24 April 2011

PERITnya.....

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Ya Allah berilah kekuatan kepadaku...aku terlalu lemah untuk menerima ujianmu ini....Tunjukilah jalan terbaik buatku...Janganlah biarkan aku tersesat dan tersasar dari landasan yang telah KAU tetapkan..

Malam....berikanlah aku sebutir bintang untuk aku meneruskan perjalananku..Janganlah biarkan aku terus dalam kegelapan ini..Aku takut gelap malammu akan membuatku keliru..

Airmata...terima kasih kerana menemaniku tanpa jemu..terima kasih kerana membasuh luka hatiku..terima kasih kerana memahami deritaku...

29 March 2011

TERLUKA

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

BERDIRI DI ANJUNG BICARA

MASIH JUA MENGUNGKAPI

RAHSIA HATI TERLUKA

AMAT TERLUKA...

SESEKALI LUKA ITU

TAMPAK SARAT DALAM TAWA

DAN PERITNYA SESEKALI

MENYENTAK SENYUM TERUKIR..


15 March 2011

Rindu..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::


Helaian kenangan
meluruh di dasar ingatan
menyentap rasa yang sekian lama
terpenjara dalam keterbatasan waktu
sekuntum rindu pun
mendabik dada
mekar di laman
dan seorang aku
tak mampu menangkis
usikan dan bisikan
syahdu
yang terlepas dari genggaman.

10 March 2011

Sakitnya bila didustai...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Sakitnya hati bila mengetahui diri didustai..Pedihnya makin terasa bila menyedari diri dikhianati..Tapi apa yang mampu aku lakukan..melainkan membisu menelan keperitan menusuk hati..Aku ingin menangis..tapi airmataku telah lama kering..aku sudah puas menangisi perjalanan hidupku yang sentiasa diuji..Seorang sahabat sering membisikkan kepadaku..Allah tidak akan menguji hambaNYA di luar kemampuan kita...Kekadangnya aku mengiyakan kata-kata keramat itu, tapi ada tikanya aku hanya menelan pelbagai persepsi yang menghuni di kotak fikirku...
Sesekali datang jua pertanyaan...mengapa aku???kenapa begini???apa salahku???sampai bila??? Entahlah..berdosakah aku bila aku mula mengeluh menerima ujianNYA?

24 February 2011

GENAP 2 TAHUN MIAZLAN BLOGSPOT..,.

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Hampir saja aku terlupa bahawa hari ini genaplah miazlan 2 tahun..Entah mengapa aku boleh lupa..mungkinkah kerana aku terlalu sibuk...Selama 2 tahun kewujudan miazlan, rasanya tidak begitu banyak yang aku publish kat sini..Apapun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blogku...InsyaAllah aku akan cuba pos lebih banyak coretan kat sini..

08 February 2011

Jangan sakiti hatiku lagi...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Pagi tadi aku mendapat panggilan telefon daripada doktor yang merawatku di HUS. 10 Feb aku kena jumpa dua orang doktor pakar untuk laporan kesihatanku.Jauh di sudut hatiku, aku amat sedih sekali kerana selalunya DIA yang akan menemaniku.Tapi kali ini aku harus menerima hakikat yang DIa tiada lagi di dalam hidupku.

Sejak kami berpisah, telah berkali-kali DIA sengaja menyakiti hatiku..Aku hanya mampu menitiskan airmata dan bersabar.Kalaulah DIA tahu mengapa aku sengaja memancing kemarahannya tempoh hari,aku yakin DIA tak akan sanggup memutuskan hubungan kami.Namun, tiada guna lagi kerana nasi telah menjadi bubur.

Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu betapa aku ingin DIA bahagia.Dan untuk menjamin kebahagiaannya aku rela berkorban kerana aku sangat menyintaiNYA..