you of flirting
If she is stared by other men, she says that they a just admiring
If you talk, she wants you to listenIf you listen, she wants you to talk

Langkah Mula

Sesejuk pagi hari ini, aku memulakan langkah yang perlahan untuk menyemarakkan dunia ICT. Tanpa ku toleh ke belakang lagi, jemariku mula menitipkan kata-kata sebagai tanda LANGKAH MULA.

Apabila jari mula mengetuk

:: mia masshh ::
Kuching, Swk